Tuesday, June 03, 2008

Jepun buat aku banyak tersenyum sendiri.

*aku harap takde telur cacing pita dalam sushi kat kedai ni

Dari semalam aku tersenyum sorang-sorang sambil berjalan. Bos aku dengan partner aku pelik je tengok aku senyum sorang-sorang.

Manakan tidak....

Malam sebelum aku bertolak, seorang kawan telefon. Bertanya khabar. Bual punya bual, kebetulan dia baru balik Jepun. Dia cakap, "Dalam 10 orang awek jepun kau jumpa tepi jalan, 9 orang konfem lawa."

Memang betul. Aku senyum sendiri.

Manakan tidak...

Sekarang musim hujan. Cuaca memang sejuk untuk aku. Boleh capai 10 hingga 15 darjah Celcius. Siap berangin lagi. Bila lalu sekitar kawasan merokok, aku akan bau udara bersama aroma rokok macam bau rokok dalam kawasan pejabat ber-aircond. Padahal kawasan terbuka.

Dek dalam keadaan hujan dan sejuk, mulut akan keluar kabus bila berbual. Tak kira waktu. Macam Fabregas time main bola hujung-hujung tahun.

Aku senyum lagi.

Manakan tidak...

Bila mahu balik hotel kena naik MRT. Ini jam ramai orang. Budak pejabat, kutu, pekerja sosial, budak sekolah dan pelbagai lapisan masyarakat. Bila aku nampak budak sekolah ramai-ramai tunggu MRT, aku teringat cerita SUICIDE CLUB.

Pegang tangan ramai-ramai, berdiri tepi MRT station, bila MRT sampai, terjun ramai-ramai.

Aku senyum lagi.

8 comments:

cLina BeLedZa said...

owhh..dah sampai jepun rupanya!

Unknown said...

btul eh? 90% awek jalanan lawa?

urayamashi na...

FrH said...

sape? rio ke yg call kau tu?

suicide club. damn. ngery.

p/s aku dah download gamba wedding awhere kat fotopages. sila jenguk. tp gamba kau xde. thehehe

H said...

huhu.
tolong tapau kan sorang mamat jepun yang kiyut macam takuya kimura.
rambut mesti gebang2 & perang2 cam dalam cite beautiful life oke?
mahu lah. mahu lah.
^.^v

erk...
take care ye rambo?
:D

Eamy said...

hahahaha

cikenit suda tapau mamat jepun

sy lak camne neh rambo?

Rembo said...

clinaku-haah. sampai sudah. masuk hari keempat dah.

oro - btol mal. nnti aku upload. heheheh

frh - haah rio. serius aku teringat yang mcm dalam suicide club.

ciki - mcm mana nak tapau. Sume mmg gitu. Sensei rambo pun rambut gitu. mana muat beg!

eamy - mcm sy ckp. Penykt. Ok ka? heheheh

Eamy said...

gile ke hape

kasi penyakit

xmo!xmo!

nk Hello Kitty

boleh?

hahahahahaaha

Rembo said...

eamy - hahaha...aduh penat dah jalan sampai shinjuku. xde jumpe pn!!