Friday, June 05, 2009

Deja f**king Vu!!!!

Semalam. Pagi. Dalam pukul 11 pagi. Gua celik mata. Pintu depan terbuka kecil. Tak berkunci. Hati gua rasa lain macam.

[,]

Dalam mamai. Gua cari-cari N95 gua. Tak ada. Pusing keliling ruang tamu. Tak ada. Gua cuba telefon. Voice mail. Hati gua rasa lain macam.

[,]

Gua pergi box of everything. Capai dompet gua. Buka. Kosong. Semalam ada satu helai not kaler ungu dan beberapa not merah. POOOF! Abra-ca-dabra, hocus-pocus! Ghaib. Macam magic show.

[, ]

Gua gegas naik atas. Masuk bilik. Tengok kaeadaan terkawal. Lega. Turun bawah balik. Termenung atas toilet bowl. Sambil tengok asap nipis. Ting! teringat sesuatu. Beg kerja gua! Dengan pantas gua panjat tangga. Lompat 2 3 anak tangga sekaligus.

Buka pintu bilik. Tengok atas meja kecil gua. POOOF! Abra-ca-dabra, hocus-pocus! Ghaib. Macam magic show. Dengan external hardisk yang menyimpan segala rahsia dan juga projek-projek empayar baru, dengan pasport antarabangsa gua, dengan segala kemudahan pejabat gua dalam beg ghaib.

Celaka! Rumah gua kena serang dengan pencuri lagi.

"Deja f**king Vu!!!!!!" gua jerit tengah-tengah hari, tengah-tengah ruang tamu, sambil menyorot ganas dekat kipas siling yang berpusing laju.

17 comments:

j or ji said...

pisang tak berbuah 2 kali.
orang tak masuk lubang yg sama 2 kali.

lu? 2 kali pencuri boleh masuk....!!
aduss!

stam said...

pindah rumah la weh. Equine banyak toyol

Pipiyapong said...

Woi..!! bisnes kita baru nak mula dah jadi macam ni? takpe Rem. Cabaran ni.

frH said...

peh. mmg sialan ahh.

Cik-Gie said...

jangan manangis ye khairul. nanti dapat gaji beli yg baru. dah memang keje pencuri mencuri

iyan said...

area rumah lu sunyi sangat...
dekat dengan hutan simpan dan rumah flet tak siap port indon...
bahaya2...

ainfazrin said...

Adoi. Semoga pencuri tu dapat balasan yang setimpal.

Amin. (doa orang teraniaya makbul kan)

Anonymous said...

Hmmm...abis pencuri tuh tepon nombor2 aweks dlm N95 tuhhh...

Sod.Ba.Ro.


S.Yanaz

Rajuna said...

ish
lu ni. pindah la bo.
duduk kat vista angkasa, bukit kerinchi kuala lumpur.


peh. sini gerek bai. awek getah buat projek ramai!

lek bo.

Akim.O said...

huih..kene lagi umah ang..

dier da aim da tuh..

itu ari masuk x sempat amik sume..

kali nih dier pulun abis a..

ang tukar umah lain a weyh..

area umah ang security zero la..

eamy said...

Equine da xselamat dah
meh pindah Terengganu meh
stadium sane byk tanah kosong
eh btw
phne no dah tukar lah ni?
do email me ur new one ok..

mariati83 said...

bo, gua tumpang simpati..apa blh buat..kasi doa bg org tu mati lggr lori lg baik...hati gua mmg panas kalo igt kisah2x org pecah umah ni...pengalaman beb...

or0 said...

pindah ngan aku jom!

Rambo said...

jorji - diaorang hebat sangat sekang ni. sampai tahap pecahkan kod keselamatan matriks rumah gua.

stam - pindah kinrara? he he he

pipi - itulah. celaka betul!!

frh - sialan sialan sialan.

cikgie - tak, gua tak menangis pun. relaks je.

iyan - itupun kalau indo, kalau matpit berbangsa melayu, cmne?

ain - aaaaaamiiiiiiiinnnnnnn.

syanaz - habis. Dengan video Maria Ozawa skali hilang. Damn!!

Juna - lu ni tak habis-habis awek, awek, awek. Bai, bai, bai. Macam budak sekolah! Thanks BTW!

akim - waktu org pergi kerja, mmg le takde sekuriti yg alert. he he he.

eamy - errr...kat sana ada Borders tak? he he he
*cari gaduh.

mariati - hmmm...takpe, takyah doa macam2. relaks je. nnti dapat la balasan tu. Dia maha adil.

oro - dak2 lain mana aku nak campak?! lgpun nnti kene park kereta jauh. Gua tak suka!

Anonymous said...

meh masuk umah gua..gua pun nak keluar xlama lagi nih

moqh

Rambo said...

boleh moqh, tapi segala harta benda dalam bilik lu, lu tinggalkan. amacam? ha ha ha

or0 said...

bukan masuk umah aku, cari umah baru le.. aku semakin pening duk sini..