Thursday, March 19, 2009

Em koi sai, taiko!

Sekarang. Gua. Umpama superhero hilang kuasa. Macam harimau hilang taring dan kuku. Hopeless. Tak berdaya. Tak mampu berbuat apa. Kecuali berserah. Harapkan bantuan daripada luar.

Bila bos kecik gua ke luar negara. Gua terkontang kanting. Terkapai-kapai. Macam orang lemas kena pukul ribut. Macam budak kecil kena grip dengan orang tua kat kepala. Ala...macam gerakan dalam wrestling tu. Badan pulak sasa nak mampos. Mana boleh buat apa-apa. Yang boleh menjerit dan menangis. Mintak tolong.

[,]

Deal dengan customer memang kena banyak sabar. Dan juga pandai berkata-kata. Nasib baik ada orang kata gua ni sweet. Ada yang kata sweet macam gula batu. Ada juga yang kata gua ni sweet talker. Dah macam-macam sweet gua dapat. Jangan sweet urine sudah.

Semalam, satu customer dari Batam sudah telefon gua. Mula-mula marah. Suara nak tinggi. Gaya nak cepat. Tanya macam-macam. Itu ini. Baik-baik gua setenang air tasik, gua jadi baran. Hangin satu badan. Cakap baik-baik tak boleh ke? Gua kalau membebel complain pun cakap elok-elok. Maklumlah sweet. Macam gula batu.

Secara tak langsung, gua tertekan butang maya hikmat Sweet Talker Membelai Bayu Pagi gua. Dan juga hikmat Licik Antara Muka. Lantas, customer gua merendahkan gaya percakapannya. Tak jadi marah-marah. Reda sikit keadaan. Gua cakap macam-macam. Itu ini, begitu begini. Terangkan baik-baik. Seikhlas hati. Selembut-lembut suara. Nasib baik gua tak menyanyikan dia lagu Agnes Monica. Lagu Matahari. Kalau gua nyanyi, apa jadi? Munkee!

[,]

Pagi tadi sampai sekarang ini. Semua panggilan telefon dan email dari Batam, bukan gua yang angkat dan jawap. Senior gua settlekan. Gua cuma duduk menghadap PC, baca email tengok dari jauh. Maklumlah, superhero yang hilang kuasa. Harimau yang hilang taring dengan kuku.

Cuma, selepas ini, gua kena guna hikmat Licik Antara Muka gua untuk mengambil hati MD gua. Bila dah jadi superhero yang hilang kuasa, harimau yang hilang taring dengan kuku, MD gua pandang pun macam malas-malas. Kira keadaan gua sekarang umpama telur diseparuh hujung tanduk. Maklumlah, sekarang ini musim majikan buang pekerja sesuka hati.

6 comments:

Ami said...

hikmat licik antara muka tu boleh hilangkan parut² jerawat kat muka aku ni tak bo?
Aku dah dekat 3 tahun x lalu nak tengok muka aku cermin ni. Hishh..

Rambo said...

lu ingt gua punya hikmat ni bedak sejuk?

moqh said...

sweetnye...abang rembo kita..

Rajuna said...

pulanglah ke pangkal kampung kembali ke lurah dada

FrH said...

company kau x ok lg ke..?

Rambo said...

moqh - i know, i know.

rajuna - ha ha ha. lu rindu gua kan?

frh - mana nak ok selagi tak ramp up lagi. Dell pun dah buang 5000 orang.