Monday, November 30, 2009

Keseimbangan kosmos.

Hujung minggu itu, hujung minggu gembira Rembo. Mana tak-nya, segala yang dalam kepala, segala yang difikirkan, segala yang dirancang, berjaya dilaksanakan. Dah lama dah Rembo rancang macam-macam. Semuanya untuk spark up the feeling.

Hujung minggu itu juga Rembo duduk berdua dalam kereta tunggu hujan lebat berhenti. Nak teruskan perjalanan ke bandar, takut nak redah air lalu yang buat mini banjir depan stesyen minyak Mobil.

Sudahnya, mereka makan Twisties sama-sama dalam kereta sambil tunggu air lalu surut sambil dengar irama hujan. Nasib baik tak ada scene terpegang tangan.

Hujung minggu itu juga Rembo berdua main tunjuk-tunjuk pelangi lepas balik dari bandar. Masing-masing tunjuk bersungguh-sungguh. Mana tahu kalau betul kata orang tua tunjuk pelangi nanti jari jadi kudung.

Hujung minggu itu juga Rembo bersungguh-sungguh ikut gaya Dave Ghrol menyanyi part korus lagu Tiny Dancer. Sampai terteleng-teleng kepala nak bagi impak kepada Penari Kecil yang duduk sebelah dalam kereta hitam time pergi kenduri kahwin si Kodeng.

Hujung minggu itu juga Rembo menyumpah seranah kena layan traffic jam dari Pedas-Linggi sampai ke Nilai. Celaka.

Hujung minggu itu juga Rembo menyumpah depan TV sebab Arsenal kalah. Main cantik, tapi tak ada rezeki.

Nak yang gembira semua, mana boleh! Kalau semua yang baik baik sahaja berlaku, mustahil ada peperangan dalam dunia ni.

Keseimbangan kosmos.

Wednesday, November 25, 2009

Siri entri sebelum raya

Gua sedang mengalami satu gejala rasa bosan untuk bekerja. Nak nak hari last ini, sekejap-sekejap tengok jam, sekejap-sekejap tengok jam. Manjang rasa lambat.

Bertambah malas lagi bila gua mengenangkan balik dalam keadaan duit saki baki gaji bulan lepas. Nak harap gaji on time, jangan harap! Gua ingat, tunggu Saga BLM gua punya accountant dah jadi kura-kura gua terbalikan baru dapat gaji on time.

Oleh itu, esok gua cuti. Balik kampung. Malam esok gua dah boleh bercengkerama.

Lepak Bukit Soga. Beli popcorn, seat kereta hitam gua kasi dalam kedudukan baring, sunroof kasi buka luas-luas. Berbual tentang masa depan sambil tenung bintang. Cantek!

Tak pun, duduk atas roof BP Mall, kaki terjuntai ke bawah. Dengan Twisties pack besar kongsi sama-sama. Nanti ada scene terpegang tangan bila nak ambil Twisties. Duduk hadap jalan raya. Lepas itu, main imbang-imbang badan jalan atas tembok.

Paling tak pun, minum dekat kedai Badut, sambil duduk rapat-rapat, sambil makan pisang atau tempe goreng kongsi satu pinggan cecah sambal kicap pun ok. Sebab, dunia gua akan jadi vacuum bila lu ada sebelah.

Jadinya, sempena cuti sekolah dan musim perayaan ini, sila jangan jadi bodoh bila atas jalan. Lu susah, orang lain lagi susah.

Lu nak laju, lu punya hal, tapi laju sampai jadi orang lain punya hal, lu memang buat hal.

Selamat makan daging korban!

Tuesday, November 24, 2009

Harun Salim Bachik!



Antara part spontan paling kelakar dalam dunia. Super kelakar! Melekek lekek gua ketawa bawah meja pejabat gua.

Monday, November 23, 2009

Ini entri marah!! [5]

Dulu. Zaman nenek-nenek gua kat kampung. Dan masih dara. Gua yakin satu perkara. Sopan santun dan berbudi bahasa jadi amalan. Semua orang bersopan santun. Yang gua maksudkan di sini adalah manusia yang Melayu.

Segalanya sopan santun. Nak berborak, sopan santun. Minum, sopan santun. Makan, sopan santun. Bersosial, sopan santun. Gua agak time joget lambak kalau ada pun sopan santun.

Jadinya, perkara sopan santun dan berbudi bahasa ini, gua agak, biasanya akan menjadi turun menurun. Kebiasaan yang biasa orang Melayu lakukan. Dari harta, ilmu, sampai ke hantu. Semua akan diturunkan.

Dulu. Zaman gua jadi budak kecil. Sebelum sekolah lagi gua dah diajar bercakap secara sopan santun. Tak menengking. Berbudi bahasa. Segala. All the good deeds.

Lepas itu masuk tadika KEMAS pun dah diajar supaya cakap secara sopan santun. Itu ini sopan santun. Semunya sopan santun. Malas gua nak listkan panjang-panjang.

Jadinya, pada atas dasar yang sama, gua anggap, semua akan mendapat pendidikan yang sama. Sama ada pembelajaran secara tak rasmi iaitu atau secara rasmi atau secara turun menurun.

Tapi, kalau untuk tidak sopan santun dan tidak berbudi bahasa pada kawan-kawan. Itu biasa. Semua orang buat. Nak nak orang Melaka atau Muar. Itu memang tak ada hal. Kadang-kadang gua pun outspoken. Mencarut bagai.

Gua pula bukan tagih melampau-lampau punya sopan santun dan budi bahasa. Sampaikan gua nak masuk kereta kena buka pintu, berselisih bagi salam ke, senyum ke, kalau datang rumah mesti ada air. Paling kurang pun teh 'o'. Bukan itu yang gua tagih.

Tapi cukup la sekadar minta maaf kalau salah nombor. Cuma cakap, "owh, sorry." pun dah ok sangat. Cakap "sorry" pun dah ok. Daripada lu terus letak. Sedangkan gua tengah dalam keadaan keliru.

Punya-lah beriya seluk poket seluar nak jawab cepat. Kot kot penting sangat phone call tu kan. Sudahnya, sakit hati yang gua dapat.

Kalau lu dah macam ni punya kurang ajar, esok, anak lu amacam? Ngeri kan?

Settle.

Sementara gua punya gitar menangis perlahan.



Apa pasal ini lagu buat gua teringat pada BCDKM pun gua tak tahu. Celaka-lah KLMJ!!!

Friday, November 20, 2009

PT PT N

Petang semalam. Tengah gua rehat-rehat. Sambil layan Hitz dot tv. Sambil hirup sup Cambell. Cecah roti Gardenia sikit.

Tiba-tiba masuk satu teks dari Penari Kecil.

"Jumlah hutang RM38,599. Setakat Nov 2009."

Lantas gua laungkan caci maki terhadap PTPTN sambil buat kuda-kuda, tangan tergenggam erat dan pandang arah langit gelap.

Thursday, November 19, 2009

Lyrics snippet [3].

"Hold me closer tiny dancer
Count the headlights on the highway
Lay me down in sheets of linen
you had a busy day today." - Tiny Dancer, Elton John.

Semakin pulih. Suhu badan normal. Keseorangan. Ubat-ubatan. Hitz dot tv.

Ini semua buat gua dalam mode kerinduan. Ah!

Wednesday, November 18, 2009

Gua benci hujan di Kuala Lumpur!

Dari Isnin petang hari itu badan gua dah rasa lain macam. Padahal tengah hari Isnin tu, gua kena hujan sekejap je. Dari pintu depan pejabat gua sampai ke kereta hitam gua. Untuk ambil payung. Dalam 5 meter. Tak jauh mana pun.

Semalam. Semakin menjadi. Kepala gua berat, hidung tersumbat. Petanda awal la ni. Sekejap sejuk, sekejap panas. Lepas mandi rasa sejuk gila, 10 minit lepas tu panas pula.

Malam tadi sebelum tidur, suhu badan gua normal. Cuma hujung-hujung kaki gua terasa sejuk. Biasa tak ada apa-apa. Menjelang 4 pagi, gua tidur dalam keadaan merengkot macam bayi dalam perut. Padahal kipas hanya pada kelajuan 3.

