Thursday, November 05, 2009

Remember, remember 5th of November.

Beberapa tahun lepas. Itu jam, samada gua tengah menganggur atau bekerja di butik mahal BP Mall, gua tak berapa ingat. Semangat anarki gua membara. Meluap-luap rasanya. Ini semua pasal terpengaruh dengan V for Vendetta.

Itu jam, semangat V dah masuk dalam diri gua. Naik motor sana sini gua bersiul-siul riang lagu okestra V. Jalan-jalan sana sini gua rasa nak spray bentuk bulat dengan huruf 'V' besar guna spray warna merah. Duduk minum pun tangan gua gatal gatal buat bentuk bulat dengan huruf 'V' besar gua air teh yang meleleh atas meja.

Itu jam, tengok berita pun nak memaki. Semua tak betul. Semua salah. Propaganda-lah, kroni-lah, semua keluar dari mulut gua. Nampak polis muda pun rasa macam nak hentak guna helmet. Nampak Joe, tauke bundle Parit Raja yang gua rasa dia fascist pun rasa macam nak bagi terajang terbang.

Grrrr...!!

Sekarang macam dah slow down sikit. Mana boleh jadi macam ni! Hujung minggu ini, gua nekad cari frame IKEA. Letak poster V for Vendetta yang gua beli tahun lepas, gantung dekat dinding hujung katil belah kaki.

Jadinya, bangun-bangun tidur, terus nampak V. Baru semangat.

Settle.

6 comments:

dewajiwa said...

ah..V pun ada aweks gak beb.
best wei cerita nih. cool je mamat tu.
taktik pun solid je.

{lumut} said...

hehe...best gak idea ko tuh letak poster..=p..

frH said...

frame ikea yg kau nampak kt umah aku itu hari ehhh .....

Bean Jinai said...

gua dulu ada juga poster v for vendetta ni. ada bran? gua ingat nak tolak.

Nabil Fizri said...

solid

Rambo said...

dewa - sape mengaku anarki kena tengok cerita ni beb!

lumut - cara kan?

frh - sebelum tu wa nampak dah kat kedai bundle kat equine ni.

Bean - takpe. wa dah ada.

nabil - solidwork? bukan? he he he