Aku merupakan insan yang menghargai setiap persahabatan aku. Persahabatan disini aku maksudkan ialah satu pertalian atau hubungan yang sudah aku jalani dalam tempoh yang agak lama. Menghabiskan masa bersama. Bermain bersama. Berlepak bersama. Contohnya Rugby Team aku ketika aku belajar dahulu.
Ya! Hujung minggu lepas ini kami bersama sekali lagi untuk menghadiri satu jemputan pertandingan terbuka antara universiti dan kelab-kelab.
Pada awalnya aku malas untuk ikut mereka bermain atas beberapa alasan. Maklumlah, bila kita sudah ada komitmen yang lain susah untuk buat apa yang kita suka. Aku suka bersukan. Menjadikan aku sihat dan tidak gemuk. Haha!
Tetapi bila sudah terikat dengan kerja ini, agak susah untuk aku meluangkan sedikit masa untuk diri aku bagi aktiviti riadah. Maka segala kelengkapan, masa dan juga apa sahaja yang berkaitan dengan sukan dan riadah aku tinggalkan entah kat mana.
Maka, bermulalah episod aku yang semakin kurang kurus dan kurang fit. Ini adalah alasan utama aku. Aku tak fit untuk bermain. Aku tiada but dan kelengkapan lain. Aku tidak set minda aku untuk bermain. Cukup!
Segala keputusan yang aku buat luluh tatkala malam Sabtu. Baru saja tiba daripada Bandar Maharani. Setelah minum bersama Pahlawan Meja Bulat, aku dipaksa oleh salah seorang yang berpengaruh dalam Old Boys aku untuk berjumpa dengan ahli Old Boys aku yang lain malam itu.
Segalanya berubah. Yelah, setelah beberapa lama tak berjumpa, pasti ada sahaja cerita atau memori yang perlu di'up' ketika bersama. Ini telah menimbulkan satu perasaan yang aku suka. Maklumlah bila sahaja aku mula bekerja, aku telah berubah menjadi seorang yang agak pasif.
Akhirnya aku akur kepada situasi. Tewas. Aku bersetuju untuk bermain dan setuju untuk membakar kulit gebu sawo matang aku ni di bawah terik matahari. untuk maklumat korang, kalau main tournament open ini biasanya tak kira masa dan cuaca. Tak kira pukul 10 pagi ke, 11 pagi ke 3petang ke, kene main gak. Jadualnya dah memang gitu.
Hasilnya, kami naib juara divisyen 2. Kira ok ape. Dengan masing-masing tak fit, takde latihan intensif, main tangkap muat je. Yang penting enjoy. Itu yang paling penting sebenarnya.
Kawan-kawan, nanti kita jumpe lagi ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment