Monday, June 29, 2009

Obsesiti kompulsif.

Jumaat petang. Tengah gua relax-relax depan TV. Layan The Simpson.

Satu lori rupa macam lori ais parking depan rumah gua. Kaler putih gebu. Tapi berhabuk sikit dah. Kuning. Gua agak Tom beli ais satu lori sebab hari itu panas macam dunia dah tak ada lapisan ozon.

Dari kepala lori warna merah keluar brader kurus tinggi. Kat tangan ada satu bungkusan. Berbalut kertas warna-warni. Sangkaan gua meleset. Rupanya lori courier yang kurang bergaya. Nampak gayanya lori courier ni merendah diri penampilannya.

Gua. Sambil jeling-jeling malas, sambil letak mug yang penuh kopi o ke lantai, terus lari ke arah brader itu.

Selesai semua urusan tanda tangan, gua cepat-cepat lari naik atas. Goncang-goncang lebih kurang, tilik-tilik lebih kurang, gua dapat agak, sebalik kertas warna warni ini adalah sekotak kotak kasut. Gua letak bungkusan atas katil.

"Tunggu pukul 12 baru bukak. Baru ngam." kata hati gua.

[,]

Pukul 12 malam. Hati gua berdebar-debar. Macam seorang suami yang tengah tunggu isteri bersalin anak sulung dalam wad bersalin. Anak-anak peluh dah penuh kat dahi gua. Tangan gua pegang pisau pun menggigil-gigil resah.

Mula-mula gua attack side sebelah kanan. Pelan-pelan gua tanggalkan selotape. Satu persatu. Perlahan-lahan. Berhati-hati. Tak nak kertas koyak konon-kononnya. Lepas itu, side sebelah kiri pula.

Kotak kasut yang gua agak tu memang betul. Kotak warna cokelat muda, ada garisan hitam melintang. Gua senyum. Kenal sangat kotak kasut bangsa ini. Hati gua makin berdebar. Takkan la kasut idaman gua kot.

"Mungkin kotak je ni." minda skeptikal gua bersuara.

Makin gua tahan sabar, makin gua tak boleh blah. Sudahnya, Kertas warna warni yang gua sayang-sayang tak nak koyak tu dah gua hiris guna pisau tanpa belas kasihan.

Sekarang, depan mata gua, atas katil gua, ada satu kotak kasut warna cokelat muda, ada garisan hitam melintang. Gua buka penutup atas, selak kertas yang balut kasut, TADAAA!!!

Sepasang makhluk paling bergaya ciptaan manusia bernama Chuck Taylor warna hitam, low cut, yang bernama All Star ada depan mata gua.

Dan saat itu, gua senyum tak cukup muka. Macam suami dapat anak pertama kegembiraannya. Terus gua sarung. Ngam!!

Sudahnya, sepanjang malam gua jalan-jalan satu rumah pakai All Star hitam. Duduk tengok TV, All Star, pergi dapur minum air sejuk, All Star, turun naik tangga, All Star, naik katil pun kaki gua bersarung All Star. Lantas, gua rasa macam Dave Ghrol!!!

***

To whom it may concern
, gua sangat suka ini kasut. Nanti gua belanja makan kentaki ke, Pizza Hut ke. Ok?!

Wednesday, June 24, 2009

Dude, hold on there! Just hold on.

Semalam. Gua dapat berita kawan gua accident. Dan gua dapat berita, kecederaanya serius. Bahagian kepala. Ada cerita lagi yang gua dengar, masa accident berlaku, ada darah keluar dari telinga.

Gua panik. Terkedu. Risau. Adik gua cakap pun agak serius keadaan dia. Satu malam muka kawan gua dengan muka Jim Morrison ni silih berganti.

"He will be fine." kata gua kepada Adek semalam petang.

"He should be ok." gua cakap pada Si Dodol pagi tadi.

"Nanti ok lah dia tu." gua kata pada Rembo sebelah lain.

Antara ayat-ayat yang biasa kita dengar dan cakap. Bagi gua ini adalah ayat denial. Denial untuk menyedapkan hati walaupun kita tahu keadaan dia yang sebenar. Keadaan yang tak berapa stabil. Kita kadang kadang terlalu kejam terhadap hati dan berlaku tidak adil untuk otak untuk menutup satu rasa tidak senang. Uncomfortable feelings.

Dan gua. Masih disini. Terpaku. Diam. Hopeless. Tak ada apa yang boleh gua buat. Selain berdoa. Terjerat dalam satu dunia ciptaan manusia yang penuh dengan kekejaman nilai mata wang ringgit. Hajat untuk pulang menziarah gua terpaksa tolak tepi. Terpaksa, mungkin dipaksa lebih tepat.

[,]

Shahril Azhar a.k.a Sin Chan, please hold on there! Please don't die. You are too young too die. Kita belum pergi ke Paris lagi untuk baca puisi atas kubur Jim Morrison dan berada di bawah kangkang Ms Eiffel Tower.

Tuesday, June 23, 2009

Hikayat Rembo Kecil.

Kebelakangan ini gua asyik teringatkan zaman kanak-kanak gua. Hidup tanpa tanggungjawap. Err...mungkin kurang tanggungjawab kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Kerja hanya sekolah, main, sekolah, main. Lain tak ada.

[,]

Ada satu hari itu. Hari minggu. Gua pun dah tak ingat, hari Jumaat ke hari Sabtu. Yang penting cuti. Gua tengah main pasir kat rumah sebelah. Rumah Ijul. Bukan main seronok lagi sembunyikan anak patung adik Ijul dalam timbunan pasir. Sembunyi-sembunyikan, lepas tu lari sambil gelak-gelak evil. Adik Ijul menangis depan tangga.

Asyik menyakat adik Ijul, gua tak sedar waktu sudah tengah hari. Waktu makan tengah hari. Dalam kepala gua, macam biasa. Lauk time-time cuti. Ikan kembung goreng dengan sayur pucuk manis masak lepak. Gua dah terbayang-bayang kicap Jalen sekali.

Tanpa buang masa, lepas penat gelak, gua capai basikal BMX gua. Kayuh sedikit gua terberhenti di halaman rumah Ijul. Depan mata gua, jalan kampung. Belakang gua, rumah Ijul. Gua nampak lori-lori hantu tengah race hantar batu gravel besar-besar penumbuk untuk proses penurapan jalan kampung gua.

Gua telan air liur. Dah la rupa lori hantu itu macam tengkorak yang bersaiz gergasi tengah menrangkak dengan laju. Ngeri. Boleh jadi mimpi ngeri itu jam.

Gua patah balik. Ikut jalan kebun kopi antara rumah gua dengan rumah Ijul. Abang gua yang bonceng adik gua dah sibuk tunggu gua di seberang kebun sambil jerit-jerit nama gua. Katanya emak dah sibuk panggil balik suruh makan.

Terbayangkan ikan kembung goreng dengan sayur pucuk manis masak lemak serta kicap Jalen kaler merah, lantas gua terliur. Dengan separa laju kayuhan gua, gua merentas kebun kopi. Satu ranting gua berjaya elak ke kiri. Dua ranting gua berjaya elak ke kanan. Lepas. Steady je.

Tengah sedap gua layan elak-elak ranting, tiba-tiba gua khayal. Fokus gua menunggang BMX terganggu.

KRAK!! Bunyi ranting pokok kopi patah. Sekali dengan gua rasa sesuatu yang keras macam ranting pokok kopi sedikit tertusuk atas kepala gua. Betul-betul sebelah pusaran rambut gua. Betul-betul lepas beberapa sentimeter dari ubun-ubun gua.

Gua steady lagi. Budak kampung. Mesti lasak. Sambil kayuh pelan-pelan, gua gosok-gosok sikit kepala gua.

Tiba-tiba gua dah tak steady. Bila masa gua rasa ada cecair pekat dan panas mengalir turun sebelah mata kiri gua. Sekali gua pegang, merah. Darah!

Dengan panik, gua campak BMX, gua lari laju-laju menghala ke dapur rumah gua. Dah dekat dah. Gua tahu emak gua tengah masak.

Segala pokok gua cilok, pinang ke, sagu ke, duku ke, semua gua celah-celah kan. Akar-akar pokok duku dan rambutan yang tersembul keluar, gua lompat. Parit yang selebar satu meter pun selamba gua lompat. Semua tak dapat halang gua. Lari sambil tangan kanan atas kepala. Tutup luka. Sebelah lagi gua tampung darah yang mengalir. Biar tak kena baju.

"Mak! Kepala angah luka ni. Tersangkut ranting kopi nak balik tadi." sambil gua tunjuk arah tempat kejadian.

Abang dengan adik gua terpaku belakang gua. Mungkin pandangannya ngeri. Tengok darah meleleh-leleh dari atas kepala gua. Merah kehitam-hitaman. Baju pun dah basah dengan darah.

