Wednesday, December 05, 2007

Sedikit nota sebelum tidur

Aku sudah mempunyai akaun 3G sendiri. Kiranya sekarang bleh online dimana sahaja asalkan ada coverage untuk Celcom 3G. Terima kasih Celcom. Ini bermakna tiada lagi atau kuranglah aktiviti online di Kopitiam sambil melihat amoi berseluar ketat. Haha!

Baru selesai menonton satu filem yang agak lama. The Green Mile. Lakonan Tom Hanks, David Morse dan juga manusia besar Michael Clarke Duncan. Cerita yang mengisahkan kehidupan sebilangan banduan yang sudah berada di Death Row. Yang mana The Green Mile merupakan satu laluan terakhir dalam kehidupan banduan sebelum ke hukuman mati di kerusi elektrik.

Cerita yang mempunyai satu metafora yang agak menarik walau aku sendiri kurang pasti apa metafora cerita ini. Tetapi apa yang aku boleh katakan adalah ia melibatkan sedikit karma.

Apa yang aku dapat tangkap adalah sedikit kepincangan terhadap sistem perundangan Amerika pada tahun 1935 yang mana En Duncan terpaksa menerima hukuman mati akibat daripada jenayah yang tidak dilakukan. Sememangnya zaman itu tiada lagi alatan yang canggih untuk memeriksa DNA dan sebagainya seperti yang kita lihat pada CSI. Lakonan daripada En Hanks dan En Duncan dan tidak ketinggalan En Jingles iaitu seekor tikus amat menarik.

Aku cuba untuk membuat pautan ke Wikipedia tentang cerita ini, tetapi aku sedar ilmu itu belum sampai kepada aku. hehehe. Google je untuk maklumat lanjut.

Ada hajat perlu ditunaikan sekarang dan mahu tidur.

No comments: