Tuesday, June 23, 2009

Hikayat Rembo Kecil.

Kebelakangan ini gua asyik teringatkan zaman kanak-kanak gua. Hidup tanpa tanggungjawap. Err...mungkin kurang tanggungjawab kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Kerja hanya sekolah, main, sekolah, main. Lain tak ada.

[,]

Ada satu hari itu. Hari minggu. Gua pun dah tak ingat, hari Jumaat ke hari Sabtu. Yang penting cuti. Gua tengah main pasir kat rumah sebelah. Rumah Ijul. Bukan main seronok lagi sembunyikan anak patung adik Ijul dalam timbunan pasir. Sembunyi-sembunyikan, lepas tu lari sambil gelak-gelak evil. Adik Ijul menangis depan tangga.

Asyik menyakat adik Ijul, gua tak sedar waktu sudah tengah hari. Waktu makan tengah hari. Dalam kepala gua, macam biasa. Lauk time-time cuti. Ikan kembung goreng dengan sayur pucuk manis masak lepak. Gua dah terbayang-bayang kicap Jalen sekali.

Tanpa buang masa, lepas penat gelak, gua capai basikal BMX gua. Kayuh sedikit gua terberhenti di halaman rumah Ijul. Depan mata gua, jalan kampung. Belakang gua, rumah Ijul. Gua nampak lori-lori hantu tengah race hantar batu gravel besar-besar penumbuk untuk proses penurapan jalan kampung gua.

Gua telan air liur. Dah la rupa lori hantu itu macam tengkorak yang bersaiz gergasi tengah menrangkak dengan laju. Ngeri. Boleh jadi mimpi ngeri itu jam.

Gua patah balik. Ikut jalan kebun kopi antara rumah gua dengan rumah Ijul. Abang gua yang bonceng adik gua dah sibuk tunggu gua di seberang kebun sambil jerit-jerit nama gua. Katanya emak dah sibuk panggil balik suruh makan.

Terbayangkan ikan kembung goreng dengan sayur pucuk manis masak lemak serta kicap Jalen kaler merah, lantas gua terliur. Dengan separa laju kayuhan gua, gua merentas kebun kopi. Satu ranting gua berjaya elak ke kiri. Dua ranting gua berjaya elak ke kanan. Lepas. Steady je.

Tengah sedap gua layan elak-elak ranting, tiba-tiba gua khayal. Fokus gua menunggang BMX terganggu.

KRAK!! Bunyi ranting pokok kopi patah. Sekali dengan gua rasa sesuatu yang keras macam ranting pokok kopi sedikit tertusuk atas kepala gua. Betul-betul sebelah pusaran rambut gua. Betul-betul lepas beberapa sentimeter dari ubun-ubun gua.

Gua steady lagi. Budak kampung. Mesti lasak. Sambil kayuh pelan-pelan, gua gosok-gosok sikit kepala gua.

Tiba-tiba gua dah tak steady. Bila masa gua rasa ada cecair pekat dan panas mengalir turun sebelah mata kiri gua. Sekali gua pegang, merah. Darah!

Dengan panik, gua campak BMX, gua lari laju-laju menghala ke dapur rumah gua. Dah dekat dah. Gua tahu emak gua tengah masak.

Segala pokok gua cilok, pinang ke, sagu ke, duku ke, semua gua celah-celah kan. Akar-akar pokok duku dan rambutan yang tersembul keluar, gua lompat. Parit yang selebar satu meter pun selamba gua lompat. Semua tak dapat halang gua. Lari sambil tangan kanan atas kepala. Tutup luka. Sebelah lagi gua tampung darah yang mengalir. Biar tak kena baju.

"Mak! Kepala angah luka ni. Tersangkut ranting kopi nak balik tadi." sambil gua tunjuk arah tempat kejadian.

Abang dengan adik gua terpaku belakang gua. Mungkin pandangannya ngeri. Tengok darah meleleh-leleh dari atas kepala gua. Merah kehitam-hitaman. Baju pun dah basah dengan darah.

"Sakit kan? Itu la, main tak ingat dunia. Nak kena jemput baru nak balik. Meh sini. Basuh dulu kepala tu." kata mak gua. Nasib baik tak memberi nasihat sambil berpantun.

Sudahnya, tengah hari itu, gua tak dapat makan ikan kembung dengan sayur pucuk manis masak lemak sebab tertidur sampai petang. Bangun-bangun, atas meja makan dah kosong, yang ada, tea o dengan pisang goreng. BMX gua pun dah ada depan pintu, kepala gua bau minyak gamat. Darah pun tak ada dah. Tak meleleh dah. Lega.

Mula dari hari itu, gua sangat dendam dengan lori hantu bawa batu gravel besar penumbuk. Sampai ke hari ini parut tertusuk ranting pokok kopi itu kekal atas kepala gua.

4 comments:

Anonymous said...

ini sangat menarik..seronok membacanya...memory is alwayz fun

Rajuna said...

ini satu peringatan
jangan dok pedajal orang.

Rembo said...

anon - yeah. memory always do fun.

juna - kecik-kecik mana kenal En Karma.

ainfazrin said...

ko ni mmg dr kecik gagah perkasa rupanya. haha. aku kalo tengok darah sikit pun dah nak pengsan.