Monday, September 15, 2008

Gua punya nostalgia Ramadhan [4].

Petang itu, sekitar tahun 1993. Itu jam gua baru darjah 5. Dalam persekolahan sesi petang atau sekolah agama. Gua tengah relax-relax baring atas meja kayu yang gua susun panjang sebagai katil, gua terdengar satu perbualan antara Firdaus dengan Taufik.

Perbualan mengenai rancangan mereka pada malam hari. Ketika semua orang sibuk sembahyang terawikh. Gua rasa menarik rancangan itu. Lantas gua bersuara untuk join diaorang.

Malam itu, bila gua dengar imam sudah takbir sembahyang terawikh je, lantas gua lompat keluar masjid. Gua tumpang Firdaus. Bonceng belakang basikal dia. Destinasi pekan Parit Raja. Berbasikal ke pekan Parit Raja pada waktu malam, tanpa lampu, dengan bapak gua dalam masjid. Memang adventure.

Perasaaan gua berbunga-bunga. Bukan apa, dapat lepas daripada tanggungjawab. Melanggar peraturan. Walaupun, itu jam gua masih belum pasti arah tujuan gua.

Sedar-sedar, gua sudah ada depan satu pasaraya mini berjenama Panduan Maju. Dalam hati gua apa jadahnya pergi sini? Rupa-rupanya, dia orang ada misi shoplifter. Shoplifter buku letak number telefon makwe-makwe yang ada magnet tu. Gua lupa orang panggil apa nama menatang ni!

Lantas gua terpengaruh. Sedang asyik gua follow dia orang, gua tak sedar sudah pukul 930 malam. Mengikut jangkaan gua, di masjid sudah habis sembahyang terawikh. Gua panik!

Cepat-cepat gua capai basikal Fir, panggil dia orang, gua kayuh laju-laju. Tidak sempat sampai masjid, gua terperasan bayang bapak gua depan kedai dekat simpang masuk rumah gua. Gua sudah agak, gua tak sempat cover line pergi masjid.

Kalau sempat balik masjid, terus kami buat-buat sembahyang terawikh, pasti bapak gua, bapak Firdaus, bapak Taufik tidak tahu aktiviti jahil gua dan rakan-rakan. Mesti bapak-bapak gua dan rakan-rakan ini rajin follow sembahyang terawikh. Tetapi, malang tidak berbau.

Tak pasal-pasal minda gua berdarah-darah, telinga gua lebam-lebam dek mendengarkan kata-kata psikologi bapak aku yang menusuk-nusuk jiwa aku selama seminggu.

Lepas malam itu, gua tidak pergi sembahyang terawikh selama seminggu. Sebaliknya gua concentrate kat meriam tanah gua.

8 comments:

ciKenit said...

pergggh...
buku tepon ade magnet2.
menarik kan menatang tu?

dulu ciki ske kumpul yang katun2.
pastu sayang nak gune.
simpan sampai ilang.
muahaha....

frH said...

"bapak gua dlm masjid. mmg adventure". gile adventure ... hahahhaa

eh apsal aku xtau pon buku tepon ada magnet2 nih? owhh mungkin aku antara makwe yg nombor telefonnya disimpan oleh pakwe2 nih. hahaha.

CritiCalThinKer said...

aduh.. x sabar pulak nak baca no 5.

apek terror said...

rembo membe lu ade yg rembat pancing,rembat desen kuro...enjin kete emas...batu ladung...giles shoplifter berjaye...

l.i.f.e said...

perghhh..kecik2 dah pandai nak simpan number awek2 dalam diari ada magnet...noty! :))

Rambo said...

ciki - ha mestila menarik. kalo tak, takkan ada journey to the Panduan Maju.

farah - pergghh! takkan tade! u must have it once in ur life.

crtklthnkr - relax. sabar dlm bulan2 pose ni.

life - bukan diari lah! buku telefon. yg boleh isi dalam wallet.

Rambo said...

apek -sori gua lupa. lu mmg A. smpi skng gua msh kompius cmne joran itu boleh diseludup keluar dari Panduan Maju.

Qider said...

la..ingatkan insap pastu..rupenye men meriam tanah..