Wednesday, November 18, 2009

Gua benci hujan di Kuala Lumpur!

Dari Isnin petang hari itu badan gua dah rasa lain macam. Padahal tengah hari Isnin tu, gua kena hujan sekejap je. Dari pintu depan pejabat gua sampai ke kereta hitam gua. Untuk ambil payung. Dalam 5 meter. Tak jauh mana pun.

Semalam. Semakin menjadi. Kepala gua berat, hidung tersumbat. Petanda awal la ni. Sekejap sejuk, sekejap panas. Lepas mandi rasa sejuk gila, 10 minit lepas tu panas pula.

Malam tadi sebelum tidur, suhu badan gua normal. Cuma hujung-hujung kaki gua terasa sejuk. Biasa tak ada apa-apa. Menjelang 4 pagi, gua tidur dalam keadaan merengkot macam bayi dalam perut. Padahal kipas hanya pada kelajuan 3.

Sejuk yang amat. Suhu badan menaik. Tonsil mula bengkak. Telan saliva pun terasa perit. Macam telan duri dalam tekak.

Lantas pukul 8 pagi gua teks boss kecik gua, gua absent. Not feeling well gua kata.

Sekarang ni, gua tengah layan Foo Fighters, Van Halen, Motorhead dan Search sambil baring-baring baca magazine Mountain Biking UK sebelah ubat-ubatan. Kalau cinta itu kekuatan, rock n roll itu tenaga. Mana tahu esok boleh sembuh.

Terasa macam nak makan Cornetto pulak! Maklum-lah, demam.

Settle.

6 comments:

laki cikgu kimia said...

ubat jugak cornetto tu..

Dewajiwa said...

dah demam tak yah lah pasang kipas beb.

lu punya bos baca entri nie mau dia call sekarang gak masuk keje. bawak ubat tu sekali. keh keh keh

Plain Jane said...

abang rembooo
get well soon!

ps: foo fighters best
pps: klu tonsil, sile makan aiskrin vanilla

REMY said...

hujan itu rahmattt broo..
dia nak basuh kuala lumpur tuh kot
yang banyak debu-debu..=)

Rembo said...

nas - eh, yeke?

dewa - takpe. dak2 pejabat gua tak ramai tahu gua ada blog.

jane - tq.

Remy - itu yg kena gua jadi demam ni.

A.C POpCorn PIMP said...

hujan sgt kaw laaa...