Friday, March 27, 2009

Malam TNB rugi.




Esok. 28 Mac 2009. Mula 8.30 malam. Sampai 9.30 malam. Jangan keluar rumah. Relaks-relaks dalam rumah. Padam lampu. Satu dunia akan bergelap. Cool apa. Kalau esok malam, mana yang ada kawan kat luar negara, cuba call time ni. Mesti tengah bergelap juga. Itu pun kalau dia aware.

Tak kira lu hardcore ke, bukan hardcore ke, post-hardcore ke, post-metal ke, post-punk ke, post-rock ke, crusty ke, punk ke, rockers ke, rapper ke, indie ke, indie rock ke, indie pop ke, pop rock ke, balada ke, etnik kreatif ke, shuffler ke, brakedancer ke, kaki busking ke, kaki 2 step ke, kaki moshing ke. Hulur sedikit sumbangan.

Tak kira la lu pekerja kerajaan ke, bukan kerajaan, kerja kilang ke, kerja sendiri ke, student IPTA ke, IPTS ke, Sunway College ke, Tailor College ke, Lim Kok Wing ke, UTHM ke, UTM ke, UiTM ke, UM ke, buruh kasar ke, Lawyer ke, jurutera ke, juruselam ke, jurusolek ke, budak sekolah ke, semua terlibat.

Tak kisah lah lu tu Director ke, Managing Director ke, Manager ke, Section Manager ke, Supervisor ke, Techinician ke, Operator ke, tukang bancuh air kantin ke, tukang masak kedai Pak Mat ke, kerani ke, Coordinator ke, senior ke, junior ke, guru besar ke, guru kecik ke, tak kira apa pangkat lu, ringankan tulang tangan tutup suis lampu.

Tak kira lu dekat mana. Bentong ke, Lipis ke, Parit Raja ke, Senggarang ke, Punggur ke, Batu Kawan ke, Equine Park ke, Oslo ke, Hachioji ke, Ulu tiram ke, Pasir Gudang ke, TTDI ke, Batu Berendam ke, Ujung Pasir ke, Tanjung Tuan ke, Tanjung Emas ke, Libya ke, Permatang Kuching ke, Petaling Jaya ke, Simpang Renggam ke, Rembau ke, Tampin ke, Kota Bahru ke, Paka ke, Kerteh ke, Nilai ke, Santa Clara ke, Batu Arang ke, semua tempat. Tak terkecuali.

Agak-agak berat je nak tutup semua, tutup mana yang tak guna pun ok. At least, minimize.

Apa salahnya beri sedikit sumbangan terhadap bumi. Selama ini pun banyak dah manusia (baca; kita) lakukan kemungkaran atau kerosakan. Buang sampah merata, menyumbang kepada penipisan ozon, buang gas sana sini, asap kilang lagi, asap kereta lagi. Tu tak kira lagi yang consume plastik berlambak-lambak.

Ini sikit je sumbangan. Tak banyak. Tak lama. Sejam je bergelap. Nak terus bergelap sampai esok pagi lagi bagus. Lu nak buat apa dalam gelap, itu hal lu orang. Tapi buat mende-mende dalam gelap ini memang mencabar. Nak-nak esok malam hujan itu jam. Memang terbaik.

Mana yang nak buat, buat. Mana yang nak makan, makan. Mana yang nak mabuk, mabuk. Ikut suka. Janji tutup lampu sekejap. Sejam paling kurang. Amacam? Berani?


12 comments:

or0 said...

malangnye gua tade kat kl mlm esok, xleh nak tgk cane..

Rambo said...

bkn suruh tgk. suruh take part.

i'm the girL said...

erm bergelap sesekali ape salah nye.... bukan lama pon sejam je

mariati83 said...

esok mlm aku nk offkan lampu je..tv ngan kipas aku nk bukak..tu kira aku take part gak kan....

ciKenit said...

i'm in!
gonna be out for the whole day...
mengambil angin malam di atas bukit.
mungkin?
:)

jom rembo!

mukhrizlatif said...

rumah gua pakai pelita..nk kena off gak ke

Rambo said...

ajee - yup. takde hal lah kan? sejam je.

mariati - yup. idea awal dia non-essential lamp je. nak lebih xpe.

ciki - jom! jom! bukit mana?

moqh - lu duduk dalam reban ke? he he he jgn marah brader.

pipiyapong said...

Lu datang rumah gua tengok lampu ada ke tak??? sebab tu pukul 8.30 malam gua dah tido..

vanilla choco said...

aku sokong!aku nak take part gak..
jap lagi je...hehe

ainfazrin said...

wahaha. tadi makan bergelap. mencabar gile. nasib baik tangan betul2 masuk balik pinggan, tak tercekup kepala kucing kat sebelah yang setia teman. ngee.

tapi tak best lah, area umah tak sporting. Giant pun leh tutup lampu, yang lain tak nak participate. apa da.

Rajuna said...

ah
beriya ah dia ni



:P
haha

Rambo said...

pipi - owh. macam keje jaga tdo pukul 830.

vanilla - dah? tutup lampu aritu?

ain - takpe. orang lain pedulikan. Ini baru 1st step. lain kali kene tutup gak walau takde awareness.

juna - lu nk soh gua jadi hardline ke? ha ha ha