"Sakit kan? Itu la, main tak ingat dunia. Nak kena jemput baru nak balik. Meh sini. Basuh dulu kepala tu." kata mak gua. Nasib baik tak memberi nasihat sambil berpantun.

Sudahnya, tengah hari itu, gua tak dapat makan ikan kembung dengan sayur pucuk manis masak lemak sebab tertidur sampai petang. Bangun-bangun, atas meja makan dah kosong, yang ada, tea o dengan pisang goreng. BMX gua pun dah ada depan pintu, kepala gua bau minyak gamat. Darah pun tak ada dah. Tak meleleh dah. Lega.

Mula dari hari itu, gua sangat dendam dengan lori hantu bawa batu gravel besar penumbuk. Sampai ke hari ini parut tertusuk ranting pokok kopi itu kekal atas kepala gua.

Karma 13

Semalam notebook ini buat perangai. Perangai yang menjengkelkan. Baik baik gua suruh dia recover semua dara...err...data, tetiba tak mau hidup. Boot apa jadah entah. Semalam, setengah hari gua godeh-godeh, tak dapat-dapat gak.

Sudahnya, malam tadi, rileks-rileks, sambil baca Maryamah Karpov, sambil gua restore factory setting. Hasilnya, pagi ini, notebook gua memang macam baru keluar kilang semalam. Kosong. Segalanya hilang. Nasib baik gua tak banyak harta lagi dalam ni. Yang banyak dalam notebook yang gua dah 'sedekah' bulan lepas.

Sebagai karma, gua kena install balik semua pejadah haram yang hilang. Balasan kepada gua terhadap dosa-dosa gua yang ke-13; berlagak serta meninggi diri bila orang puji notebook gua ni kecik satu masa dulu. Haih.

Friday, June 19, 2009

25 tahun lepas, ayah gua dah ada SLR camera. Rileks je.


25 tahun lepas, kau petik kamera Nikon yang entah apa nombor sirinya. Yang gua sendiri tak tahu nak nyebutnya. Di ruang menonton TV. Gua yang cuma tahu berpossing atas basikal kecil ini bila kau mula pegang kamera itu.

Beberapa tahun kemudian, setiap pagi kau sikatkan rambut gua yang lurus bak fashionistas Jepun ini setelah melepekkan mungkin Code Ten mungkin Revive. Lalu kau hantar gua ke sekolah dengan bekalan 50 sen. Masa itu, 50 sen cukup dah. Siap boleh simpan lagi.

Pada umur gua 13 tahun, kau suruh gua blah dari rumah. Pergi ke sekolah berasrama di bandar. Bukan niat kau untuk memisahkan gua dengan keluarga, tapi untuk masa depan gua. Dan setiap minggu kau akan datang melawat gua sambil bawa minum ke Tasik Y.

Beberapa tahun selepas itu, mungkin kau sedikit menyesal. Hati kau hancur. Kecewa. Bila kau dapat tahu yang gua sudah pandai merokok. Apa pepatah melayu, kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Kan? Maaf untuk itu.

Gua umur 16 tahun, kau menangis gembira. Bila gua ditawarkan ke salah satu sekolah berasrama penuh. Bagi kau, gua penyambung impian kau. Gua akur. Terima dengan hati yang terbuka. Gua tahu. Gua buat lu bangga.

Dan hari-hari seterusnya, bila masa gua susah, nak-nak dalam hal kewangan, walaupun kau sendiri 'kering', gua tetap didahulukan. Dan bila-bila gua mula keliru, kau datang dengan satu perkataan yang cukup untuk gua buat keputusan.

Hari ini, gua tulis this so-called poet. Sekadar ingin gua menyampaikan satu perasaan yang sukar gua gambarkan bila masa gua tengok balik gambar pada umur gua 27 tahun. Tersenyum sendiri lalu fikiran gua pergi jauh ke beberapa tahun yang lampau.

Selamat Hari Bapa, Ayah! Eh, jam yang gua beli kat Jepun tahun lepas tu ada lagi kan? Tahun ini tak payah apa-apa eh?

Thursday, June 18, 2009

Metafora 1.

Member A: Sekarang Rembo bukan kerja service pun lagi.

Member B: La...dah tu, kerja apa? Da benti da ke company kat Sunway tu? Apasal gua tak tahu?

Member A: Kerja tu memang kerja. Tapi, kerja dia kat office dah macam penyair dan penulis.
Hari-hari update status FB guna ayat-ayat madah. Dahtu hari-hari update blog.

Member B: Dahtu, nak buat macam mana.

Gua di tangga paling atas, duduk tenung asap rokok yang baru keluar dari paru-paru gua. Senyum.

Member A: Ada lagi satu kerja dia. Tertekan. Kerja dia tertekan je sekarang ni. Kerja paling utama dia sekarang.

Member B: Gila lu, tak tertekan. Kereta je dah dua bulan ni dia repair dekat seribu. Tu macam-macam lagi tu. Dahtu, roadtax lagi, kena ganti laptop dengan phone lagi. Nak puasa lagi. Mahunya tak tertekan.

Member A: Itula. Kesian gak gua tengok dia. Tapi nak buat cmne.

Gua duduk di tangga paling atas, tarik dalam-dalam Dunhill Light. Tenung satu point pada dinding depan gua. Fikiran gua jauh melayang. Mengiyakan apa yang mereka bualkan. Tiba-tiba, ada mentol atas kepala.

Sambil berdiri atas anak tangga terakhir, sambil bercekak pinggang.

Gua: Jom Tekken! Main 15 game, gua guna satu hero, lu orang tukar-tukar pun takpe, sapa kalah bayar gua 200. Berani lu orang?

Wednesday, June 17, 2009

Sepuluh hari yang mendebarkan.

Dulu, adik gua. Satu-satunya adik gua. Selalu 'sakit-sakit'. Gua pun kadang-kadang keliru. 'Sakit' betul-betul atau berlakon. Maklumlah, budak bongsu ini lain sikit. Tapi, hakikat sebenarnya 'sakit' betul.

Dan biasanya, lepas dia pulih gua akan menjadikan 'sakit' itu sebagai point. Point besar untuk di ungkit.

"Gua rasa la kan, bos (bapak gua) dah jual jiwa lu pada setan la weh. Itu pasal lu sikit-sikit sakit, sikit-sikit sakit. Setan datang tuntut jiwa lu."

"Hotak lu. Kalau ye pun, apsal bos tak kaya-kaya. Perniagaan pun takde." adik gua backing diri sendiri.

"Mana gua tahu. Ha ha ha."

Malam itu, dua beradik ketawa macam Lucifer. Besar ketawa mereka.

[,]

Dulu, dua tiga bulan lepas. Ketika kereta hitam gua rosak teruk. Sikit-sikit rosak. Kang sekejap lagi lain pula rosaknya. Adik gua call, tanya pasal kereta. Gua jawap itu ini. Sekian sekian harga. Adik gua cakap, gua pun sama. Jiwa gua kena jual pada Lucifer.

Malam itu, dua beradik ketawa macam Lucifer. Besar ketawa mereka.

[,]

Hari ini. Hari lahir sahabat baik gua. Dia sepuluh hari lebih tua dari gua. Dan pada masa gua ucap selamat hari lahir, gua terpandang sepuluh hari di depan. Lalu mengingatkan pada hari lahir gua. Diam. Cuak. Risau. Ngeri.

Adakah akan ada Demon datang pada gua dengan suit Armani lalu suruh gua jadi bounty hunter kepada roh-roh jahat yang terlepas dari neraka dengan menggunakan peralatan-peralatan yang tak masuk akal? Kemudian, gua dapat kereta Toyoto Prius. Ada makwe hot. Ada kawan yang sehidup semati.

Owh, sangat Reaper.

Tuesday, June 16, 2009

Kadang-kadang sebab macam ini lah gua malas pergi majlis kenduri kawan-kawan.

Sabtu lepas. Gua menghadiri satu (lagi) perkahwinan rakan-rakan. Konsep garden wedding di tepi Tasik Titiwangsa dan kereta kuda. Sungguh Cinderella. Macam dalam cerita rakyat orang putih. Satu perkahwinan kerabat di raja dari Kingdom of Far Far Away. Bezanya, tak ada acara cium mulut lepas melafazkan perkataan 'I do'.

Pagi-pagi lagi gua dah bangun. Betul-betul punya pagi. Pagi pada hari Sabtu adalah sesuatu yang hampir mustahil bagi gua. Biasanya pagi hari Sabtu atau Ahad gua adalah setelah gelincir matahari.

Bersiap. Iron baju kemeja potongan 'western' dengan motif corak bunga cengkih kecil yang banyak, sembur perfume Lacoste, sarung jeans hitam potongan slim fit serta Converse All Star putih yang semakin kuning yang gua dah mula conteng dengan perkataan 'Absent'.

Dengan rambut bergaya penyanyi kumpulan Jet, gua melangkah keluar rumah dengan keyakinan diri yang tinggi. Cukup rockstar, pada hemat gua.

[,]

Acara makan-gelak-kutuk-snap-berposing adalah wajib. Semua rakan ada. Dari yang sekolah menengah di tengah felda sampai yang ke universiti tengah pekan koboi. Ramai yang hadir. Pemain-gitar-yang-suka-goreng-entahapapa kumpulan gitar rancak gua pun ada. Dengan wife dan juga anak. Dah 'berjaya' dah mamat ini.

Satu-satunya antara rakan yang datang bawak anak secara zahir. Comel. Macam Arshavin. Pemain-gitar-yang-suka-goreng-entahapapa ini berkahwin dengan salah seorang peminat gua masa sekolah di tengah felda dahulu. Seorang gadis yang bermuka-redup-dan-anak-orang-kaya-dan-ketua-pengawas.

[,]

Semua rakan mula beredar setelah acara klimaks, pengambilan gambar secara beramai-ramai dengan perngantin. Bersalaman untuk berpisah sementara. Sebelum blah, pemain-gitar-yang-suka-goreng-entahapapa tegur gua.

"Cara la rambut lu. Macam Ariel Peter Pan."

"Yeah. I know I know. Nasib baik lu tak sebut Noh." Sambil gua senyum-senyum bangga.

"Haah la Bo. Macam Peter Pan." sambung si gadis yang bermuka-redup-dan-anak-orang-kaya-dan-ketua-pengawas.

Gua terus senyum. Takkan gua nak keluar ayat romantik gua depan laki dia yang merangkap kawan baik. Mampos!

"Dah-dah la Bo, berubahlah." pesan gadis yang bermuka-redup-dan-anak-orang-kaya-dan-ketua-pengawas sambil anak beranak itu terus meninggalkan gua tengah minum sirap.

Gua hanya terpaku sambil terkebil-kebil. Satu statement yang buat gua terkedu. Macam kena panahan ais Frozone dalam animasi Incredible. Kaku. Pegun. Mata separa terbeliak. Memandang satu titik yang jauhnya entah berapa puluh meter di hadapan. Sambil gema perkataan berubah itu terus bergema dalam segenap otak dan juga berpusing-pusing sesat dalam koklea gua macam budak kecil sesat dalam labyrith.

Lantas beribu-ribu soalan menerjah masuk ke dalam kepala hotak gua. Kalau gua listkan kat sini, harus satu page ni penuh semua persoalan gua.

Monday, June 15, 2009

Sibuk, sibuk, sibuk!

Gua tengah sibuk meng-setup PC baru (2nd hand) gua. Banyak sangat nak kena setting ni. Gua kehilangan hampir segalanya.

I'll be back.

Thursday, June 11, 2009

Post-mortem: Kes pecah rumah

Hati: Takpelah. Benda da jadi Bo. Let it be. Ok?

Gua: Hmmm...ok. Let it be. Malas nak fikir-fikir.

Otak: Wait, maybe kerja orang dalam ni. Macam tak logik je kalau pencuri yang masuk.

Gua: Dah, obvious kan kesan umpil kat pintu.

Hati: Entah! Terang-terangkan orang umpil. Apebende la lu ni Tak!!

Otak: Ala...bukan tak boleh buat mende-mende gitu. Senang je nak mengaburi mata lu. Nak nak sekarang macam-macam cerita pasal penjenayah kat TV tu. CSI la, Prison Break la. Bukan susah pun orang dalam nak tiru. Lu pun tengok sama dengan diaorangkan? Kan?

Gua: Babi! Betul juga.

Hati: Jangan risau la Bo, orang luar tu.

Otak: Orang dalam pun boleh jadi.

Gua: Hmmmmm.....

Hati: Dah-dah. Memang kerja orang luar.

Otak: Orang dalam.

Hati: Orang luar.

Otak: Orang dalam.

Hati: Orang luar!

Otak: Orang dalam!!!

Gua: LU ORANG DIAM BOLEH TAK?! GUA DAH MAKIN KUSUT NI CELAKA!!

Sudahnya, dari semalam petang sampai sekarang, konflik antara Gua, Hati dan Otak tak selesai. Waktu tidur pun gua suspect ada lagi konflik diaorang ini secara separa sedar. Yang mampu dilihat menerusi gaya gua bangun tidur. Dengan bantal bersepah entah kemana, kedudukan gua tidur pun dah lari dari landasan.

