Wednesday, May 21, 2008

Sepi, sendiri, aku benci.

Ayat pertama yang aku teringat setelah bangun tidur. Salah satu ayat puisi yang di__ oleh Cinta lakonan Dian Sastrawardoyo dalam Apa Ada Dengn Cinta.

Tengok jam. WTF??!! 8.39 a.m. Dah lambat. Janji dengan teksi pukul 8.30 am.

Duduk bucu katil, fikir. Owh, baru pukul 7.39 WIB. Lambat satu jam kat Batam ini. Baru aku teringat.

Perjalanan daripada hotel ke kilang customer aku, mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sepanjang perjalanan mengingatkan aku kepada satu kawasan di Johor. Pekan Rengit. Lebih kurang la.

Banyak juga aku teringatkan cerita-cerita dari Indonesia. Yang paling hampir adalah cerita Janji Jonny. Lakonan Nicholas Saputra. Memang serupa.

Suasana sibuk. Jalan rayanya. Sub-bandarnya. Kenderaannya. Penduduknya. Kemudahannya. Sama. Cuma aku belum jumpa lagi menu makanan Katak Goreng Mentega.

Ayam goreng mentega ada lah.

Masih baru di sini. Orang sibuk menyatakan Batam adalah Syurga Lelaki. Syurga-syurga itu aku belum kelihatan. Mungkin kena ke arah bandar sedikit. Nanti aku ajak sifu aku mencari syurga.

Perkara yang penting sekali aku perasan di sini adalah kewangan. Masing-masing sibuk mencari peluang untuk merebut wang. Keluar sahaja dari hotel, berebut teksi datang. Duduk sahaja di meja makan, ramai yang offer itu dan ini. Turun sahaja teksi di perhentian bas, orang hulurkan tuala. Jual. Bukan percuma.

Aku terfikir. Malaysia sedang bergolak dengan isu politik. Kesan daripada PRU 12. Adakah satu hari nanti Malaysia akan jadi begini?

Betul lah kata bapak aku. "Kalau kau buang baju Crocodile ni dalam laut, entah berapa yang sanggup terjun nak kan baju tu. Kalau kau tabur not-not 1000Rp, ramai yang datang merebut."

Kesian. Sedih pun ada.

Jadi memang tidak hairan la orang kata Batam ni Syurga Lelaki.

Ini baru Batam. Tempat lain samada lagi baik atau buruk aku tak tau.

4 comments:

Eamy said...

1000rp bunyik cam byk

hahahaha

broken_nigina said...

itu syurga ke neraka erk?
sedikit keliru.

Qider said...

sampai cenggitu sekali?iskh ish ish..

Rembo said...

eamy - owh. mmg nampak bnyk tapi kalo bandingkan RM baru 30 sen.

Broken - bergantung pada individu untuk neraka atau syurga. Btol?

qider - yup. biasanya setiap penunggang motosikal bawa 2 helmet. Sambil jalan2 boleh angkut orang untuk di hantar ke destinasi. Tapi bukan free. Berbayar.

Amacam?