Dulu. Zaman nenek-nenek gua kat kampung. Dan masih dara. Gua yakin satu perkara. Sopan santun dan berbudi bahasa jadi amalan. Semua orang bersopan santun. Yang gua maksudkan di sini adalah manusia yang Melayu.
Segalanya sopan santun. Nak berborak, sopan santun. Minum, sopan santun. Makan, sopan santun. Bersosial, sopan santun. Gua agak time joget lambak kalau ada pun sopan santun.
Jadinya, perkara sopan santun dan berbudi bahasa ini, gua agak, biasanya akan menjadi turun menurun. Kebiasaan yang biasa orang Melayu lakukan. Dari harta, ilmu, sampai ke hantu. Semua akan diturunkan.
Dulu. Zaman gua jadi budak kecil. Sebelum sekolah lagi gua dah diajar bercakap secara sopan santun. Tak menengking. Berbudi bahasa. Segala. All the good deeds.
Lepas itu masuk tadika KEMAS pun dah diajar supaya cakap secara sopan santun. Itu ini sopan santun. Semunya sopan santun. Malas gua nak listkan panjang-panjang.
Jadinya, pada atas dasar yang sama, gua anggap, semua akan mendapat pendidikan yang sama. Sama ada pembelajaran secara tak rasmi iaitu atau secara rasmi atau secara turun menurun.
Tapi, kalau untuk tidak sopan santun dan tidak berbudi bahasa pada kawan-kawan. Itu biasa. Semua orang buat. Nak nak orang Melaka atau Muar. Itu memang tak ada hal. Kadang-kadang gua pun outspoken. Mencarut bagai.
Gua pula bukan tagih melampau-lampau punya sopan santun dan budi bahasa. Sampaikan gua nak masuk kereta kena buka pintu, berselisih bagi salam ke, senyum ke, kalau datang rumah mesti ada air. Paling kurang pun teh 'o'. Bukan itu yang gua tagih.
Tapi cukup la sekadar minta maaf kalau salah nombor. Cuma cakap, "owh, sorry." pun dah ok sangat. Cakap "sorry" pun dah ok. Daripada lu terus letak. Sedangkan gua tengah dalam keadaan keliru.
Punya-lah beriya seluk poket seluar nak jawab cepat. Kot kot penting sangat phone call tu kan. Sudahnya, sakit hati yang gua dapat.
Kalau lu dah macam ni punya kurang ajar, esok, anak lu amacam? Ngeri kan?
Settle.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
ekele, ko ni peri0d ke ape.. xkn pasai ni pun hangin maa... small matter.. byk kn istifar.. ha, tu pub turun menurun org melayu gak tu cik abg...
ini salah satu sebab. wa mmg hangin kalau orang tak de manners.
hahaha..
bagus punya penceritaan untuk sampai ke matlamat.
iy0lahh!!
anon-anon tu semua contoh gak tu.
patut tambah sikit beb dalam entri nih. anon yang bacul. hahaha. alo Anon, ini kan blog emo-inc. mestilah releven kalau dia nak emo ke apa ke..suka hati dia lah. sibuk apa?
pasal entri nie,
gua setuju Rem. tak susah pun minta maaf sebab salah nombor. 1-2 ayat je. tak luak kredit.
kerana ego
lebih bermaruah dari sekeping maaf.
ala, aku just ckp bdasarkan ape yg si remb0 ni ckp, budaya turun-mnurun melaYu tmasuk gak istifar...!! hehe,ele lek ar.. em btol la ni blog em0.. tq en. dewa mngingatkan aku n mjdi tukang kipas eh aircon ah...
"as a gud friend we sh0uld be a real gud friend not a firest0ne.."
aishah - ni bukan aishah isteri Fahri kan? hu hu hu
dewa - anon ni bukan suku sakat mak enon kan? he he he
juna - haih la. pasal ego juga la perang tak berhenti dalam dunia ni.
anon - ye. gua dapat maksud lu. Dewa dah bagi satu point, lu dah bagi satu point. Seri. Dah2. jangan gaduh2.
mesti kau pakai suar ketat. tu psl kau emo sbb seksa gile nak seluk suar n amik hf, skali org salah nombor ..........
tau takpe. sakit hati gua!
fahri la pulak..
tak la..
fahri tu hensem sangat~
gosh rembo! i selalu kena mcm tu.
time tidur. time dating. time drive. yang kita ni angkat sebab takut emergency ke apa ke kan? geram!
Post a Comment