Baru pulang daripada menonton tayangan tengah malam. The Golden Compass. Cerita yang menarik. Dan pasti mempunyai sekuel akan datang.
Sesekali melayan tayangan tengah malam ini seperti escapism dalam hidupan seharian bekerja. itu cuma pandangan aku. Ditambah dengan Si Apek, Si Dodol dan Si Katek. Sayangnya Si Kunak tiada. Si Apek, Si Dodol dan Si Kunak ini bagi aku merupakan watak frontman dalam opera kehidupan aku. Kalau mereka tiada, entah lah. Mungkin tak tergambar dengan kata-kata nasib aku. Haha!
Aku rasakan beberapa hari kebelakangan ini, aku dibayangi dengan watak-watak antagonis dalam teater kehidupan aku yang muncul secara tidak disengajakan.
Gadis penjaga B.O atau Box Office atau kaunter tiket itu aku rasakan watak yang pernah muncul dalam opera kehidupan beberapa tahun yang lampau. Mungkin 9~10 tahun yang lalu. Gadis Jawa kampung aku sebelah darat atau bahagian yang agak dalam kampung aku. Nana namanya seingat aku.
Perkenalan dengannya agak kelakar. Satu tenggah hari dulu, baru pulang daripada merayap bersama Sompek. Terjumpa seorang mamat yang agak aneh pada pandangan aku. Dia seolah-olah sesat dan mencari jalan. Dengan niat yang suci murni, aku tampil untuk memberikan bantuan.
Mamat ini daripada bandar Batu Pahat. Bob kalau tak salah aku namanya. Berbadan besar dan lagak seperti penjahat kerana memakai cincin berukir tengkorak yang besar serta beberapa cincin yang aneh bagi aku. Manataknye, waktu tu aku masih budak-budak dan berfikiran agak konsevertif.
Mamat Bob ini mencari rumah si Nana. Kebetulan Sompek ini kenal dengan Nana. Dengan pertolongan Sompek, kami menjumpai rumah Nana. Tanpa memberi salam dan kata aluan, si Bob ni terus je memanggil nama si Nana bertalu-talu.
Nana pun keluar dengan hairan dan agak takut aku rasa. Si Bob ni terus je memaki hamun Nana dan sedikit pertengkaran berlaku. Aku mula rasa tak sedap hati. Rupa-rupanya aku telah berpihak kepada Darkside. Cis!! terperangkap.
Dek kebisingan di tengahhari itu, bapa si Nana ini pun keluar. Wak Man Pentol orang panggil. Memang jahat budak si Bob ni. Sampaikan bapa Nana pun diherdiknya sekali. Aku terus terasa serba salah. Sesuatu harus dilakukan.
Dengan perasaan sedikit hero, aku menenangkan keadaan. Bila keadaan sedikit reda, aku menyuruh Bob beredar. Aku meminta maaf kepada Wak Man Pentol kerana punca kepada insiden ini. Rupanya Wak Man Pentol ini merupakan atuk saudara kepada Sompek. Cis, padanla Sompek tahu rumah si Nana ni!
Bila situasi kembali normal, aku meminta maaf dan terus beredar. Dalam perjalanan pulang ke rumah aku berdoa agar Wak Man Pentol ini tidak mengecam aku anak kepada Wak Jenal. Aku agak risau kerana bapaku merupakan orang yang agak terkenal didalam kampung aku.
Akhirnya, setelah sekian lama, tiada cerita yang aku 'gegar' rumah Wak Man Pentol dengan penjahat bercincin tengkorak keluar daripada bapaku. Kira case close la.
Haha! Indah dan lucu sungguh sesekali teringat cerita-cerita zaman dahulu kala. Cuma agak canggung dan terkilan kerana gadis penjaga B.O itu tidak mengaku dia ialah Nana. Cis!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment