Gua sedang mengalami satu gejala rasa bosan untuk bekerja. Nak nak hari last ini, sekejap-sekejap tengok jam, sekejap-sekejap tengok jam. Manjang rasa lambat.
Bertambah malas lagi bila gua mengenangkan balik dalam keadaan duit saki baki gaji bulan lepas. Nak harap gaji on time, jangan harap! Gua ingat, tunggu Saga BLM gua punya accountant dah jadi kura-kura gua terbalikan baru dapat gaji on time.
Oleh itu, esok gua cuti. Balik kampung. Malam esok gua dah boleh bercengkerama.
Lepak Bukit Soga. Beli popcorn, seat kereta hitam gua kasi dalam kedudukan baring, sunroof kasi buka luas-luas. Berbual tentang masa depan sambil tenung bintang. Cantek!
Tak pun, duduk atas roof BP Mall, kaki terjuntai ke bawah. Dengan Twisties pack besar kongsi sama-sama. Nanti ada scene terpegang tangan bila nak ambil Twisties. Duduk hadap jalan raya. Lepas itu, main imbang-imbang badan jalan atas tembok.
Paling tak pun, minum dekat kedai Badut, sambil duduk rapat-rapat, sambil makan pisang atau tempe goreng kongsi satu pinggan cecah sambal kicap pun ok. Sebab, dunia gua akan jadi vacuum bila lu ada sebelah.
Jadinya, sempena cuti sekolah dan musim perayaan ini, sila jangan jadi bodoh bila atas jalan. Lu susah, orang lain lagi susah.
Lu nak laju, lu punya hal, tapi laju sampai jadi orang lain punya hal, lu memang buat hal.
Selamat makan daging korban!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
nak ikut! nak ikut!
hahahah :">
Haihhh... Aku kene balik kg bini aku...
selamat hari raya iduladha
p/s: huh imaginasi sempena raya liar belaka
bo.
oh..lu ada intention nak buat keje tak senono ehh? terpegang tangan kunun kehkehkehkeh
kedai badut dekat mana ah? gua nak try jugak.
selamat hari raya korban..
jane - dak kecik jgn sibuk!
mus - ha ha ha. adat orang dah ada bini.
cikgie - ha ha ha. Miaaawww!!! eh, SHRA.
juna - dasar kampungan. Romantik tu. ha ha ha
jiha - err...warung sebelah court mammoth lama tu le. Ada goreng pisang petang2. tak tau lagi, sila tanya si kembar.
shahrul - selamat semuanya.
Post a Comment