Monday, November 30, 2009

Keseimbangan kosmos.

Hujung minggu itu, hujung minggu gembira Rembo. Mana tak-nya, segala yang dalam kepala, segala yang difikirkan, segala yang dirancang, berjaya dilaksanakan. Dah lama dah Rembo rancang macam-macam. Semuanya untuk spark up the feeling.

Hujung minggu itu juga Rembo duduk berdua dalam kereta tunggu hujan lebat berhenti. Nak teruskan perjalanan ke bandar, takut nak redah air lalu yang buat mini banjir depan stesyen minyak Mobil.

Sudahnya, mereka makan Twisties sama-sama dalam kereta sambil tunggu air lalu surut sambil dengar irama hujan. Nasib baik tak ada scene terpegang tangan.

Hujung minggu itu juga Rembo berdua main tunjuk-tunjuk pelangi lepas balik dari bandar. Masing-masing tunjuk bersungguh-sungguh. Mana tahu kalau betul kata orang tua tunjuk pelangi nanti jari jadi kudung.

Hujung minggu itu juga Rembo bersungguh-sungguh ikut gaya Dave Ghrol menyanyi part korus lagu Tiny Dancer. Sampai terteleng-teleng kepala nak bagi impak kepada Penari Kecil yang duduk sebelah dalam kereta hitam time pergi kenduri kahwin si Kodeng.

Hujung minggu itu juga Rembo menyumpah seranah kena layan traffic jam dari Pedas-Linggi sampai ke Nilai. Celaka.

Hujung minggu itu juga Rembo menyumpah depan TV sebab Arsenal kalah. Main cantik, tapi tak ada rezeki.

Nak yang gembira semua, mana boleh! Kalau semua yang baik baik sahaja berlaku, mustahil ada peperangan dalam dunia ni.

Keseimbangan kosmos.

8 comments:

Aishah Nur Hakim said...

betul ke tunjuk pelangi boleh jadi kudung?????

Rembo said...

for sure la tak. unless pelangi tu pandai pegang pisau.

Plain Jane said...

huh, i sukeee post neh

Rajuna said...

tapi gua rasa gua macam tak seimbang la bo.

frH terkenangkan thierry henry said...

aku baru nak mengate membe yg tgh floating. tp nasib baik ada part menyumpah seranah ..

aku raya kat pedas. nasib baik lalu jalan dalam balik umah aku .. sampai umah sempat g swimming lg.

perjalanan weekend aku pn indah-indah, yg tak indah cuma part arsenal jek.

Rembo said...

jane - ah, sume suke pasal i. He he he

juna - apa yang tak seimbang?

FRH - yea! Floating is the word. Lama dah tak dengar. Oh, kena berguru dengan kau jalan tu.

Jorji said...

kalau camtu banyak tak indah akan datang ni sebab aku rasa arsenal akan kalah lagi!

Rembo said...

ah lu, laju saja kalau pasal bola!