Malam tadi. Aku menonton siri kegemaran aku, House. Hugh Laurie merupakan salah satu pelakon yang boleh aku katakan hebat.
House, seorang yang realistik, sombong, bongkak tapi hebat. Sangat hebat.
Watak House itu cukup membuatkan aku sebagai pemuja pada tahap sederhana. Setakat memuja kehebatan watak House ketika tayangan siri tersebut. Atau pun perbualan sekali sekala bersama rakan serumah setelah selesai makan malam. Itu pun jika teringat kelucuan House.
Siri malam tadi mengaitkan seorang pesakit yang sering berhalusinasi. Nampak kepada roh orang yang telah mati, dan segala yang berkaitan dengannya. Bagi House, semua itu boleh di terangkan dalam bidang perubatan.
Aku sering terfikir perkara yang sama sejak kebelakangan ini. Perkara-perkara yang melibatkan roh dan makhluk halus. MM juga telah menulis perkara yang sama.
Sama jugalah dengan Hishamudin Rais dalam penulisan buku terbarunya, Keganasan, Internet dan Penipuan.
Satu persoalan telah di ajukan kepada aku ketika aku menganggur dahulu oleh seorang teman. Persoalan yang aku bawa kemana sahaja aku pergi. Melekat.
"Lu rasa, kat Malaysia ni, orang melayu boleh nampak hantu Cina ke? And orang Cina boleh nampak hantu Melayu?"
"Dude, wa takde rasa." itu sahaja yang mampu aku jawap.
Aku tak boleh jawap. Tahap pemikiran aku belum sampai tahap tinggi. Sedang berusaha kearah itu.
Soalan itu jugalah yang aku ajukan kepada rakan sekeliling aku. Seorang telah menjawap, mungkin ia wujud dalam bentuk dan kepercayaan berdasarkan budaya sesetengah bangsa.
Soalan itu jugalah yang bermain dalam kepala aku ketika aku merantau ke Jepun dahulu. Andai aku ditakdirkan untuk ternampak, bagaimana rupa bentuknya agaknya? Masih seperti toyol atau langsuir? Atau bentuk yang lain? seperti dalam komik-komik Jepun.
Soalan itu jugalah yang bermain dalam kepala aku ketika aku merantau ke Batam.
Aku juga terfikir, jika aku mengembara ke negara eropah. Adakah kebarangkalian aku akan terserempar dengan Count Draculla ataupun Casper?
Aku tak nafikan, aku percaya kepada kewujudan syaitan. Yang tugasnya untuk menyesatkan manusia. Itu adalah kepercayaan aku.
Cuma kewujudannya dalam bentuk yang sering kita takuti dan di war-warkan dalam filem-filem negara Asia mahupun barat itu betul-betul wujud atau pun sekadar bayangan yang dikawal oleh minda manusia yang telah di'set'kan dengan kewujudannya sejak azali lagi.
Entahlah. Masih belum ada jawapan bagi aku untuk sekalian soalan.
Aku sudah mula keliru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahahaha. bagus gak entri ni.
tp mcm lawak gak ..
dont go beyond the limit bro ..
hehe..aku rase kalau kat tempat lain xde hantu melayu sebab kat situ xde hantu melayu, logik ke?
Post a Comment