Friday, September 19, 2008

Gua punya nostalgia Ramadhan [5].

Satu masa dulu, sejak kerajaan mengharamkan mercun dan bunga api dikalangan budak sekolah. Gua dan Ijul kesunyian. Walaupun ada penjualan di pasaran gelap, harganya terlalu mahal bagi kami.

Sebagai tanda pemberontakan, gua dengan Ijul nekad. Nekad mahukan letupan. Sedikit bunyi dimalam-malam hari bulan Ramadhan. Baru true. Apa barang malam bulan Ramadhan senyap sunyi tanpa bahan letupan.

Lantas, gua nekad untuk menyediakan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali.

Secara lazimnya, penyediaan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali ini perlu dilakukan di tebing parit. Atau longkang..err..maksud aku parit kecil yang airnya jernih. Lagi satu, biasa parit atau longkang ini adalah pure 100% daripada tanah. Takde simen-simen macam di bandar.

Gua dan Ijul adalah berjiran. Dia jiran gua sebelah kiri gua. Untuk itu, kalau menyediakan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali, gua mesti menghadap ke arah jalan besar. Kiranya, gua kena korek tebing parit tanah sebelah dia untuk mengarahkan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali ke arah jalan besar.

Saban tahun, lokasi yang sama, arah yang sama. Sehingga tahun ke 4 kami menyediakan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali, Ijul bersuara garang,

"apa ini, asyik buat kat tanah gua je. pecite? habis la tanah gua nanti."

Peehh...dalam hati gua mendidih, baru darjah enam sudah pandai berkira. Gua nampak budak Ijul ini kecil je. Sekali gua hayun ini cangkul baru lu tau.

Sejak daripada itu, gua kecewa. Title Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali gua sudah bagi pada budak-budak junior kampung gua.

Gua tak pandang dah meriam tanah ini. Gua tahu, setiap kali lepas sembahyang terawikh, gua lepak pekan. Minum-minum sambil hisap rokok. Usha makwe-makwe beli barang-barang buat kuih raya.

Apa barang main meriam tanah, tak kelas langsung!

14 comments:

ciKenit said...

pergggh...
ayat akhir gile eksen.
tu sambil mendabik dada ke tak tu?
haha.

poyotito's said...

cangkul aje woiiii

cikgie said...

kau yakin ke meriam tanah kau paling kuat di parit haji ali?

x penah dengar pun

apek terror said...

mamat punyer je gua dgr...lu punyer ker mamat yang power nie???

mynncinonet said...

meriam tanah memang x care.. t orang send pic meriam besi orang kat umah. berkilat.. gu org blek uma lua r..heee

l.i.f.e said...

parit haji ali tu dekat2 dgn parit jerman ke tak eh

frh_amazon said...

haha .. blah laa lu ..

Rambo said...

ciki - abeh, pasal tanah pun berkira. Kecewa gua!

poyo - kang beraya kt lokap pulak gua.

cikgie - awak kampung parit sikun darat memang tade denga. parit sikun laut boleh kot. hehehe

apek - mamat tu poser.

mynn - apa bg gambo. bg meriam tu trus la. Bru true.

life - ish jauh no. antara parit nipah laut dengan parit sikun laut. Hape tah nama parit sikun kan??

farah - btol beb. Gua tak tipu, Itu jam lu datang dah raya, mmg ta denga.

cikgie said...

peh, ni dah lebeh bai!
parit parit jgn buat main. parit sikun ada jembatan baru. parit hj ali tu hape ade?!!

mynncinonet said...

tu meriam abg org yg punye daa..

Ojie said...

haihh gua xpernah merasa main meriam pun..

Rajuna said...

BETUL.
aku pun hangin main binatang letop2 ni.

lek bazar ramadan sambil ngorat lagi kool!

Rambo said...

cikgie - tu dulu. skang gua tak duk parit dah! duk taman. apa barang duk dalam parit. eeeewwwww...tanah!

mynn - owh yke? hehehe br nak pow.

ojie - hahaha. best gile beb. Adventure!!

rajuna - lu pon dtg bazaar kompleks kan? kan? kan? most happening place malam raya. Danga Bay pon kalah!

Si Jambi Darat said...

btol tu bo..
gua plg suke time ramadhn di pt raja..
mmg true la!