Monday, March 17, 2008

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini?

Aku warga zodiak Cancer. Mengikut survey yang telah dilakukan, warga Cancer ini mempunyai emosi yang mudah tersentuh dan lemah walaupun zodiac sign aku adalah ketam. Aku akui ia benar.

Dalam kebosanan ditengah malam, aku singgah pada blog ni. Salah seorang best friend aku masa study dulu. Satu entri yang membuat aku sedikit emosi. Kerja.

Bila aku baca blog ini, aku terfikir tentang diri aku sendiri. Aku tenung gambar masa konvokesyen aku yang aku tampal di notice board aku dalam-dalam.

Aku tanya diri aku sendiri.

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini? Duit? Harta? Nama? Comfort zone? Jawatan besar? Cabaran?

Aku tak boleh nak jawab untuk masa ini. Tiada jawapan.

Baru-baru ini aku ada interview di Johor Jaya. Satu syarikat kecil. Syarikat yang provide full service air-conditioning system untuk satu-satu bangunan besar. Dia offer aku agak besar. Tapi, aku diamkan diri lagi. Tiada apa-apa tindakan susulan.

Aku pun masih lagi tertanya-tanya kenapa aku kurang bersungguh untuk kerja itu. Aku terfikirkan masalah ekonomi yang bakal jatuh. Aku takut untuk mencuba kerana takut pisang berbuah dua kali.

Syarikat aku dulu lebih kurang ini juga, pejabat dalam kawasan rumah kedai. Yang kadangkala pergi untuk sebulan sekali. Aku berinteraksi dengan bos aku dengan email dan juga telefon. Tiada meja untuk aku untuk segala membuat segala documentation. Jika perlu, aku kunjungi mana-mana kopitiam atau kedai-kedai yang aku selesa.

Aku impikankan ruang aku sendiri. Meja aku sendiri. Colleague aku sendiri.

Pada masa yang sama, aku sudah lali dengan kebosanan ini. Dengan tiada kerja, tiada income, tiada tangungjawab.

Ada niat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Tapi masalahnya, modal. Ahhh...betul lah kata dari ketua Hung Hing dalam filem Young and Dangerous episod ke-4, money makes world goes around.

Orang tua aku masih meneruskan niatnya untuk aku masuk ke UTHM sebagai pengajar. Aku tolak dengan alasan aku masih belum puas dengan kerja-kerja sebagai jurutera. Satu bahagian dalam hati aku memberontak kerana aku sudah lama berada di UTHM. Hampir 6 tahun. Takkan aku masih mahu terperuk di situ untuk sekian masa lagi. Masih belum masanya.

Aku masih mahu melihat dunia luar.

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini? Duit? Harta? Nama? Comfort zone? Jawatan besar? Cabaran?

Masih tiada jawapan.

9 comments:

Eamy said...

mungkin sudah tiba masa utk kamu menetapkan apa yg di dlm hati..sb masa tidak akan menunggu kita..cuba2 lah isi borang pengajar muda di UTHM..manelah tahu untung sabut timbul.

ini pendapat sampah aku yg x berape pandai la,hehe.

*sengih nmpk gigi.

Jorji said...

pada pendapat aku pulak ialah..mana datang dulu,ambik dulu.
rezeki jgn ditolak.
Pengalaan aku masa dulu,lama-lama duduk dirumah,tidak berkerja akan buat aku bertambah syok...terus hilang minat nak kerja.terus sedap melepak,petang main bola..malam melalut sampai ke pagi..pagi baru nak tido..

3 tahun beb!

so, cekau je apa yg datang..sambil tu terus cari comfort zone tu.

ATONAL MICROTONAL said...

i rasa malam ni kita patut pergi karaoke argh.

FrH said...

erkk .. nape blog aku plak ni ..
ermm .. kuatkan semangat bro .. anggap laa ini semua dugaan dpd-Nya :)

Rembo said...

Eamy - Hmmm..UTHM ekh. *sambil garu-garu dagu.

Jorji - Mugkin sekarang ni aku dah mula rasa syok melepak kot. tu yang jadi gitu. Ok aku try dulu mana yang datang dulu ekh.

Sailor chan - btol gak tuh. dah lama aku tak dengar suara merdu buluh perindu kau nyanyi pelangi petang.LOL!

Frh - ye la blog kamu. sy singgah malam tadi trus jadi emo. LOL!
ok. 1, 2, 3...kuatkan semangat!!!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

lu kena cari Baharom. rasanya Baharom boleh jawab kot..

Rembo said...

PP - Baharom tu dalam kategori penyelesai masalah la?

ke dukun? ke abang pengetahuan am?

apek terror said...

adoi ram2 relax ar yea mmg susah wat decision beb...aku tau ko boleh wat,jgn rase sdp sgt melepak dude... one step ahead and sume maybe leh jadi....relax ek gua tau lu bagus and licik...

Rembo said...

xxmywordxx - jgn la kantoikan nama manja aku.

*kantoi*