Monday, March 16, 2009

Amacam? I know, I know its hurt. Sabar yea?!

Semalam. Dan Kelmarin. Dua hari yang sepatutnya gua bercuti. Relaks-relaks. Bangun waktu gelincir matahari. Pergi beli nasi lemak lauk paru goreng sambal dengan pakaian tidur. Mandi pagi jam 3 petang. Baca Roots issue #10 dalam perjalanan ke Parit Raja.

You know, the weekend stuff.

Tapi, gua tak dapat buat semua itu. Sudahnya, hujung minggu gua terlalu sibuk. Sibuk lalu penat. Dan tadi waktu service meeting pun gua dah head banging secara halus. Nasib gua tak pusing-pusingkan rambut gua yang panjang dan lembut ini. Kalau tidak, pasti gua dapat email daripada boss besar gua suruh potong rambut.

Hari Sabtu. Macam biasa. Bila gua bosan. Mesti mau ke acara muzik bising dan laju dan berpakaian hitam. Tujuan utama, gua mahu jumpa Abang Hardcore Kejam Gombak. Ambil beberapa CD. CD ego gua dan juga alter ego gua. Dua-dua penting.

Hari Ahad. Gua pulang ke tanah tumpah darah gua. Parit Raja. Seorang kawan gua berkahwin. Dengan cikgu Noraini. Classic kan nama? Cikgu Noraini. Macam dalam filem dolu-dolu. Gua sangkakan, gua boleh berehat di tempat duduk belakang sambil membaca Redup Pemikiran bahagian demi bahagian semasa dalam perjalanan.

Sangkaan gua meleset. Terpeleset jauh. Gua kena memandu. Atas alasan, pemandu asal not fit enough to drive. Pergi gua gagah lagi. Tapi, bila dalam perjalanan pulang memang gua tewas. Maklumlah, hidangan beriani gam, ayam masak merah, daging kurma, sayur pajeri dan air mata kucing memang terbaik dalam kelasnya sendiri itu bercampur-aduk dalam perut solid gua.

Tapi, dalam gua kepenatan, gua gembira. Beberapa perkara buat gua gembira. Kegembiraan ini umpama tenaga untuk diri gua. Macam badut dalam cerita IT, filem daripada salah satu novel Stephen King dapat tenaga setelah makan ketawa dari manusia.

Gua malas nak cakap banyak. Gua malas nak bising-bising. Nanti bertambah parah kesakitan mereka. Baik-baik jadi kawan, nanti jadi lawan. Nasib baik gua tak tahu nombor telefon kawan gua kat Libya. Kalau tak mesti gua teks dia berkoyan-koyan.

You know, football stuff. Err...abang AKAB sihat?

Psssstttt....musuh dalam selimut (baca:budak M.U) sebelah kanan gua cuti hari ini.

6 comments:

S.YanaZ said...

Yeeeeeeeeeehhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

iyan said...

da puas menang rem...
sekali sekala kalah apa salah...

H said...

hehe.
oke, paham dah tajuk.

sian kan diorang?
hahahahahahahahahaha....
=))

Rembo said...

syanaz - amboi. suke benor nmpk gayanya ni.

iyan - kalah? bukan kena belasah ke? he he he.

ciki - he he he. jgn gelak bnyk sgt. nnti ilmu keluar. he he he

ainfazrin said...

chup chup. dah bape malam mimpi beriani gam ni. sekali entri kat sini ada pulak mention. adoi. petanda kena balik johor cepat nih. haha.

Rembo said...

he he he. terbaik beriyan gaM!