Sejuk yang amat. Suhu badan menaik. Tonsil mula bengkak. Telan saliva pun terasa perit. Macam telan duri dalam tekak.

Lantas pukul 8 pagi gua teks boss kecik gua, gua absent. Not feeling well gua kata.

Sekarang ni, gua tengah layan Foo Fighters, Van Halen, Motorhead dan Search sambil baring-baring baca magazine Mountain Biking UK sebelah ubat-ubatan. Kalau cinta itu kekuatan, rock n roll itu tenaga. Mana tahu esok boleh sembuh.

Terasa macam nak makan Cornetto pulak! Maklum-lah, demam.

Settle.

Tuesday, November 17, 2009

Orang dah ada baby...

Semalam. Tengah gua sibuk edit prosedur yang orang Batam hantar, tiba-tiba ada bunyi beep berganda dari telefon mahal gua.

Teks dari ex-bloodsucker gua. Budak-budak JB memang suka guna istilah bloodsucker ni. Nak nak budak Teknik JB.

"Bo g umah Papa ahad ni? Saing ah." teks dari Farah.

Papa adalah seorang rakan kita orang yang merupakan vocalist kumpulan emo-hardcore-ala-metal-hardcore mantap era pertengahan 2003.

"What for?" Gua tanya. Padahal gua dah budget sesuatu.

"Erm. Alamak. Nampaknya kau xde dapat invitation qiqah anak dia." teks si Farah lagi.

Gua dah agak dah. Mesti ada kaitan dengan bab-bab anak ni.

Lantas gua jawap sambil buat ayat emo. Memandangkan emosi emo gua dah lama gua tak layan.

"Biasela. Orang bujang. Mana nk 'in' sgt lepak ngn mbe2 dah tahap cite pasal lampin anak. Ye dak?"

"Ala jangan la cakap mcm tu..ingat dia ada jemput kau gak. Bleh jumpe..maybe sbb buat kt umah inlaws dia kot tu x ajak ramai kot." balas si Farah gaya pujuk gua.

Itu jam, rasa kecik juga hati gua ni. Mentang-mentang-lah gua bujang. Tapi gua fikir belah positif. Malas ambil pusing sangat.

Itu jam juga gua rasa macam nak terus teks gua punya Penari Kecil ajak buat baby. Baru dia orang ni tahu.

Settle.

Monday, November 16, 2009

Batam semula.

Malam tadi gua tak boleh tidur lagi. Dalam kepala fikir macam-macam. Bilangan rambut gua yang gugur pun semakin banyak. Bersepah atas tilam.

Sudahnya, pagi-pagi gua bangun untuk ke pejabat dengan rasa sangat berat. Tambahan kata orang bijak pandai, monday blues. Ini tak ada kena mengena dengan Chelsea 'The Blues'. Cerita lain.

Cuaca pula mendung-mendung menagih simpati. Gloomy. Sejuk. Rasa macam musim luruh di kota Venice. Naik bot menyusuri anak-anak sungai dengan baju tebal sambil nyanyi lagu Close To You secara berbisik pada telinga makwe, memang A.

Kalau dah start hari macam ini, memang malas sampai ke petang-lah jawapannya.

Rutin mingguan. Hari Isnin mesti ada service meeting. Meeting yang sangat bosan pada gua. Balik-balik benda yang sama akan di bincangkan. Team gua tak la banyak sangat masalahnya. team lain banyak-lah. Dah gua dari mula duduk mendengar masalah team lain.

Selesai meeting, team gua adakan perbincangan kecil. Antara team gua. Susun schedule antara teammate gua yang lain. Update kerja sampai Chinese New Year.

"Rembo. Please be ready." bos kecik gua bagi arahan.

"Ready for what boss?"

"Maybe. Early of December I will send you to Batam. For the ACC machine. You go there and learn the machine with the Japanese engineer. Sambil-sambil dia buat modification tu."

"Owh. Batam aa boss?"

"Why? Any problem?"

"Definitely no problem boss." jawap gua sambil senyum-senyum.

Terus semangat gua berkobar-kobar buat kerja sampai petang.

