Wednesday, September 10, 2008

Kerana CINTA, manusia berubah. Pasti!

Nama gua pun sudah Rambo. Mesti-lah kuat, gagah, perkasa. Mempunyai jiwa yang kental. Darah sentiasa mengalir laju. Luka kena tembak, ubat sendiri guna belerang peluru. Luka kat mana-mana, jahit sendiri. Hujan gerimis sikit cabut anak pokok pisang hendak buat payung. Biasalah Rambo.

Kalau kes filem kegemaran pula, mesti-lah Tour of Duty, Full Metal Jacket, In the Year of Pig. Semua cerita luar negara. Buat rujukan. Senang hendak berlakon. Apa barang drama bersiri tempatan. Ataupun filem arahan prof. Tidak mencabar langsung.

Tetapi, harus diingat. Satu perkataan keramat mampu mengubah seseorang serta merta. Cinta. Kalau tulis cinta pada besi padu, beri pada orang bercinta. Relax-relax dia rasa macam pegang jelly.

Sekarang ini demi cintanya, dia sudah berubah. Tidak layan dah Tour of Duty semua bagai tu. Ganas sangat katanya. Kalau hujan pun sudah reti ambil payung dalam kereta. Buka payung pun lembut bersopan. Takde dah main cabut-cabut, tebas-tebas pokok dah. Ini semua gara-gara cinta.

Yang paling jelas, tahap perubahan radikal yang dia lakukan. Setiap jam 7 malam sehingga 8 malam dan juga 5.30 pagi hingga 6 pagi. Dia pasti tercongok di depan kotak tv. Makan buka sambil tercongok depan tv, sahur tercongok depan tv. Kawan-kawan ajak sembang buat 'dek'. Jeling sekejap, itu pun time iklan.

Melayan drama bersiri tempatan adalah kegemarannya sekarang. Dua cerita. Tajuk untuk setiap satu, satu patah perkataan. "Renjis" dan juga "lima". Siap sembunyikan alat kawalan jauh Astro Max. Semata untuk tidak memberi peluang kepada rakan yang lain untuk menonton Sport Center pada masa yang sama.

Begitulah setia cintanya terhadap Elyana dan juga Irma Hasmie.

Ada sekejap lagi gua kena berubat cara kampung ini kang!

16 comments:

H said...

sibuk ngan elyana & irma dia tu.

erk,
share elyana bleh ke rambo?
mahu lah juge!
qiqiqiqi...

Unknown said...

parah sudah in worang...

Ojie said...

hahaha jiwa kental sudah tinggal jauh..cinta mampu merubah sesiapa saje.. kan? kan?
:-)

apek terror said...

irma gua penah nampak kat mane yea gua lupe...

pokok pisang gua suke care cabut tu..mmg A rAmbo..

.miss daimen. said...

wah rambo..
tamaknye..
skali dua ko nk sapu..
tp elyana bukan dh nk kahwin ke??
ko ke orgnye??
huhuhu..

Eamy said...

hah?
parah..bila kene penyakit ni.
hahahaha

l.i.f.e said...

haaa..tamak lah...nanti dedua tak dapat baru tau :))

tp kalau dapat elyana jimat kan? tak yah beli kasut

Rembo said...

ciki - mana bleh!

oro - perghh! elyana beb elyana!

ojie - tau pun. takleh kate ape dah.

apek - haaa...nasib lu igt kalo tak, gua gugurkan dari persatuan pemakai rayban original.

miss damien - ala jgn kate gtu. aku pujangga je. layak ke? hehehe

eamy - bila? awk sedar kot. kan? kan? kan?

Rembo said...

life - hehehe. dah dua2 comel. sy nk awak pnye hero 2 org tu ta dpt. hehehe

laki cikgu kimia said...

eh rambo ker? nana ker? asal jiwang?

Si Fakap said...

Perghhh!

Ni kalau berubat kampung pun belum tentu baik ni.

Cuba rendam cd baru Elyana, 3 hari. Lepas tu, minum.

Mana tau, mujarab.

S.YanaZ said...

Elyana mmg stylo...
Cara, beb!

Apa lagi...YM laa...
*ahaks*

poyotito said...

dah tak berapa nak rambo lah lu rambo!!

Rembo said...

crtklthnkr - ini bukan jiwang bro. ini tenanan.

fakap - hehehe. btol jugak. dulu gua ada cuba buat kt buku sifir. berjaya!

syanaz - bnyk keje ni nk YM. hehehe

poyotito - tu lah. risau nih!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

ah lu ni dah terkena ni..!!

Rembo said...

tau pun lu. lu pun sama jgn banyak cite!