Jam pejabat gua menunjukkan tepat 4 petang. Casio Calculator kat tangan gua menunjukkan 4:10. Sambil gua mainkan lagu Shai Hulud dari Winamp sebagai halwa telinga gua, kepala gua telah pun merancang perjalanan gua esok.
Naik teksi kat mana, pukul berapa. Nak sampai LRT pukul berapa. Nak sampai Pudu pukul berapa. Nak naik Transnasional pukul berapa. Semua gua dah fikir. Tapi tiada jawapan.
Minggu ini memang gua rasa sungguh celaka. Bukan ada perkara tak elok berlaku pun. Cuma gua rasa sungguh tak berguna. Hopeless and useless. Dari segi kerjaya. Pergi pejabat, ON komputer, check email, internet. Internet. Internet. Balik rumah. Ulang perbuataan sampai hari keempat.
Macam robot. Macam Will Ferrell dalam cerita Stranger Than Fiction. Bosan. Macam babi!
Dan hari ini. Khamis. Hari keempat dalam seminggu. Gua rasa hari ini tahap tepu gua yang paling maksimum. Kalau dekat tolok tekanan, tahap tepu gua ni dah indicate dalam area warna merah. Sikit lagi meletup.
Sampaikan rakan sepejabat gua asyik cerita pasal hendak kahwin pun gua nak terajang. Sampaikan MFG mengadu, cerita itu ini pada gua pun rasa macam nak lempang. Sudahnya, gua keluar ayat-ayat macam celaka. Maaf. Maaf.
Gua betul-betul fragile. Tak tentu hala. Semua tak kena.
Memang gua perlu lari dari sini seketika. Untuk sementara waktu. Macam dalam drama-drama Melayu. Bila anak muda kerja di Kelumpo, ada masalah, kepala runsing. Kena balik kampung. Duduk dekat beranda rumah sambil tangan kanan kat dahi, tangan kiri pegang rokok. Termenung jauh.
Bagi gua, gua perlu rehat. Minda dan fizikal. Duduk atas jambatan, main-main air sungai guna hujung ibu jari kaki. Tengok Adam naik basikal sambil buat drift, katanya. Tengok sekawan burung pulang petang. Sedut udara segar. Dengar selanga Jawa pekat sana sini.
Bijak pandai punya ayat, you will be missing something or someone when it's already gone.
Persoalan gua sekarang, 5 hari itu cukup ke untuk gua rindu Kelumpo semula?
Owh my....i dont know.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
sesungguhnya kita bukan apa-apa....
hanya..hanya..hanya
robot!robot!robot!
hanya..hanya..hanya
predator!predator!predator!
selamat bercuti weyh..
lu mls wat post entry la skg.
naper???
anon - bising la dodol!
akim - tq.
minn - i lost my modjo dear.
peh anonymus lu nie mmg peminat marjinal....boikot2 semua penindasan...
Post a Comment