Batam, here I come.

Settle.

Friday, November 13, 2009

Gua, jejantas dan Baizura Kahar.


Kalau lu orang lalu NPE dari USJ 15 menghala ke arah Jalan Klang Lama, sebelum sampai depan Sunway Pyramid akan ada beberapa jejantas. Jejantas ini lah yang gua selalu turun naik bila masa hari Jumaat untuk ke masjid.

Keadaan jejantas bagi gua agak mengerikan. Tak cun langsung. Penuh dengan kertas-kertas iklan photostat. Kerja kosong kat Singapura lah, iklan sewa kereta-lah. Iklan Ah Long paling banyak.

Tambahan, kiri dan kanan jejantas ini ada satu billboard besar yang tampal iklan pakaian brand Forest wa rasa. Forest?

Dengan adanya billboard ni menjadikan jejantas ini berkeadaan suram. Dan seram.

Beberapa bulan lepas. Gua lalu sini untuk masuk office semula dari masjid belakang Caltex. Seorang diri. Orang lain tak ada. Semua sibuk ke customer masing-masing.

Tiba-tiba, gua terasa macam ada Baizura Kahar sebelah gua. Peluk lengan. Gua pula muka macho gila. Pakai baju lengan panjang warna putih. Turtleneck lagi.

Baru masuk separuh jejantas, gua nampak ada budak kena belasah dengan sekumpulan samseng. Gua dengan Baizura Kahar buat derk. Jalan terus.

Tiba-tiba, gua ambil keputusan untuk tolong budak yang kena belasah tadi. Pergi dekat samseng yang tengah nak hentak budak tu, gua tarik tangan dia yang dah hayun ke budak tu dari belakang.

Baizura Kahar dah jerit-jerit suruh biarkan. Gua tak peduli. Mesti tunjuk hero depan makwe.

Bila samseng tu pusing, gua bagi penumbuk tepat ke muka dia. Tak cukup sekali. Berkali-kali. Samseng yang lain dah gabra. Semua dah takut-takut nak hentak budak tu.

Tengah gua sedap tumbuk samseng tu, tiba-tiba gua terasa bahu gua kena tarik dari belakang. Bila gua pusing, gua perasan ada satu samseng bersaiz kecil macam nak tumbuk perut gua.

Gua tak sedar apa. Yang gua tahu, perut gua sebelah kiri terasa pedih dan panas. Bila gua pegang. Memang panas. Terasa ada cecair mengalir dari celah-celah jari gua. Tengah gua panik, samseng bersaiz kecil tu tolak gua sampai besi penghadang jejantas.

Rupa-rupanya, gua dah kena kerambit kat perut. Akibat kehilangan banyak darah, keseimbangan badan gua dah hilang. Lantas gua jatuh ke bawah menghala ke jalan raya setelah kena tolak dengan samseng bersaiz kecil.

Itu jam gua nampak Baizura Kahar tengah menangis gila-gila.

Eh, ini macam cerita Sepi!

Settle.

Thursday, November 12, 2009

Post Pekan Frinjan

Ahad lepas. Gua sedar dari tidur time sikit lagi gelincir matahari. Penat meniaga di Frinjan buat gua sleep like a baby. Nyenyak gila. Nak nak hujan kala subuh. Terbaik!

Dalam mamai lepas bangun tidur, gua terus ke dapur. Jerang air paip. Buat pekena kopi 'O' cap kapal api. Memang terangkat! Atas peti sejuk ada 2 3 biji telur ayam. Cantek! Boleh gua buat scramble egg untuk sarapan.

Dengan semangat, bancuh kopi 'O'. Take a sip. Pergghhh...terbaik. Terpejam-pejam mata gua!

Capai telur ayam, basuh, tuang minyak dalam kuali. Sos dengan Cukup Rasa dan lama standby tepi kuali. Ngam.

Ktek! Ktek! Ktek!

Api kat dapur gua malu-malu nak keluar. Gua cuba lagi.

Ktek! Ktek! Ktek!

Masih tak keluar api lagi. Kala gua tunduk nak tengok apa jadi pada dapur gua, itu jam gua dengar suara Tom dari atas sofa skinny.

