Sekarang. Gua terasa macam dalam filem. Filem-filem Amerika. Yang moden-moden. Satu scene yang mana gua seorang saja yang statik. Sekeliling gua bergerak pantas. Meninggalkan gua seorang diri. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.
Tika ini. Jam ini. Gua seorang yang duduk pegun. Orang sekeliling gua bergerak. Berbual. Bising. Sekejap-sekejap, bangun. Pergi printer. Print dokumen itu dan ini. Ada yang sekejap-sekejap, angkat telefon. Bincang itu ini. Ada yang menghadap komputer. Sekejap-sekejap, klik file itu ini. Sibuk. Macam pasar borong Selangor waktu peak hour.
Gua. Duduk diam. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.
[,]
Dua malam lepas. Gua dapat teks mesej daripada adik gua. "Bo...wa accident. Tapi wa ok."
Gua tak tahu nak buat apa. Terkejut. Macam nak luruh jantung gua. Bila gua baca balik, sedikit lega bila gua nampak perkataan 'OK'. Gua call. Dia cakap dia terlanggar tiang batu shopping mall semasa turun untuk keluar. Brek tak berfungsi. Radiator pecah, bumper depan pecah, bonet depan kemek. Gua tepuk dahi. Tak tahu nak buat reaksi macam mana.
Gua. Duduk diam. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.
[,]
Semalam. Kereta hitam gua pula buat hal. Itu jam, gua berhenti sarapan pagi belakang pejabat gua. Bila masa gua gerak nak gerak ke pejabat, kereta hitam gua tak mahu hidup. Pusing kunci berkali-kali pun sama. Macam mesin rumput habis minyak. Tapi bila gua mengerling kearah meter minyak gua, penuh. Pelik gua.
Gua. Duduk diam. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.
Sekarang. Keadaan masih sama. Semua orang keliling gua sibuk bergerak. Dan gua. Duduk diam. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.
So, what happen next?! gua menjerit dalam hati dengan gaya Ein Second Combat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
yerp. hidup itu sentiasa mendebarkan. ada jek yg xdijangka akan tiba.
but we are only hope for the best ones to come.
thnks beb. u always come out with 'tranquilizer'.
eceh
ada byk alternatif dlm hidup ni..
tggl brani or x je kita nk amik...
risk taker? betul ni?
jom kita pakat beli grand livina or pregio...
oh ya..
bukan what happen next dia nyanyi..
IF WE DON'T ACT NOW, WHO WILL BE NEXT. WHO WILL BE NEXT!...
- xsoberthanstraightedgex -
gua tau la lib. cuba baca betul-betul ayat last tu. Dengan gaya. Bukan lagu. Faham?!
band NET ..hehe ingat?
sure! WHAT'S THE POINT!!
lirik tu pun salah. Mana ada "if we don't act now". Boo hoo
xholierthanyoux
what happen next tuh lagu flashback bo...
yan, flashback versi demo vcd ke? ha ha ha...
bo,
kalau gua mesti gua ubah jadi versi bring me the horizon-whaarrghhh happeng nehhhhhhhhhhhhhh!!!!
cilakak lu juna!
burn kan gua satu!
hahaha
hm. the same question ive been asking myself lately.
ni keta aku dilenjan adik sendri. nak marah pun kene telan je lah debar hati tu. isk.
Sin chan - sms lg berkesan. ha ha ha
iyan - hah tau takpe. dah lu orang berbal pulak kt mukasurat komen gua ni!
juna - lu ckp siang pandang2 beb. kena pukul kang aku tak tau.
ain - he he he. well, itu normal. kan?
rileks brader. lu kan punk rock
ah lu komen nak cukupkan korum kan? kan? ha ha ha
Post a Comment