Wednesday, June 10, 2009

Cerita Sang Anonymous

“Hoi, celaka!” jeritan Sang Anonymous kedengaran memecah hingar bingar.

Aku meneruskan perjalanan. Tanpa menoleh ke belakang. Terus menuju ke arah tangga. Perlahan aku meniti anak tangga, turun menuju ke arah Puduraya.

“Hoi, berhenti la sial! Gua panggil lu la mat. Yang pakai baju Foo Fighters tu.” bebel Sang Anonymous.

Sambil berjalan, aku melihat baju aku. Ya. Memang aku yang memakai baju Foo Fighters. Dari album Colour and Shape. Dengan rajah abstrak dicetak di hadapan baju.

“Kutu mana panggil-panggil gua ni?” aku berbisik perlahan.

Aku perlahankan langkah. Sebelum sampai ke pagar penelan tiket LRT, aku berhenti. Pagar penelan tiket LRT hanya dua tiga langkah dihadapan. Tegak berdiri menunggu manusia menyuapkan tiket LRT untuk meneruskan perjalanan.

Tegak berdiri umpama pintu gerbang mini. Pintu gerbang yang akan memisahkan satu tempat lain kepada satu tempat lain. Pintu gerbang mini yang akan merealisasikan antara fantasi dan kesengsaraan. Macam Tembok Berlin.

Aku hanya mahu lepas ke pintu gerbang mini ini dan meneruskan perjalanan menuju ke euphoria senang hati. Tapi, suara Sang Anonymous ini benar-benar menjengkelkan dan memaksa aku berhenti.

Boleh juga aku terus berjalan. Tapi, Sang Anonymous ini akan terus memekik. Dan ini akan membuatkan orang sekeliling melihat aku. Malu beb! Tak bergaya dipandang orang. Self respect itukan penting. Kena jaga.

“Hah, lu nak apa?” aku berkata sambil berpaling ke arah Sang Anonymous.

“Ha ha ha ha. Cuak lu gua pekik tengah-tengah orang ramai! Tengok muka dah tahu lu cuak. Kan? Kan?”

Aku makin pelik. “Siapa kutu ni?” soal hati aku.

Siapa kutu ni? Siapa Sang Anonymous? Siapa? Apakah? Mengapakah?

[,]

Ini adalah permulaan kepada sesuatu. Sesuatu untuk gua. Amacam?

Kerinduan



Ok. Gua mengaku. Gua dalam kerinduan.

Sambil hisap rokok, sambil terngiang-ngiang lagu ini, sambil tengok awan di langit biru, sambil terfikir entah dah kat mana notebook gua tu. Haih.

Wise man say, you will never miss something until it loss.

Tuesday, June 09, 2009

Pengalaman setengah hari tanpa Notebook.

Dengan tenang gua memandu ke pejabat. Dalam hati, dalam kepala fikirkan ayat-ayat terbaik untuk kedua-dua bos besar gua. Dan juga bos kecik gua. Sambil-sambil memandu, sambil-sambil berfikir ayat manis, sambil-sambil ketis habuk Dunhill Light keluar tingkap. Macam gaya pelakon drama melayu pun ada gua rasa.

Sampai di pejabat, gua tak terus masuk pejabat. ON sebatang Dunhill Light dulu. Tarik feel. Sambil-sambil dengar JJ dengan Ean buat lawak dalam radio. Sambil-sambil dengar radio, sambil-sambil berfikir ayat manis, sambil-sambil ketis habuk Dunhill Light keluar tingkap. Macam gaya pelakon drama melayu pun ada gua rasa.

Gua dapat idea.

Melangkah masuk dalam pejabat, sambil buat muka paling seposen. Tapi tak terlalu sedih. Nanti nampak sangat plastiknya. Muka seposen rileks-rileks.

Gua jeling papan putih jadual semua staff. Oh, bos-bos besar gua tak masuk pejabat, bos kecil gua pula cuti. Serta-merta mata gua jadi bintang-bintang. Mulut pula tersenyum. Tapi tak lebar mana. Rileks-rileks. Berseri-seri muka gua.

Tapi, siapa nak bagi gua notebook ni?? Gua dah resah. Kalau tahu, gua sambung cuti. Lagi bagus. Kepala gua dah nak suruh half day. Lucifer pula kata ok.

