Thursday, November 12, 2009

Post Pekan Frinjan

Ahad lepas. Gua sedar dari tidur time sikit lagi gelincir matahari. Penat meniaga di Frinjan buat gua sleep like a baby. Nyenyak gila. Nak nak hujan kala subuh. Terbaik!

Dalam mamai lepas bangun tidur, gua terus ke dapur. Jerang air paip. Buat pekena kopi 'O' cap kapal api. Memang terangkat! Atas peti sejuk ada 2 3 biji telur ayam. Cantek! Boleh gua buat scramble egg untuk sarapan.

Dengan semangat, bancuh kopi 'O'. Take a sip. Pergghhh...terbaik. Terpejam-pejam mata gua!

Capai telur ayam, basuh, tuang minyak dalam kuali. Sos dengan Cukup Rasa dan lama standby tepi kuali. Ngam.

Ktek! Ktek! Ktek!

Api kat dapur gua malu-malu nak keluar. Gua cuba lagi.

Ktek! Ktek! Ktek!

Masih tak keluar api lagi. Kala gua tunduk nak tengok apa jadi pada dapur gua, itu jam gua dengar suara Tom dari atas sofa skinny.

"Gas habis la Rem!"

Celaka. Benar benar spoilt my sunny Sunday gua! Padan la gua nampak ada bekas tumis dalam ricecooker gua. Ada kutu goreng mee dalam ricecooker agaknya.

Itu sebab gua mengidam dapur memasak tanpa api. Senang kerja gua.

Dah sekarang ni, gua angkat tong gas penuh dari luar pagar sampai ke dapur pun termengah-mengah. Apa sudah jadi pada paru-paru atlet gua ni pun gua masih keliru dari Ahad hari tu sampai sekarang.

6 comments:

Dewajiwa said...

ah..nafas atlit? nie gaya-gaya cari alasan nak mula isap rokok nih. keh keh keh.

2nd head prefect said...

lu pegi kedqi la bro..order me goreng mamak

Plain Jane said...

hahahaha
aku pun pernah begitu

Anonymous said...

haha, gem0k!!

Rembo said...

dewa - rokok mmg isap lagi. tapi dalam keadaan yang kurang.

2nd - tak syok la pagi2 ahad lepak mamak. lepak tgk tv kt umah bawah kipas yang laju la cara!

real - same.

Eamy said...

revelry revelry revelry
sila jaga kesihatan anda ok!