Thursday, March 13, 2008

Cuaca diluar masih lagi hujan renyai. Dah hampir seminggu macam ni. Bosan. Hendak keluar *ngeteh pun payah. Apatah lagi urusan-urusan duniawi yang melibatkan perniagaaan sara diri.

Sejak aku duduk kampong ni, aku gunakan motor aku dulu. Kereta aku, abang aku guna untuk pergi kerja. Kiranya, kalau aku hendak guna untuk urusan yang penting, baru aku guna kereta.

Ada satu (dua atau tiga sebenarnya) urusan penting perlu diselesaikan. Pergi ke Bandar Maharani. Untuk mengambil sedikit barang-barang yang masih berbaki di rumah di sana.

Ya! Ada sedikit perasaan rindu terhadap udara di sana. Terutamanya Tanjung Emas. Udara segar dari Laut Selat Melaka. Hmm…

Rindu dengan hikuk-pikuk Jalan Abdullah, rindu dengan Jambatan Sultan Ismail.

Tapi, dalam keadaan hujan macam ini, macam mana aku hendak pergi.

Sekarang pun menulis sambil berselubung. Sejuk. Haih…tangguh lagi.



*ngeteh = minum di warung-warung kebanyakkan.

3 comments:

Pakcik Luar Otak said...

Hujan-hujan, sental ubi rebus cicah sambal kicap sama kopi hangguk, terangkat.

Kenyang-kenyang, tidur, ternaik.

Terbaik.

e.a.m.y said...

cuaca agak x menentu kebelakangan nie..hukam karma sudah terbalik kah?


org tua-tua bilang, raye cine penamat musim tengkujuh..haih!


xleh pakai da skang.

rambo said...

Pachilo - jgn main kasar. hehehe. Ubi rebus, sambal tumis, kopi o dan hujan mmg kombinasi terbaik.

Eamy - Mungkin lambat sebulan dua dari CNY kot.