Semalam petang. Gua balik kerja dalam keadaan rushing. Pantas. Walau dalam keadaan hujan renyai-renyai. Cilok kiri, cilok kanan. Akhirnya, gua berjaya ke lorong paling laju. Fast lane. Bukan Fast game. Itu cerita lain.
Dalam kepala gua, mahu cepat sampai ke rumah. Cepat sampai, cepat makan, cepat balas SMS, cepat tengok CSI, cepat rehat atau tidur. Segalanya gua lakukan dengan cepat. Pantas. Tiada kompromi. Buat terus, fikir kemudian.
Pukul 11 malam, lampu ruang tamu gua dah padam. Orang lain tengok TV dalam gelap. Lantak la. Gua guna kuasa veto. Demokrasi, gua letak belakang. Set jam pukul 4 pagi (baca: 3.45 pagi).
[,]
Masuk pukul 4:05 pagi, hati gua panas. Membara. Tangan gua menggigil-gigil. Gigi gua ketap kuat-kuat. Nak gua menjerit, satu taman pulak terperanjat. Gua tumbuk lantai. Lekuk lantai tu bekas buku lima gua. Gua tahan geram gua. Lama-lama gua bertambah tenang. Itu pun entah berapa Dunhill Light gua sedut plus Sempoerna Hijau.
[,]
Masuk pukul 6:50 pagi. Gua dah settle beberapa perkara. Iron kemeja belang-belang ke bawah Uniqlo gua, bukan Polo. Bakar roti guna kuali untuk sarapan. Buat air Neslo. Ceria je hidup gua. Burung pun berkicauan riang di luar sana. Matahari pun gua nampak macam senyum kat gua sepanjang perjalanan. Gua pakai stokin pun bersiul-siul girang lagu Raindrop Falling On My Head.
Dalam traffic jammed pun gua tak marah-marah. Cekap je gua memandu gua rasa. Sampai pejabat pun awal. Gua siap hantar kereta hitam gua pergi mandi. Berkilat je nampak. Sama kilat dengan gigi gua yang manjang senyum.
Macam biasa, nak cerita detail, klik sini. Nanti budak ni bangun tidur, dia update la. Jangan risau.
Ok. Gua diam. Cukup. Jangan bising-bising. Nanti musuh serang hendap kalau bising-bising sangat. Mati gua. Tapi musuh-musuh keliling gua pun senyum je gua tengok. Nak-nak musuh dalam selimut sebelah kanan gua ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
hehehe...
takpa..tak kutuk lagi.
aku dah agak dah ...
sama kecah dgn wan .. mlm td kecah dah tido awal .. bangun pon awal dpd aku .. tp pagi td aku sempat laa join utk penalti.
tahniah. hehe
apa barang menang penalty?
lu tgk MU...
solid jek menang 2-0...
huh!
ji - gua hormat brader2 yang true ni!
frh - ha ha ha. tq2. fight gle.
iyan - fight until the last la. baru fight. he he he
telur semua masuk dalam time penalti. cuak tengok orang lain semua dah lepas. nasib baik menang. kalau tak....gua sanggup aje sms lu dari sini. berkoyan-koyan.
NS Chempaka tetap di hati.
Deportivo akan bangkit!!!!!!
I HEART ARSENAL 2...............
baba - skang amacam? ha ha ha
juna - ah lu tak habis-habis NS Chempaka.
Syanaz - i know i know
sekali sekala kalah..apa salahnya
tu lah ayat dak2 man u bile kalah. Sekali sekala, sekali sekala.
Post a Comment