Monday, March 02, 2009

Ini adalah marketing strategy sahabat gua.

Gua sekarang tak boleh duduk diam. Bukan duduk diam atas kerusi sambil freeze. Ni duduk diam lain. Duduk diam yang bukan duduk diam biasa-biasa. Duduk diam luar biasa maksud gua. Duduk diam yang tanpa sebarang income lain lebih tepat.

Dalam kepala macam-macam projek. Kang gua silksrin sekali header page gua ini, agak-agak boleh buat untung tak? Tapi, nanti kata meniru AKAB la pulak.

Mungkin. Bidang lain. Bidang selain elektronik atau pembuatan. Bidang kerajaan ke. Bidang perubatan ke. Bidang majalah ke. Bidang tanah bidang ke. Tak terasa. Boleh relax-relax lagi.

Gua. Dan juga seorang sahabat. Dalam bidang pembuatan. Dan gua bidang elektronik. Terasa yang amat. Krisis ekonomi ini umpama semakin mencekik. Macam ISA secara batin. Sama dengan kuasa yang kuat impaknya tapi tak nampak kuasa itu menekan.

Itu yang kami hadapi sekarang.

Dua orang lagi budak rumah, relax-relax. Kami berdua. Macam nak mati buat deduction on our personal expenses. Pada masa yang sama. Sahabat gua ni ada buka bisnes kecil-kecilan. Runcit-runcit bak kata budak-budak pembaca Hilang Punca sekarang ni.

Sehingga satu petang;

"Bo, lu tolong la gua." Tom mulakan perbualan.

"Tolong apanya? Bukan gua dah tolong buang sampah tu ke?"

"Bukan tolong itu, ini lain. Tolong advertise."

"Laaa...apasal gua pulak yang kene?"

"Lu nak mesin basuh dengan meja makan tak?" Tom seakan mengugut.

"Main ugut apahal?"

"Takla, lu dah agak kuat dalam blogosfera ni. Gua lain la. Budak-budak lagi. Ini salah satu marketing strategy gua." bebel Tom lagi.

"Yelah. Nanti gua post something."

Kalau lu orang support sahabat ini, secara tak langsung, gua pun mendapat senang, lu orang puas hati. Gua tuntut meja makan dengan mesin basuh tak dapat-dapat lagi ni. Naik though lengan kanan gua ini.

Bukan apa, bak kata-kata biasa, kawan-kawan tolong kawan-kawan. Siapa lagi nak tolong kawan-kawan. Gitu le gamaknye.

Ini bukan gua punya perniagaan. Perniagaan gua nanti. Akan datang. Gua cuma tolong-tolong sahaja. Kira kalau dalam rewang majlis kawen tu, gua bahagian kupas bawang la. Macam itu.

*klik pada gambar untuk link ke page yang gua maksudkan. Maju kan?

4 comments:

tom said...

buat peminat2 emosi sila2 la jengok perniagaan saya ye..oh yea..Rambo..thanx bro...

hegira said...

bagus! support kawankawan!

Anonymous said...

dah abis maju da nih...

Rembo said...

tom - ha ha ha

hegira - bgtau peminat bundle yg lain.

akim - ha ha ha. maju macam maju junction!