"Gas habis la Rem!"

Celaka. Benar benar spoilt my sunny Sunday gua! Padan la gua nampak ada bekas tumis dalam ricecooker gua. Ada kutu goreng mee dalam ricecooker agaknya.

Itu sebab gua mengidam dapur memasak tanpa api. Senang kerja gua.

Dah sekarang ni, gua angkat tong gas penuh dari luar pagar sampai ke dapur pun termengah-mengah. Apa sudah jadi pada paru-paru atlet gua ni pun gua masih keliru dari Ahad hari tu sampai sekarang.

Wednesday, November 11, 2009

Lyrics snippet [2].

"She looks like the real thing
She tastes like the real thing
My fake plastic love.
But I can't help the feeling
I could blow through the ceiling
If I just turn and run.
And it wears me out, it wears me out.
It wears me out, it wears me out." - Fake Plastic Tree, Radiohead.

Gila meremang semua bulu dalam badan gua dengar suara Thom Yorke nyanyi lagu part ni. Terus direct ke dalam hati wa dia punya mesej.

Monday, November 09, 2009

Time Pekan Frinjan.

Dalam hati Rembo berbisik,

"Apa jadah lain macam punya ketat seluar Uniqlo slim fit gua ni. Dulu ok je. Nampak gebu je peha ngan betis gua ni."

Sambil-sambil itu, Rembo duduk bersimpuh atas plastik lapik letak baju atas Dataran Shah Alam sambil lipat T-Shirt Crosby, Stills, Nash & Young kain tie dye. Sekali Orang-Orang Halus Tanjung Malim serang, berterabur semuanya. Nak duduk bersila kang, tertunjuk kulit pinggang dengan getah seluar dalam pula.

Kadang-kadang, time-time Rembo duduk relax atas kerusi, tunggu pelanggan tengok-tengok baju, nak capai kotak rokok jatuh atas dataran Shah Alam pun terasa senak perut.

"Haih. Apa dah jadi gua ni?" keluh Rembo sambil tenung riak gerimis yang jatuh.

Fikiran Rembo melayang-layang. Lantas teringatkan beberapa hari lepas.

"Tadi, sebelum main futsal dah makan mee sanggul. Ni lepas main, burger pulak. Gila kuat makan lu skang ni Bo!" tempik si Tom dengan nada gurau-gurau bercampur pelik tengok gelagat partner in crime-nya.

Fikiran Rembo terus melayang-layang.

Sambil mengingatkan apa yang dia dah buat sampai selera makannya bertambah besar. Kadang-kadang time balik kerja mesti nak kena Snickers dengan Nescaffe dalam tin. Walaupun tengah hari dah makan macam orang buka puasa.

Fikiran Rembo terus melayang-layang. Sambil tenung riak gerimis yang jatuh.

Segala kotak ingatannya diselongkar semula. Helai demi helai kertas diselak. Kosong. Masih tak jumpa jawapan. Kotak demi kotak informasi dalam kotak ingatannya dibuka Rembo. Pun masih kosong. Tiada jawapan. Rembo tak putus asa. Terus diselongkar lebih dalam kotak ingatannya.

Terasa semakin dekat dengan jawapan. Satu persatu lawan web mula kelihatan. Dari blog ke Facebook. Dari Facebook ke Ultimate Guitar.Com. Dari Ultimate Guitar.Com ke Smokefree.gov.

"Ha, ni la dia jawapannya." Sambil Rembo petik jari.

Rembo pernah baca, kalau nak quit smoking, memang badan akan sedikit naik. Ini adalah kerana kurangnya bahan kimia yang meliputi lidah. Secara tak langsung akan meningkatkan deria rasa. Seterusnya manjang rasa nak melantak.

Sambil-sambil Rembo tunggu pelanggan beli baju, sambil-sambil Rembo fikir nak cari duit lebih buat beli Scott.

Untung-untung, nanti, tak senak perut lagi kalau nak ambil kotak rokok jatuh atas dataran Shah Alam bila tengah duduk relax-relax tunggu pelanggan.

Settle.

Sunday, November 08, 2009

Pre - pekan Frinjan.