Kepala gua terus berfikir. Dari jam 8.30 sampai ke pukul 11. Gua tak reti duduk diam. Sekejap-sekejap keluar, sekejap-sekejap masuk pejabat. Sekejap masuk tandas. Sekejap kang duduk baca paper. Semua tak kena. Itu tak kena, ini tak kena.

Sudahnya, gua dapat idea. Pinjam notebook anak tiri pejabat gua. Kecek punya kecek dengan coordinator gua, kenyit-kenyit mata sikit, puji-puji sikit, sudahnya gua dapat notebook anak tiri. Notebook cap Fujitsu.

Lantas, dari pukul 11 sampai sekarang. Langsung gua tak berganjak dari kerusi biru ini. Senyap je ngadap notebook anak tiri ni. Macam bayi dapat botol susu.

Dasar hamba internet!

Monday, June 08, 2009

Les Miserable!

Bila gua set minda untuk bangun pagi dalam pukul 9 pagi, tapi, gua bangun juga 9 pagi dan sambung tidur balik, lalu terjaga setiap lima minit akibat menekan button snooze instead of stop, dan berjaya bangkit dari tidur pukul 11, dan bersiap untuk ke kaunter JPJ, Imigresen dan juga bank CIMB, tapi harus bersarapan dahulu dan print gambar berukuran pasport serta photostat segala dokumen diri, dan tersedar sudah pukul 12. Mereka semua tengah rehat.

Gua online kat CC. Macam dulu-dulu. Perasaan macam dulu-dulu. Masa zaman gelap. Fuck!!

I am miserable.

Friday, June 05, 2009

Deja f**king Vu!!!!

Semalam. Pagi. Dalam pukul 11 pagi. Gua celik mata. Pintu depan terbuka kecil. Tak berkunci. Hati gua rasa lain macam.

[,]

Dalam mamai. Gua cari-cari N95 gua. Tak ada. Pusing keliling ruang tamu. Tak ada. Gua cuba telefon. Voice mail. Hati gua rasa lain macam.

[,]

Gua pergi box of everything. Capai dompet gua. Buka. Kosong. Semalam ada satu helai not kaler ungu dan beberapa not merah. POOOF! Abra-ca-dabra, hocus-pocus! Ghaib. Macam magic show.

[, ]

Gua gegas naik atas. Masuk bilik. Tengok kaeadaan terkawal. Lega. Turun bawah balik. Termenung atas toilet bowl. Sambil tengok asap nipis. Ting! teringat sesuatu. Beg kerja gua! Dengan pantas gua panjat tangga. Lompat 2 3 anak tangga sekaligus.

Buka pintu bilik. Tengok atas meja kecil gua. POOOF! Abra-ca-dabra, hocus-pocus! Ghaib. Macam magic show. Dengan external hardisk yang menyimpan segala rahsia dan juga projek-projek empayar baru, dengan pasport antarabangsa gua, dengan segala kemudahan pejabat gua dalam beg ghaib.

Celaka! Rumah gua kena serang dengan pencuri lagi.

"Deja f**king Vu!!!!!!" gua jerit tengah-tengah hari, tengah-tengah ruang tamu, sambil menyorot ganas dekat kipas siling yang berpusing laju.

Wednesday, June 03, 2009

Lagu sedih gua.

Gua bangun tidur. Awal. Atas sofa. Ruang tamu. Bukan atas katil. Dalam bilik. Dengan buku Bohemian atas dada gua.

Celaka! Padanla sepanjang malam gua mimpi Jim Morrison dan juga membusking sekitar kota Verona. Seronok. Super seronok. Sikit lagi gua orgasme.

Dan sekarang, gua kerja tanpa hati untuk bekerja. Hati untuk bekerja gua dah tinggal di rumah. Yang tinggal hanya hati untuk internet. Internet dan internet. Mungkin sedikit untuk nescaffe dan juga Photoshop.

[,]

Sedap gua tengah layan threadless tiba-tiba suara Thom Yorke menyanyikan lagu Creep muncul dalam playlist gua. Thom Yorke dan juga Creep-nya pada gua adalah umpama Mary Jane kepada Spiderman.

Titik kelemahan. Titik yang menyebabkan gua lemah seketika. Diam. Terpaku atas kerusi biru. Mata memandang luar pejabat sambil fikiran gua melayang-layang entah kemana.

