Wednesday, March 25, 2009

...play and DIE!

Dulu. Masa mula-mula kerja. Er...kerja yang ini. Maksud gua. Kerja dengan company sekarang ini. Bukan yang lain-lain. Bukan yang dekat butik mahal atau yang Bandar Maharani. Gua merasa pelik. Kenapa orang benci sangat bos. Padahal, bos gua sweet je gua tengok. Sambil melawak, sambil senyum-senyum. Relaks.

Sekarang, baru gua faham. Baru gua mengerti.

Mula-mula. Gua mula dengan macho. Bergaya. Langsung tak berpeluh. Suara ala-ala Jamal Abdillah. Semua anak mata memerhati gua. Sambil angguk-angguk kecil. Bila gua bukak gambar binatang retarded pasal our activity, buang sampah merata, semua mulut terlopong. Nganga.

Gua kat depan...err...maksud gua bila gua present. Rasa macam tak pijak tanah. Terawang-awang. I controlled the environment. Macam masa zaman Dr. M berucap. Berdecit pun diaorang tak berani. Lawak-lawak sampingan kena ada. Baru tak boring.

Waktu 45 minit untuk presentation, gua gunakan dengan baik. Semua terpaku. Gamam. Pegun. Gua teruskan sampai ke slide terakhir. Gua akhiri dengan kata-kata penutup ingatan. Act Now! Lebih kurang macam itu.

Gua dapat tepukan gemuruh. Dalam hati gua gembira. Gua dah mula menyanyi girang.

Tiba-tiba,

"I feel like missing something." Bos gua bersuara. Bos besar kedua. Gua dah mula telan air liur pekat. Sangkut sekejap kat tekak sebelum masuk ke perut.

15 minit gua kena tembak. Macam padang sasar. Macam bumi Palestine pun ada gua rasa. Walau tak tepat. Sipi-sipi pun kena. Itu yang gua pelik. Hari itu, pre-present menakjubkan. Tak banyak hal. Lampu hijau. Semua OK. Boleh proceed. Tapi, lain jadinya.

Kecewa. Hari itu cakap lain, ini cakap lain. Well, boss is always right. Right Boss?

5 comments:

j or ji said...

kalau tak annoying,boss tu tak akan bertahan lama.
boss yg boleh bertahan lama mesti annoying dan juga pain in the ass.

babazahra' said...

kill your boss, bro. kill him!

Rambo said...

ji - lu lagi yg 1st. yeah bro! u r so right.

baba - kill secara halus? atau perlahan2? he he he

frH said...

haha. teringat masa present psm dulu .. ;)

Rambo said...

tau takpe. macam celaka je gua rasa.