Tuesday, September 09, 2008

Secawan kopi + Sekotak rokok + Love In The Time Of Cholera + Kafe Separa Urban = Situasi Keseorangan Menusuk Jiwa


DISCLAIMER:
Gambar ini adalah ketika sehari sebelum puasa bermula. Sila fikir positive.

Semalam gua sangat letih. Bekerja di kilang kawasan Naga Keramat memang mencabar kreabiliti kaki dan badan ahli sukan gua ini. Sejuk dan sangat tekanan peringkat tinggi tapi gua suka. Gua tak suka sebab gua penat.

Keluar kilang hampir jam 6 petang. Biasalah Kelumpo. Apa lagi kalau bukan traffic jam. Tanjung Agas, Muar pun traffic jam tika balik kerja. Nasib baik gua sempat buka di rumah. Kalau tidak gua memang puasa sampai pukul 8-lah.

Lepas buka, perasaan gua mahu keluar melepak meronta-ronta. Lantas gua bersiap. Tapi gua kena pulang sebelum jam 10. House beb!

Sedar-sedar gua sudah duduk dalam kopitiam dalam Jusco. Hal begini memang buat gua teringat situasi gua hidup setahun lepas di Bandar Maharani. Sambil gua pekena kopi putih, gua layan internet. Memang terbaik.

Sedang seronok gua layan kopi dengan internet, sayup-sayup gua dengar suara-suara Siti Nurhaliza, Raihan, Manbai, Mamat Exist, A.Rahman ke apa nama, Saloma.

Gua paling benci, time gua tengah relax-relax, mahu layan perasaaan seorang diri, tiba-tiba ada lagu raya. Bertambah-tambah kesayuan dan kebencian gua terhadap dunia yang membuatkan gua rasa macam cuma gua seorang hidup dalam dunia ini.

Sebelum gua karate Jusco ini jadi dua, gua berlalu dengan hati yang sayu.

11 comments:

Ojie said...

rindu kepada suasana duduk berseorangan melayan kopi di kala hujan turun renyai2..hehe

Eamy said...

hah!camne nk karate Jusco tuh?
kasi tau sket..haha

Rajuna said...

tapi skrg ok lagi bro.
2,3 minggu puasa baru ada lagu raya.
dulu? baru sehari puasa dan ada lagu raya...haduuh.

Jsmn said...

oi lepak minum ajak aku la best.

apek terror said...

ceh tapi gua makan bubur ker nasi rendam sup...

gua minat man bai rembo...

Rembo said...

ojie - jom layan sama amacam? hehehe

eamy - bukan ke dah tunjuk aritu? ada budak tu masuk dalam rekahan tanah depan kedai jual air kelapa busuk tu?

rajuna - tu lah. btol juge. mlm raya sure ko pergi parit raja kan?

jasmin - owh. semalam mode mahu menyendiri. next time mybe.

apek - hahaha kau terpengaruh dengan perkataan rose tu.

poyotito said...

gua kalu keluar lagu lain takpa!
kena lagu hail amir memang gua terus pecut balik kampung

l.i.f.e said...

urgghhh...kalau ada lagu penyanyi dari lipis, potong betul!

abis baca dah buku tu?

Rembo said...

poyotito - ha tu la dia. jiwa gua ni dahla sentisif!

life - hehehe...blom lagi. baru start

S.YanaZ said...

Bo,
penah layan Chawan di Telawi...?

Rembo said...

ta penah. knape? cara? belanja sepam. hehehe