Wednesday, March 11, 2009

Pagi tadi gua nak pergi kerja, gua nampak kapal terbang buat hikmat membelah langit biru.

*klik la kalau tak percaya!

Semalam petang. Jam 6 lebih. Gua sampai hentian Serdang yang gua benci. Gua menyirap je setiap kali gua tengok atau singgah hentian Serdang ini. Rasa macam nak molotov cocktail pun ada. Gua sampai hentian Serdang dengan selamat.

Tiada hijacker. Tiada spike blocker. Gua kecewa. Bas Transnasional buruk tu relaks-relaks terus jalan sampai Puduraya. Celaka.

5 hari berehat di kampung memang menenangkan. Walau tiada ikan kembung, tiada sayur pucuk manis. Gua masih ok. Gua nak relaks atas jambatan sambil kaki gua main-main air pun tak boleh. 'Port' gua biasa mandi sungai tu, air dia kering. Miss gua nak main-main air kali ini. Tapi, gua masih ok.

[,]


Tapi, ada sesuatu yang buat semua tak ok. Gua yang dah 27 tahun (baca: 22) hidup ini masih rasa.

[,]

Malam last. Gua lepak dengan putera punk rock Parit Raja, pendengar Marjinal, budak gila dan juga pemilik kereta cap ikan di kopitiam paling eksklusif di Parit Raja. Aman. Damai. Tenang. Bergaya. Sebab tempat eksklusif. Semestinya, hanya untuk orang yang eksklusif.

Berbincang tentang itu ini. Gig sana sini. Burgerkill. Marjinal. Refused. Myspace CMP la yang captionnya berbunyi "windu owg itu.". Ok, ini CMP lain. Bukan CMP itu. Scooter Yamaha tak original. Bear beer. 'Drink now' liquer. Slumdog Millionaire. Killeur Calculateur. Makwe. Kereta. Hardcore. Indie. Post punk. Baju bundle. Kedai Joe. Johan Ali. Kedai barang 2nd hand Benut. Sesekali bersama. Semua. Semua dibincangkan.

It was a happy hour. At Bisik-Bisik. Not O'Rilley bar or something. Dah, itu je yang ada.

Tiba masa untuk pulang. Pelayan sudah kasi bill. Semua rasa marah. Terganggu. Potong stim. Nak buat macam mana. Akur. Pasrah.

Bila gua tiba dirumah. Gua masuk rumah saja. Satu perasaaan yang gua benci hinggap. Segala ketawa, hilai, gelak, hilang. Terbang ke udara mungkin. Senyap. Sunyi. Dalam rumah ke, dalam hati ke, sama. Nak-nak pemilik kereta cap ikan sudah pulang ke Pasir Gudang. Tempat yang hanya ada kilang, kedai mamak dan Petronas. Itu pun orang boleh culture shock.

Gua pandang cermin bilik mandi gua lama-lama. Tenung dalam mata gua. Tarik nafas dalam-dalam. Gua lepas sekali. Macam melepaskan suatu keluhan berat dalam hati gua.

Dari pukul 2 pagi, 10 Mac, sampailah ke 6 petang hari yang sama. Gua alami satu perasaan yang dah lama berhenti serang gua. Kecut perut. Cuak. Bak kata orang taman gua, butterfly in stomach.

Perasaaan gua itu jam, macam perasaan nak balik asrama lepas cuti sekolah hujung tahun. Berat. Malas. Bosan. Menyampah gua! Dah tua-tua pun masih ada perasaan ini.

8 comments:

j or ji said...

gua setuju dgn statement pasir gudang
....gua pernah duduk sana 6 bulan.memang majal!

iyan said...

gua juga setuju dengan statement pasir gudang....
gua duduk sana lbh kurang 6 bulan...
moto gua hilang...
moto mael juga hilang...
talib terima 42 jahitan...
reza kena rompak...
keng hilang handphone...

mcm2 jadik kat gua dan bdk2 umah...

Rambo said...

korang - dah2. jgn marah2. lain tmpt, lain ragam, lain orangnya. Nas P.O.H, mintak maaf. ha ha ha

Si Jambi Darat said...

aku ada dlm entri ni..hahaha!

shiekin said...

Nak-nak pemilik kereta cap ikan sudah pulang ke Pasir Gudang. Tempat yang hanya ada kilang, kedai mamak dan Petronas. Itu pun orang boleh culture shock.

aiyooooooo!! i selalu folow ini blog tp tak pernah terlintas nak komen sampai la ternampak ayat yg kat atas tuh.. hahhaa.. i dah duduk pgudang almost 6year alhamdulillah tade pape.. hehe =)

shiekin said...

jap2!! pgudang ok what mlm2.. si kereta cap ikan tu tak habis jalan lagi kot..

Rambo said...

endy - ha ha ha. mesti ada. lu kan king.

shiekin - 1. kalo u ada apa2 pun, mana i tau. he he he
2. mybe your 'OK' is not same with ours. Dig it chick? he he he

shiekin said...

iye tade pape.. swear to god.. hahah.. Dig it chick?.. nottyyyy