Tuesday, March 03, 2009

Gua rasa, gua perlukan Spinach, Mary Jane dan Guiness gua sendiri.

Daripada beberapa minggu lepas. Gua cuba -cuba untuk menulis. Macam biasa-biasa. Macam cerita gua dulu-dulu. Hasilnya. Gagal. Tiada apa cerita yang boleh gua ekspresikan di Emosi ini. Semuanya sama. Balik-balik cerita yang sama.

Kalau tak gua kebosanan duduk pejabat, gua membebel pasal krisis ekonomi. Kalau gua tak cerita pasal kereta hitam gua, gua berleter pasal krisis ekonomi. Benda yang sama. Tiada perubahan. Umpama graf pegun.

Mungkin. Ini adalah kehidupan gua sekarang. Malar. Malar. Malar.

Sudahnya. Isnin depan adalah public holiday. Maksudnya, cuti tiga hari. Dek cuti paksa yang dilancarkan oleh bos besar pertama dengan bos besar kedua gua masih berjalan lancar, lantas gua selamba apply cuti hari Jumaat dengan hari Selasa. Maksudnya, gua cuti lima hari.

Gua nak pergi bercuti. Plan awal gua, satu tempat rahsia (baca: kampung). Yang penting gua kena lari dari syurga atau neraka ini. Hidup gua macam dah serabai sangat akhir-akhir ini. Sakit kepala fikir macam-macam.

Gua kena refresh. Gua kena dapatkan kuasa gua semula. Hirup udara segar. Makan pisang goreng Badut cecah sambal kicap. Minum Cendol Ejay. Makan ikan kembung goreng lawan dengan sayur pucuk manis masak lemak yang mak gua masak.

Gua punya terapi. Macam Spinach kepada Popeye. Macam Mary Jane kepada Spiderman. Macam Guiness kepada Sailor Chan..err..Sailor Tom maksud gua.

Gua nak travel naik bas. Tinggalkan kereta hitam gua berhabuk di Boozed City. Sumbat telinga dengan MP3 player. Dengar lagu Turbonegro atau Crimescene atau Straight Jacket Nation. Bergantung Si Takat nak masukkan apa. Kat tangan gua pegang Devil Place. Duduk diam-diam sambil membaca. Dunia gua sendiri. Dunia ciptaan gua sendiri.

Siapa-siapa yang baru pasang hajat nak keluar dating dengan gua hujung minggu ini, tunda dulu. Tangguh kemudian. Jangan kecik hati. Nanti gua balik penuhi hajat atau nafsu lu orang.

Kalau hidup gua terus macam ni sampai hujung tahun depan, susahlah gua.

2 comments:

laki cikgu kimia said...

gua cadang lu tukar angin ke OnG amacam?

iyan said...

lu nak pegi mana?
setakat balik BP naik bus ekpres xpayah lar...
gua sarankan lu naik bas lompat2 balik BP...
amacam?