Thursday, June 18, 2009

Metafora 1.

Member A: Sekarang Rembo bukan kerja service pun lagi.

Member B: La...dah tu, kerja apa? Da benti da ke company kat Sunway tu? Apasal gua tak tahu?

Member A: Kerja tu memang kerja. Tapi, kerja dia kat office dah macam penyair dan penulis.
Hari-hari update status FB guna ayat-ayat madah. Dahtu hari-hari update blog.

Member B: Dahtu, nak buat macam mana.

Gua di tangga paling atas, duduk tenung asap rokok yang baru keluar dari paru-paru gua. Senyum.

Member A: Ada lagi satu kerja dia. Tertekan. Kerja dia tertekan je sekarang ni. Kerja paling utama dia sekarang.

Member B: Gila lu, tak tertekan. Kereta je dah dua bulan ni dia repair dekat seribu. Tu macam-macam lagi tu. Dahtu, roadtax lagi, kena ganti laptop dengan phone lagi. Nak puasa lagi. Mahunya tak tertekan.

Member A: Itula. Kesian gak gua tengok dia. Tapi nak buat cmne.

Gua duduk di tangga paling atas, tarik dalam-dalam Dunhill Light. Tenung satu point pada dinding depan gua. Fikiran gua jauh melayang. Mengiyakan apa yang mereka bualkan. Tiba-tiba, ada mentol atas kepala.

Sambil berdiri atas anak tangga terakhir, sambil bercekak pinggang.

Gua: Jom Tekken! Main 15 game, gua guna satu hero, lu orang tukar-tukar pun takpe, sapa kalah bayar gua 200. Berani lu orang?

4 comments:

Alina said...

1st!


Ala. Kalau kira hisap Dunhill tu Rembo, ok lah lagi tu..

Cik_Gie said...

hoh!
ingatkan nak insap!

laki cikgu kimia said...

dunhill? lu memang dari dulu bergaya.. cara mewah.

Rambo said...

ha ha ha. duit yang buat dunia berputar sekarang ni. nak nak duduk kat malaysia sekarang ni.