Monday, March 31, 2008

Dua situasi melibatkan sahabat-sahabat yang mental berSMS.

Situasi Satu.

Game Arsenal vs Bolton. Tengah sedap aku layan sorang-sorang. Arsenal kena sebijik.

[+60127520...]: Apa ni rambo. Takkan nak kalah je.

Aku benci anonymous number keluar bila Arsenal kena. Mula-mula aku nak maki.
"Apa bodoh ke bangang kau ni baru gol minit 15 da kata kalah?"

Tapi tak jadi. Sebab manatau kalau gadis berdahi licin, nanti patah hati pulak. Jadi, aku balas,

[Aku]: I dont know you. Sorry.

[+60127520...]: Ni CMP ngn Juju la.

Owh korang rupanya. CMP= Man United fan. Aku maafkan dengan text mesej di atas. Aku faham.

Tapi si Juju ni, memang tak boleh dimaafkan. Baru setahun jagung, sibuk nak provoke. Nanti kau. Tahu lah nasib kerana bermain dengan api.


***

Situasi Dua.

Tengah aku layan ABPBH. Satu teks mesej diterima. Itu jam, Saiful Apek tengah naik pentas. Nak ambil anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik, kalau tak salah aku.

[+60127392..]: Tengok ABP sekarang.

[Aku]: Ha...apsal?

Senyap.

[Aku]: ye..ye..menang lagi tahun ni.

Aku baru sedar sesuatu.

[+60127392..]: dah agak.

Amboi. Dah agak ye? Kira orang lain tak boleh lawan la ni?

Mamat ni adalah kembar Saiful Apek. Kelakar gila. Suka buat lawak. Kiranya, dia mesej aku sebelum naik pentas ambil anugerah sebab dah agak takda orang boleh lawan.

Amacam hebat kan?

Friday, March 28, 2008

Peluang berjumpa budak baru nak naik.

Awal bulan April aku akan pergi ke ibukota untuk urusan rasmi.

Sesiapa yang berminat untuk memperkenalkan diri, sila email aku terdahulu. Email add ada di profile aku. Nanti setiausaha agung aku susun-aturkan jadual aku ketika di ibukota.

Aku sudah pesan pada setiausaha aku supaya be fair.

Amacam? Berani?

Thursday, March 27, 2008

Apa salah aku?!

Akhir-akhir ni segala tindakan aku salah di mata kamu semua. Segala statement aku disalah-ertikan. Mahu di bawa ke peringkat umum.

Bergurau pun kene tahik. Hakikat memang pahit nak telan kan? Kan?

Marah kat orang lain, aku jadi mangsa.

Kenapa? Apa salah aku?

Ish..ish..ish tak faham?!

Aku pun manusia. Mahu sedikit ruang dalam kehidupan. Mahu perhatian. Biasalah tu. Nama pun manusia.

Wednesday, March 26, 2008

Wa dah tepu ok!

rambo said...

eleh...silap-silap sendiri buat. mana kita orang tau.

March 25, 2008 4:50 AM

Sailor Chan said...

Benci betul aku, kau tulis gitu Bo. Penuh prejudis.

March 25, 2008 11:37 PM [kat warung, bukan dalam blog ok!]

Ok. Bukankah prejudis itu permainan seharian kita? Jangan marah. Nanti kita pergi makan Nasi Beriyani Mad Shah.

Lagipun aku sangat tepu. Bukan kau tak tahu. Semua orang tahi..err..maksud aku tahu aku tengah tepu sekarang ni.

Sel-sel darah merah yang bawa oksigen ke otak aku pun dah tercemar dengan racun-racun daripada asap Dunhill biru aku. Entah berapa percent je oksigen yang sampai.

Kiranya sekarang ini, otak aku bukan berada pada tahap unggul. Tahap optimum.

Faham kan?

Monday, March 24, 2008

Kalau Arsenal kalah je, aku mesti bernasib malang sepanjang hari.

Aku rasakan seperti dunia sudah semakin tidak adil buat aku. Kegagalan demi kegagalan. Kekalahan demi kekalahan. Kekeciwaan demi kekeciwaan.

Satu.

Celik mata. Cuaca baik. Matahari terik menyinari bumi dan alam semesta. Bergegas untuk berjumpa Guru. Baru sampai pejabat Guru, rintik-rintik kecil hujan mula terasa. Sampai pejabat Guru, tiada.

Dua.

Singgah ke kedai Melayu Kapitalis. Hujan sudah agak lebat. Lapar. Suruh awak-awak Melayu Kapitalis belikan apa yang patut untuk isi perut. Tiada.

Tiga.

Hujan berhenti sekejap. Memecut ke kedai Haris dan Bam. Cari ikan keli masak pecal. Habis.

Empat.

Baru bergerak dari kedai Haris dan Bam. Hujan lebat menimpa badan tebal aku. Memecut ke klinik swasta untuk medical check-up.

" Kak, kat sini boleh buat medical check-up?"

"Boleh. Untuk kerja ya?"

"Haah. Boleh?"

"Ada surat?"

"Takde la kak. Baru nak masuk kerja ni."

Akak tu diam.

"Boleh tak kak?"

"Pergi ambil surat dulu la."

"La...saya baru lepas interview aritu. Dia nak tengok medical check-up dulu baru tahu dapat ke tidak. Boleh tak kak?"

"Boleh. Tapi kena ada surat dulu."

"Takpe lah kak. Saya cari klinik yang orangnya bijak sikit. Cakap tak boleh dari tadi kan senang. Baca lah lagi Harian Metro tu banyak-banyak." aku membebel.

Lain kali cakap la, nak buat medical check-up kena ada surat pengesahan daripada majikan. Ini tak. Kejap boleh, kejap tak boleh.

Meruntun kekecewaan hati aku dengan orang yang tidak faham bahasa ini. Tak habis-habis suruh mintak surat, mintak surat. Bagi suratkhabar nanti, baru tahu. Dah aku takda surat tu.

Balik dalam keadaan yang semakin hujan lebat. Sampai tak nampak jalan. Kali terakhir aku kena hujan macam ini, masa aku bekerja di Mall dahulu. Itu pun tahun lepas.

Dalam hati membebel. Nak jumpa Guru, takde. Nak kirim makanan, tak dibelikan. Nak makan ikan keli masak pecal, habis. Nak buat medical check-up, tak boleh. Lepas ni entah apa lagi agaknya.

Tengok. Kan aku dah kata. Mungkin keseimbangan kosmos itu sudah lari sedikit daripada paksinya untuk aku. Haih...

Dah takda nasib. Dah dugaan. Ada la hikmahnya tu. Nanti nanti adalah tu. Kata-kata klise. Boring! Damn boring!

Kekalahan itu mengecewakan.

"Huh! You see. Separuh populasi penduduk Parit Raja menyokong Man Utd!" kata Chan.

"Hehehe…biasalah tu."Aku jawab. Sambil menguyah beef steak yang liat. Nasib baik aku tidak pakai gigi palsu. Kalau tidak, mesti terkial-kial.

Hampir kosong kedai mamak tiga. Yang tadinya penuh dengan penyokong-penyokong Man Utd dan Liverpool. Tapi aku perasaan lebih banyak jersey Man Utd dari jersey Liverpool. Yang tinggal hanya saki baki peminat bola sepak dan penyokong Arsenal dan Chelsea.

Aku dan Chan bersedia pada barisan tempat duduk paling hadapan untuk meononton The Big Match kedua.

"Ini baru clash of the titan." kata-kata Chan berbaur semangat berkobar-kobar.

"Ya." Aku jawap ringkas sambil hati berdebar.

Menelan air liur. Chan sudah mula menggigit kuku. Masing-masing khusyuk.

Di samping itu.

"Rajin baca Emosi ya?" teks mesej dari aku kepada Gadis Dua.

"Saya memang suka baca blog pun. Nak-nak blog kawan-kawan. Memang saya follow."

"Okay. Thank you. Then, I should write something about you."

"Ish…no need. Malu la."

Biasala. Sisa-sisa anarki masih tersemat dalam hati aku. Kalau ditegah, makin kuat perasaan untuk melakukannya.

Owh, patutla selalu ada tracking daripada Melaka. Kamu rupanya. Maaf. Saya sudah hampir lupa. Atas sebab-sebab tertentu.

Aku rasa gadis dua ini merupakan charm untuk aku malam ini. Selama teks mesej bersamanya sambil menonton perlawanan, Arsenal segak bermain di Stamford Bridge.

Bila aku berhenti teks mesej. Permainan Chelsea semakin memberangsangkan. Menjadi-jadi. Sehingga berjaya menyumbat gol kemenangan. Dan bagi aku, perlawanan ini seimbang dan aku akui. Chelsea deserve to win.

Aku malas hendak review perlawanan ini. Sebab aku percaya HidupMatiArsenal akan review perlawanan ini dalam bentuk yang lebih detail.

Untuk gadis dua, maybe, just maybe you are the charm for me. Tolong jangan ghaibkan diri awak ok?!

*kenyit mata

Kekosongan itu menyakitkan.

Mula-mula aku keluarkan jersey pasukan kesayangan dari longgokkan baju yang sedia untuk dibasuh. Terdiam sekejap.

“Tak payah lah.” bisik hati aku.

Seakan petanda.

Lalu aku sarungkan sehelai Banana Republic. Bergegas mencari Chan. Tujuan menonton perlawanan pertama The Big Match.

Ke mamak satu. Penuh. Manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan usia memenuhi ruang. Ke mamak dua. Sama. Ke mamak tiga. Turut penuh.

Nasib ada sisa tempat duduk yang masih kosong. Hujung belakang sekali. Nampak Torres pun besar botol ubat.

Relax lah. Nanti first game habis, dia orang balik la. Lagipun ini bukan game kita.” Chan bersuara dengan nada menenangkan.

Aku hanya mengangguk.

10 minit perlawanan aku dah mula bosan. Dalam kekecohan manusia yang melaut, jauh dalam hati aku terasa kosong. Amat kosong. Still got a room in it.

Aku teks mesej Gadis satu.

"Hai honey. Got time?"

"Ermm…why?" balas Gadis Satu.

"Nothing. Just so bored watch Man U vs Liverpool. How are you? Are you busy?"

Senyap.

Ok. Everyone got their own reason to do something.

Macam yang selalu aku pesan kepada member-member aku. Everybody changed!

Sincerely yours. I disowned you!

"Yeah! You shout just so right Jeffery Moreira." Suara hati aku berbisik.

Laungan demi laungan penyokong Man Utd dan Liverpool masih belum memadamkan kekosongan. Damn!

Saturday, March 22, 2008

Dari Parit Raja ke Baltimore.


Apa ni?!!

Sampai ke Baltimore nama aku kena petik. Mentang-mentang aku guna nama hero dia orang.

Yelah-yelah. Nanti aku tukar nama hero Melayu. Badang ke, Mat Jenin ke. Tapi Perwira Mat Gila macam ok gak.

Bertarung untuk membunuh masa.

Kekalahan kepada Sailor Chan pada peringkat last game dalam Pertarungan Anak Jantan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aku saat ini.

Buktinya, playlist aku ada lagu Pulmonary Archery, The King Is Dead dan Tigersuit. Oh ya! Boo Hoo Clapping Song juga ada untuk gembirakan hati.

Murung. Sedih. Depress and agony.

Sailor Chan, anda memang hebat. Jaga kau. Lepas ini aku takkan biarkan Joe Cole kau berlari kencang. Kad, kad la. Aku tak peduli!

Pesanan kepada anda.

Hah! Anda dikesan.

Peluang untuk berkenalan dengan aku. Kita berkongsi pekan yang sama. Silap-silap kite pernah bertentang mata.

Sila hantarkan pesanan dan biodata kepada email aku. Peluang hanya datang sekali. Better hurry before i made it big. Heheh..

Amacam? Berani?

Friday, March 21, 2008

Asal usul kejadian Rambo.

Kenapa orang panggil aku Rambo? Kau bukan pernah masuk Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) pun dulu? Even, latihan kadet bomba pun kau selalu miss. Dan kau bukan juga dari ATMA.

Ok. Ceritanya macam ini.

Masa aku sekolah menengah rendah dulu, aku suka pakai seluar askar celoreng. Kawan aku bagi sebab abah dia askar pencen. Mana sahaja aku pakai. Waktu 'prep' pagi dan malam, waktu makan malam. Semualah. Aku suka pakai sebab seluar itu ada side pocket.

Sampailah aku sambung sekolah menengah tinggi di Negeri Sembilan. Masa minggu suai kenal aku cover line lagi. Habis je minggu suai kenal, perasaan rindu terhadap seluar askar celoreng tak terbendung lagi.

Dengan rasa tidak bersalah, aku selamba pakai. Sama waktu macam mana aku di sekolah lama aku. Tak kira waktu. Termasuk waktu 'prep'.

Mungkin pada mata abang-abang senior atau anjing-anjing maktab ini, pemakaian seluar askar celoreng ini tidak sesuai ketika waktu 'prep'. Ataupun mungkin mereka envy pada aku sebab mereka takda seluar macam tu. Itu jamlah mereka mula attack aku.

Kata seluar ni tak sesuailah. Boleh kena koyakkanlah. Hendak hantar aku kepada cikgu disiplinlah. Dan segala kata-kata yang menjurus kearah aku melakukan kesalahan yang sama besar dengan merokok di sekolah. Seperti biasa, merokok merupakan salah satu kesalahan paling besar dalam institusi sekolah berasrama. Kecoh!

Nasib baik sedikit ilmu tentang pemberontakkan terlekat di dada. Selagi aku rasa tak salah, tak langgar mana-mana peraturan, aku teruskan. Seluar askar tu bukannya kategori seluar jeans/denim pun. Aku teruskan minat aku pakai seluar askar tu juga.

Disaat itulah bermulanya seorang budak yang dikenali sebagai Rambo. Kerana suka pakai seluar askar.

Sampai sekarang seluar itu masih ada lagi. Dah lebih sepuluh tahun dah. Walaupun tinggal poketnya sahaja. Aku buat sling bag.

Ok. That's all.

Terima kasih.

Sejak aku di-pautkan oleh Ahmad Kamal Abu Bakar, pengunjung/pembaca semakin ramai. Terima kasih Ahmad Kamal Abu Bakar. Dan terima kasih semua yang membaca.


You are the reason i am alive.

Cheh!!

Tuesday, March 18, 2008

Selingan [2]

Aku ada terbaca nama kamu pada entri lepas.

Segala kenangan bermain semula. Bersilih ganti.

Tapi, dalam keadaan begini. Tiada intense. Tiada keinginan. Malas hendak fikir.

Asal kamu selamat, sehat dan jangan bukan-bukan sudah.

Ok?!!

Seperti yang aku janjikan.

Bagi menghilangkan kekusutan kepala yang bak benang dilanggar ayam, layan la gambar-gambar yang aku ambil masa di Desaru dan Tanjung Balau.

Mak aku dengan cucu bongsu dia.

Abang aku dengan anak bongsunya, Muhammad Aniq.

Anak abang aku yang sulung, Muhammad Adam dengan adiknya, Nurina Zulaika.

Mentari terbit di Pantai Desaru.

Aku.

Jeti Kampung nelayan, Tanjung Balau.

Adam dan Ika.

Pantai Tanjung Balau.

Jeti Kampung Nelayan, Tanjung Balau. Waktu mentari terbit.

Ok. Itu sahaja.


Amacam?

Monday, March 17, 2008

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini?

Aku warga zodiak Cancer. Mengikut survey yang telah dilakukan, warga Cancer ini mempunyai emosi yang mudah tersentuh dan lemah walaupun zodiac sign aku adalah ketam. Aku akui ia benar.

Dalam kebosanan ditengah malam, aku singgah pada blog ni. Salah seorang best friend aku masa study dulu. Satu entri yang membuat aku sedikit emosi. Kerja.

Bila aku baca blog ini, aku terfikir tentang diri aku sendiri. Aku tenung gambar masa konvokesyen aku yang aku tampal di notice board aku dalam-dalam.

Aku tanya diri aku sendiri.

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini? Duit? Harta? Nama? Comfort zone? Jawatan besar? Cabaran?

Aku tak boleh nak jawab untuk masa ini. Tiada jawapan.

Baru-baru ini aku ada interview di Johor Jaya. Satu syarikat kecil. Syarikat yang provide full service air-conditioning system untuk satu-satu bangunan besar. Dia offer aku agak besar. Tapi, aku diamkan diri lagi. Tiada apa-apa tindakan susulan.

Aku pun masih lagi tertanya-tanya kenapa aku kurang bersungguh untuk kerja itu. Aku terfikirkan masalah ekonomi yang bakal jatuh. Aku takut untuk mencuba kerana takut pisang berbuah dua kali.

Syarikat aku dulu lebih kurang ini juga, pejabat dalam kawasan rumah kedai. Yang kadangkala pergi untuk sebulan sekali. Aku berinteraksi dengan bos aku dengan email dan juga telefon. Tiada meja untuk aku untuk segala membuat segala documentation. Jika perlu, aku kunjungi mana-mana kopitiam atau kedai-kedai yang aku selesa.

Aku impikankan ruang aku sendiri. Meja aku sendiri. Colleague aku sendiri.

Pada masa yang sama, aku sudah lali dengan kebosanan ini. Dengan tiada kerja, tiada income, tiada tangungjawab.

Ada niat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Tapi masalahnya, modal. Ahhh...betul lah kata dari ketua Hung Hing dalam filem Young and Dangerous episod ke-4, money makes world goes around.

Orang tua aku masih meneruskan niatnya untuk aku masuk ke UTHM sebagai pengajar. Aku tolak dengan alasan aku masih belum puas dengan kerja-kerja sebagai jurutera. Satu bahagian dalam hati aku memberontak kerana aku sudah lama berada di UTHM. Hampir 6 tahun. Takkan aku masih mahu terperuk di situ untuk sekian masa lagi. Masih belum masanya.

Aku masih mahu melihat dunia luar.

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini? Duit? Harta? Nama? Comfort zone? Jawatan besar? Cabaran?

Masih tiada jawapan.

Desaru dan Tanjung Balau. Pantai berbatu dan berombak ganas.

Maaf. Dua hari aku tiada di rumah. Dan aku lupa hendak tinggalkan pesanan. Siapa-siapa yang tertanya-tanya, aku pergi ke Desaru, Kota Tinggi.

Aku dah suruh mamat ni tengok-tengokkan apa yang patut. Tapi dia pun tiada di rumah.

Aku memang agak obses dengan mandi laut. Biarla sunburn pun, tak apa janji puas. Tapi pantai di Desaru ini agak berbatu dan ombak yang ganas. Kira agak berbahaya juga. Jadinya, aku tak boleh mandi dengan puas. Cuma bersantai.

Percutian yang berbaloi walaupun aku terlepas beberapa perkara rutin hujung minggu.

Satu, paper The Star. Puas dah aku cari satu Bandar Penawar. Tak jumpa. Aku faham. Sekarang ni suratkhabar memang cepat habis. Siapa-siapa ada copy untuk aku? Ruangan Star Jobs sahaja yang aku cari. Bahagian lain korang boleh simpan.

Dua, Barclays Premier League. Balau Beach Resort tiada siaran untuk ESPN. Mujur aku boleh access livescore.com melalui telefon bimbit aku. Tapi untuk tengok score sahaja. Takpe, nanti aku return kat tv sekejap lagi.

Aku ada ambil beberapa gambar. Tapi belum sempat untuk transfer dari kamera. Nanti aku upload.

Thursday, March 13, 2008

Cuaca diluar masih lagi hujan renyai. Dah hampir seminggu macam ni. Bosan. Hendak keluar *ngeteh pun payah. Apatah lagi urusan-urusan duniawi yang melibatkan perniagaaan sara diri.

Sejak aku duduk kampong ni, aku gunakan motor aku dulu. Kereta aku, abang aku guna untuk pergi kerja. Kiranya, kalau aku hendak guna untuk urusan yang penting, baru aku guna kereta.

Ada satu (dua atau tiga sebenarnya) urusan penting perlu diselesaikan. Pergi ke Bandar Maharani. Untuk mengambil sedikit barang-barang yang masih berbaki di rumah di sana.

Ya! Ada sedikit perasaan rindu terhadap udara di sana. Terutamanya Tanjung Emas. Udara segar dari Laut Selat Melaka. Hmm…

Rindu dengan hikuk-pikuk Jalan Abdullah, rindu dengan Jambatan Sultan Ismail.

Tapi, dalam keadaan hujan macam ini, macam mana aku hendak pergi.

Sekarang pun menulis sambil berselubung. Sejuk. Haih…tangguh lagi.



*ngeteh = minum di warung-warung kebanyakkan.

Angan-anganku belum musnah.

Di playlist aku, suara Sugar Ros mendayu-dayu.

Iringan musiknya yang mellow dan melodik berirama lembut membuatkan aku sedikit terawang-awangan.

Sambil asap Dunhill berkepul-kepul keluar ke atmosfera bilik.

Jauh terbang. Ke London barangkali. Atau ke Stadium Luzhniki di Moscow.

Berangan-angan pasukan ini ke stadium tersebut.

***

Apasal lagu kat playlist aku makin slow nih? Owh Mineral rupanya. Sesuailah tu dengan suasana luar rumah aku yang baru berhenti hujan.

Sebelum aku pon ter’mellow’, aku nak tengok Discovery Channel. Menimba ilmu.

Wednesday, March 12, 2008

Selingan.

Orang baru hadir semula dalam hidup aku.

Esok mungkin aku sedikit sibuk. Melayan dia. Tapi tak bermakna aku lupa kat kamu semua. Jangan risau. Dia buta IT sikit.

*gelak kecil

Impian dan harapan.

Aku rasakan sekarang masa depan aku kian kabur. Belum ada sinar harapan yang aku nampak. Macam satu jalan depan mata tapi kabur dek hujan yang lebat. Macam itu lah yang aku rasa sekarang.

Sampai tahap aku sekarang ini, tak tahu apa yang aku perlu cari, apa yang aku nak. Aku betul-betul blur. Perasaan berbelah bagi.

Impian tetap impian. Impian untuk mencabar diri aku lebih daripada sekarang dan semalam. Impian untuk keluar jauh dari rumah melihat dunia luar. Impian untuk meliar sedikit.

Tapi semua ini macam tak dapat je. Aku tak pasti kenapa aku berperasaan sedemikian. iGAGAList...

Tuesday, March 11, 2008

Cerita aku kene Tag! (mari main lelaki) Amacam??!

Seharian aku ngadap PC aku. Tapi tak la seharian sangat. Bangun tido dah pukul 2. Tengok tv dulu cari mood nak teruskan hidup. Lepas tu baru 'godek-godek' PC. Dah lebih seminggu aku try nak bagi PC aku sehat semula. Dah makin banyak duit aku keluar. Damn!!

Semalam aku teks Mr Talib,, tapi tiada balasan. Takpe, nanti kau balik kampung aku karate motor Suzuki abahmu.

Setelah mencuba, akhirnya aku berjaya menghidupkan PC aku. Perkara pertama dalam kepala aku ialah; INTERNET. Untuk itu, aku kene install Bluetooth Driver dulu. Ini sebab aku guna telefon mudah alih aku sebagai Modem.

Selesai perkara pertama. Pastu kene install Mozila Firefox dulu. OK, selesai. Dah boleh senyum sambil dalam hati kata sukses-sukses!

First page; Hotmail. Takde apa yang menarik kecuali mesej-mesej dari friendster dan juga Lina Joy, eh silap Lina Jobstreet.

Second page; EMOSI. Manatau kalau-kalau ada komen-komen dari kengkawan yang kene balas. Tak boleh buka. Dua tiga kali aku cuba sama gak. Takpe...aku try Catatan pendek dari Neraka, boleh. Yess!!

Dah gelak-gelak kecil aku baca entri awal-awal, sampai kat entri ni, peluh besar mula turun. Ni page aku ke? Eh, yelah! Berderau darah aku sekejap. Rasa macam Hank Von Helvete dari kugiran TURBONEGRO ajak naik atas stage untuk nyanyi sama-sama. Biar betul!

Ok. aku tak reti sangat sebenarnya tag-tag ni. Takpe aku cuba. I'm a great learner.

Dalam dompet kulit jenama..err..Northland ni ada:

1. Kad Touch 'N' Go - malas aku nak korek-korek tempat syiling dalam kereta aku cari syiling.

2. Kad Matrik - saja simpan. Boleh guna untuk tengok wayang ke, bowling ke.

3. Kertas yang ada nombor telefon Miss Lau - aku lupa siapa Miss Lau ni.

4. Kad ATM Bank Maybank

5. Kad ATM Bank Muamalat - klasik kan?

6. Kad ATM CIMB

7. Kad ATM RHB Bank - my precious

8. I.c aku.

9. Lesen aku.

10. Sampah - resit bank + resit bill Maxis + resit down payment Sunglass

11. Name Card aku.

12. Sedikit cash.

That's all!!


Mana boleh jadi aku yang kene, so aku tag orang lain jugak. Lucky friends are:

1. xxmy wordsxx

2. sailor chan

3. Azman

4. Jorji

5. Kumprinx

Sori geng. Takde choice. Tapi member aku pesan, "anarkis suka langgar peraturan". Ikut la kome sume nak buat camne.

Monday, March 10, 2008

Politik yang semakin aku nak faham.

Selesai sudah PRU 12. Banyak keputusan yang tak disangka dan juga keputusan yang dijangka. Bagi aku sendiri, seorang yang belum pernah mengundi dan, masih belum mendaftar, merasakan sedikit rugi.

Keputusan PRU 12 ini banyak membuatkan aku terfikir beberapa perkara. Dari segi sosial, ekonomi dan politik negara. Beberapa niat baru muncul secara tiba-tiba. Mungkin diatas kesedaran tentang keadaan politik Malaysia yang aku lihat semakin mencabar.

Pelik mak bapak aku. Mana taknya, tak pernah-pernah aku duduk menonton bersama mereka melihat keputusan apanila diumumkan. Kali ini, aku bersama mereka dengan kacang dan air Nescafe 'O' ditangan. Kali terakhir aku melihat keputusan Pilihanraya Umum ini seingat aku adalah pada pilihan raya awal 1990-an. Itupun aku sedang bersiap untuk kesekolah saambil curi-curi tengok tv. Yang aku perasan adalah keputusan yang bergerak pada monitor dibahagian bawah.

Sekarang, dalam keadaan yang sangat tak sibuk, aku ada banyak masa untuk berfikir tentang masa depan negara ini. Bagi pandangan aku, banyak pro dan kontra-nya.

Cuma bagi aku sekarang kita tunggu dan lihat dahulu. Sambil study-study sejarah sikit, study tokoh sikit. Nanti aku dah famous korang tolong ingat-ingatkan aku ye.

*kenyit mata

Thursday, March 06, 2008

Aku dan maifestoku untuk Pundak!! Sorak! Sorak!

Pertamanya, terima kasih kepada Presiden Pazuzu yang telah memberi peluang untuk say abertanding bagi parlimen Sri Gading ini.

Keduanya, maaf sebab terlambat. Tapi biasanya last minute prepare ni akan jadi hebat.

Berikut merupakan manifestoku.

1. Intensif kepada sekalian hardcore dan punk yang 'true' sebanyak RM 100 sebulan bagi memudahkan mereka bergerak ke gig atau memulakan penulisan. Saya percaya dengan menjadi sebagai HC ata Punk akan memberikan satu fenomena yang berlainan dalam kepala mereka apabila mereka dewasa kelak.

2. Mewujudkan lebih banyak studio Jamming bagi memudahkan anak muda mengeluarkan suara anak muda mereka. Satu taman satu studio. Amacam?

3. Mewujudkan satu track perlumbaan sepanjang 5 hingga 10 kilometer. Tegak je. Tak payah selekoh2. Ni kerana ramai sangat orang nak berlumba kat kawasan Parlimen Sri Gading ni. Tak kirala motor ke kereta ke. Even bas sekalipun.

Haha amacam?