Monday, November 16, 2009

Batam semula.

Malam tadi gua tak boleh tidur lagi. Dalam kepala fikir macam-macam. Bilangan rambut gua yang gugur pun semakin banyak. Bersepah atas tilam.

Sudahnya, pagi-pagi gua bangun untuk ke pejabat dengan rasa sangat berat. Tambahan kata orang bijak pandai, monday blues. Ini tak ada kena mengena dengan Chelsea 'The Blues'. Cerita lain.

Cuaca pula mendung-mendung menagih simpati. Gloomy. Sejuk. Rasa macam musim luruh di kota Venice. Naik bot menyusuri anak-anak sungai dengan baju tebal sambil nyanyi lagu Close To You secara berbisik pada telinga makwe, memang A.

Kalau dah start hari macam ini, memang malas sampai ke petang-lah jawapannya.

Rutin mingguan. Hari Isnin mesti ada service meeting. Meeting yang sangat bosan pada gua. Balik-balik benda yang sama akan di bincangkan. Team gua tak la banyak sangat masalahnya. team lain banyak-lah. Dah gua dari mula duduk mendengar masalah team lain.

Selesai meeting, team gua adakan perbincangan kecil. Antara team gua. Susun schedule antara teammate gua yang lain. Update kerja sampai Chinese New Year.

"Rembo. Please be ready." bos kecik gua bagi arahan.

"Ready for what boss?"

"Maybe. Early of December I will send you to Batam. For the ACC machine. You go there and learn the machine with the Japanese engineer. Sambil-sambil dia buat modification tu."

"Owh. Batam aa boss?"

"Why? Any problem?"

"Definitely no problem boss." jawap gua sambil senyum-senyum.

Terus semangat gua berkobar-kobar buat kerja sampai petang.

Batam, here I come.

Settle.

4 comments:

Rajuna said...

harap2 dapat la jodoh orang sana
goyangannya mantaaaaaaaaaaaab!

laki cikgu kimia said...

kirim salam bawang putih.

Jorji said...

apa ada kat batam eh? pompuan? barang murah? tempat menarik?

Rembo said...

juna - lu nak satu?

nas - tu jakarta weh.

joji - bukan itu. lepas dari batam tu yg wa tunggu.