Friday, November 13, 2009

Gua, jejantas dan Baizura Kahar.


Kalau lu orang lalu NPE dari USJ 15 menghala ke arah Jalan Klang Lama, sebelum sampai depan Sunway Pyramid akan ada beberapa jejantas. Jejantas ini lah yang gua selalu turun naik bila masa hari Jumaat untuk ke masjid.

Keadaan jejantas bagi gua agak mengerikan. Tak cun langsung. Penuh dengan kertas-kertas iklan photostat. Kerja kosong kat Singapura lah, iklan sewa kereta-lah. Iklan Ah Long paling banyak.

Tambahan, kiri dan kanan jejantas ini ada satu billboard besar yang tampal iklan pakaian brand Forest wa rasa. Forest?

Dengan adanya billboard ni menjadikan jejantas ini berkeadaan suram. Dan seram.

Beberapa bulan lepas. Gua lalu sini untuk masuk office semula dari masjid belakang Caltex. Seorang diri. Orang lain tak ada. Semua sibuk ke customer masing-masing.

Tiba-tiba, gua terasa macam ada Baizura Kahar sebelah gua. Peluk lengan. Gua pula muka macho gila. Pakai baju lengan panjang warna putih. Turtleneck lagi.

Baru masuk separuh jejantas, gua nampak ada budak kena belasah dengan sekumpulan samseng. Gua dengan Baizura Kahar buat derk. Jalan terus.

Tiba-tiba, gua ambil keputusan untuk tolong budak yang kena belasah tadi. Pergi dekat samseng yang tengah nak hentak budak tu, gua tarik tangan dia yang dah hayun ke budak tu dari belakang.

Baizura Kahar dah jerit-jerit suruh biarkan. Gua tak peduli. Mesti tunjuk hero depan makwe.

Bila samseng tu pusing, gua bagi penumbuk tepat ke muka dia. Tak cukup sekali. Berkali-kali. Samseng yang lain dah gabra. Semua dah takut-takut nak hentak budak tu.

Tengah gua sedap tumbuk samseng tu, tiba-tiba gua terasa bahu gua kena tarik dari belakang. Bila gua pusing, gua perasan ada satu samseng bersaiz kecil macam nak tumbuk perut gua.

Gua tak sedar apa. Yang gua tahu, perut gua sebelah kiri terasa pedih dan panas. Bila gua pegang. Memang panas. Terasa ada cecair mengalir dari celah-celah jari gua. Tengah gua panik, samseng bersaiz kecil tu tolak gua sampai besi penghadang jejantas.

Rupa-rupanya, gua dah kena kerambit kat perut. Akibat kehilangan banyak darah, keseimbangan badan gua dah hilang. Lantas gua jatuh ke bawah menghala ke jalan raya setelah kena tolak dengan samseng bersaiz kecil.

Itu jam gua nampak Baizura Kahar tengah menangis gila-gila.

Eh, ini macam cerita Sepi!

Settle.

14 comments:

Unknown said...

cet, patut rasa macam familiar je cite ni..

FrH said...

kepala hotak kau

haha

*bengang sebab semangat baca sampai abis

Plain Jane said...

apasal aku menyesal baca sampai abes weh?
T_T

2nd head prefect said...

ayok betul lu kat baizura kahar

Paan Ovrtd said...

Lu tipu gua!!!

Bak 10 hengget!

Dewajiwa said...

cis! (sambil menumbuk daun pintu)

Si Fakap said...

ooo..dah pandai tengok "sepi" ya..

mynncinonnet said...

eley... slow.
org tgk tajuk entry ngn pic da paham.mls nak bace sampai habes.hahahhaa

sepi. sgt bez.

hans said...

bagus 'piere andre' tulis entry nih
haha
sepi best --> tepung jatuh macam salji waktu afdlin dgn vanida...

scene piere dengan baizura tu more to korean style

Rembo said...

jamal - he he he

Farah - LOL!

Plain - Seronok di-interperet-kan dalam bentuk perkataan kan?

2nd - mana tau ni?

paan - mana ada tipu weh.

dewa - keh keh keh

fakap - kabir bahtiar ni dude.

mynn - bagus. pikap cepat.

hans - owh. scene itu sangat baik!

A.C POpCorn PIMP said...

kerambit skali kena hahahaha..

Eamy said...

lu dah banyak merapik ni Bo
pegi lah bercuti sane
Tioman ada Pangkor ada Payar ada
cara jugak tu pulau belah sane
tp klu lu datang belah2 sini kompem gua jaga lu :P

Rembo said...

AC - AC...? Sempooooiiii...

Eamy - ha tu la motif utama dia. Janji nak bawak dive nak kena tunai tu.

"Kopi dan teh tu biar di-boh susu"-Bakal Queen said...

celake ah..hahaha