Creep ini pernah gua nyanyikan dengan pelbagai versi. Original ke, sedikit sentuhan hardcore ke, post-hardcore ke. Pernah. Zaman gua belajar dulu-dulu. Dan setiap bait perkataan itu akan menjadi berkesan bila gua dalam euforia kesedihan melampau. Tapi versi original tetap A!

Nak-nak bila gua nyanyi dalam hujan. Gua rasakan seluruh alam berkongsi perasaan yang sama dengan gua. Sama-sama menangis. Sama-sama merintih, "She's running out again."

Sejak dari sepuluh tahun yang lalu, hingga ke hari ini. Entah berapa ramai makwe pernah gua bagi lagu Creep ni. Dalam kaset yang gua dubbing. Itu jam, CD belum glamer. Apatah lagi MP3, langsung belum lahir.

Apalagi yang gua boleh buat selain daripada mengekspresikan diri gua melalui lagu. Tapi, malangnya mereka semua bukan reti menghargai Thom Yorke dan juga Creep.

Biasa-lah, Amy Search pun mengekspresikan rasa kecewanya terhadap Isabella dalam lagu Isabella. Ini kalau ikut cerita Isabella la. Bukan kehidupan sebenar. Kebenaran disebaliknya, gua tak tahu.

Dan sekarang, Creep tetap Creep. Nadanya tetap begitu. Alunan suara Thom Yorke juga tetap macam itu. Dan gua tetap begini. Suka dan tetap sedikit lemah (emo) bila mendengar Creep. Lagu sedih gua.

Gossip.

Jangan percaya sangat dengan dakyah-dakyah liar nak menjatuhkan gua ni!

Monday, June 01, 2009

Kisah kegugupan gua.

Sabtu petang. Gua tengok muka Tom monyok. Terperuk dekat sofa. Melekat. Menghibakan. Makin gua pandang, makin gua kesian. Air mata gua sikit lagi nak mengalir. Tapi gua tahan.

"Moh le kita ke Dataran Shah Alam." gua memecah kesuyian rumah. "Untung-untung boleh jumpa Wani Ardy yang lu suka tengok tu." sambung gua lagi.

3 minit lepas tu gua dah tengok Tom siap. Wangi jangan cerita. Muka siap ada cahaya. Mata bersinar-sinar. Wani Ardy punya pasal.

[,]

Sampai-sampai dataran, member gua dah tunggu. Rileks. Tenang.

"Lu pegang kamera mahal gua ni, pergi sana ambil gambar apa yang patut. Orang tengah baca puisi ke, makwe tengah duduk ke, kumbang cari madu ke, sukati lu." member gua memberi arahan sambil tunjuk arah orang ramai-ramai.

Gua telan air liur pekat. Gugup. Mana gua biasa pegang mende-mende mahal ni. Nak nak barang baik bukan gua punya. Memang berdebar lain macam.

"Errr...gua mana reti mende-mende gini ni weh."

"Ah lu jangan mengada. Tak nampak gua tengah sibuk ni?" sambil pen menari-nari bikin tandatangan.

Gua. Pegang DSLR. Entah brand apa gua lupa, Canon ke Sony ke, gua tak pasti. Menggeletar kecil.

Dari jauh, gua snap sana sini. Gambar entah jadi macam mana. Gua risau rosak je. Maklumlah, jakun.

Dari jauh, gua nampak blogger bertaraf famous. Macam Famous Amos. Ramai.

[,]

Selesai puisi, gua didatangi satu orang yang namanya meningkat naik. Dila Raden. Gua telan air liur pekat. Sekali lagi.

"Macam kenal le." tegur Dila.

"Err...ye ke? Confirm?" tanya gua gugup. Segan. Malu.

"Yelah. Confirm ni. Err...salam salam." Dila hulur tangan.

Gua senyum. Cover malu. Segan. Gugup. Sambil sambut tangan.

"Baju aritu muat?" Tanya gua. Nak elakkan canggung.

Muka puzzle.

"Roy Lichtenstein tu. Drowning girl tu la." gua terang.

"Owh itu kau!"

"Bukan aku sangat. Tom sebenarnya."

"Ok la." jawap Dila sambil muka dia gua tengok lain macam.

Alamak! Gua baru sedar. Gua sudah salah tanya soalan. Patut tanya ok ke tak. Selain daripada tanya muat ke tak. Sorry beb! Gua gugup.

[,]

Maka, hari itu. Satu lagi pecahan mozaik dalam diri gua timbul. Gua simpulkan, diri gua memang ada ciri-ciri seorang yang pemalu. Pemalu yang tinggi.