"Dah nak ke Dataran Shah Alam?" tanya si Penari Kecil.

"Haah. Hari ini wa nak dressing rock n roll. Amacam?"

"Nak rock n roll saje..."

"Laa...mestila. Kalau cinta itu kekuatan, rock n roll itu tenaga. Bak kata orang taman wa, energy." terang gua pada si Penari Kecil.

"Ia-lah tu."

"Bukan apa, tauke kena dress macam barang yang dia jual."

"Yelah, yelah."

Ayat biasa perempuan bila malas nak layan.

Lantas gua sarung seluar hitam ketat dengan baju perempuan seksi pegang gitar pose atas motor besar tanpa sebarang rasa curiga.

Saturday, November 07, 2009

Lyrics snippet.

"When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse." - Fix You, Coldplay

Kadang-kadang. Bila gua fikir-fikir balik. Gua rasa macam nak menangis sambil tengok langit biru bila gua dengar atau teringat rangkap pertama lirik lagu ni.

Thursday, November 05, 2009

Remember, remember 5th of November.

Beberapa tahun lepas. Itu jam, samada gua tengah menganggur atau bekerja di butik mahal BP Mall, gua tak berapa ingat. Semangat anarki gua membara. Meluap-luap rasanya. Ini semua pasal terpengaruh dengan V for Vendetta.

Itu jam, semangat V dah masuk dalam diri gua. Naik motor sana sini gua bersiul-siul riang lagu okestra V. Jalan-jalan sana sini gua rasa nak spray bentuk bulat dengan huruf 'V' besar guna spray warna merah. Duduk minum pun tangan gua gatal gatal buat bentuk bulat dengan huruf 'V' besar gua air teh yang meleleh atas meja.

Itu jam, tengok berita pun nak memaki. Semua tak betul. Semua salah. Propaganda-lah, kroni-lah, semua keluar dari mulut gua. Nampak polis muda pun rasa macam nak hentak guna helmet. Nampak Joe, tauke bundle Parit Raja yang gua rasa dia fascist pun rasa macam nak bagi terajang terbang.

Grrrr...!!

Sekarang macam dah slow down sikit. Mana boleh jadi macam ni! Hujung minggu ini, gua nekad cari frame IKEA. Letak poster V for Vendetta yang gua beli tahun lepas, gantung dekat dinding hujung katil belah kaki.

Jadinya, bangun-bangun tidur, terus nampak V. Baru semangat.

Settle.

Tuesday, November 03, 2009

Ini entri marah!! [4]

"Wa flying kick juga mesin ni kang!!" ujar Rembo dalam keadaan hati panas.

"Sabar Bo, sabar." Chong cuba menenangkan Rembo.

"Nak sabar mende lagi ni bro. Nak tunggu table mounter punya temperature up pun lambat gila babi. Siap kalau letak telur boleh menetas jadi anak ayam dia punya lama. Dari pagi tadi lagi duk tercongok kat sini. Bubble kat belakang wafer tu tak settle lagi."

"Ye ho."

"Hah, lu pun tahu. Dasar tape murah!!! Phuiiihhhh!!!!" jelas kemarahan Rembo disitu,

Tapi dia lupa. Dia pakai face mask. Ludahnya tak lepas ke lantai.

Sikit lagi customer punya troli nak di terajang-nya. Rembo kalau dah hatinya panas, memang semua tak kena.

Sekarang, Rembo tengah bersandar tepi mesin. Sikit lagi, kalau tak boleh juga, kalau bubble kat wafer tak hilang juga, memang kena 'kencing' la customer Rembo ini.

Settle.

Sunday, November 01, 2009

Bukan hari Sabtu.

Rumah --> 7 Eleven --> BP Mall --> Minyak Beku --> Bustand lama --> cendol Pak 'O' --> rumah --> warung Badut --> rumah --> Restoran U depan kilang Sharp --> rumah --> warung Badut --> Arsenal menang secara handsome, 3 -- 1 -> Benut --> Rengit --> tokong cina dekat Punggur --> tukar tayar secara turbo --> warung Badut --> rumah.

Hari yang panjang. Haih.