Monday, June 29, 2009

Obsesiti kompulsif.

Jumaat petang. Tengah gua relax-relax depan TV. Layan The Simpson.

Satu lori rupa macam lori ais parking depan rumah gua. Kaler putih gebu. Tapi berhabuk sikit dah. Kuning. Gua agak Tom beli ais satu lori sebab hari itu panas macam dunia dah tak ada lapisan ozon.

Dari kepala lori warna merah keluar brader kurus tinggi. Kat tangan ada satu bungkusan. Berbalut kertas warna-warni. Sangkaan gua meleset. Rupanya lori courier yang kurang bergaya. Nampak gayanya lori courier ni merendah diri penampilannya.

Gua. Sambil jeling-jeling malas, sambil letak mug yang penuh kopi o ke lantai, terus lari ke arah brader itu.

Selesai semua urusan tanda tangan, gua cepat-cepat lari naik atas. Goncang-goncang lebih kurang, tilik-tilik lebih kurang, gua dapat agak, sebalik kertas warna warni ini adalah sekotak kotak kasut. Gua letak bungkusan atas katil.

"Tunggu pukul 12 baru bukak. Baru ngam." kata hati gua.

[,]

Pukul 12 malam. Hati gua berdebar-debar. Macam seorang suami yang tengah tunggu isteri bersalin anak sulung dalam wad bersalin. Anak-anak peluh dah penuh kat dahi gua. Tangan gua pegang pisau pun menggigil-gigil resah.

Mula-mula gua attack side sebelah kanan. Pelan-pelan gua tanggalkan selotape. Satu persatu. Perlahan-lahan. Berhati-hati. Tak nak kertas koyak konon-kononnya. Lepas itu, side sebelah kiri pula.

Kotak kasut yang gua agak tu memang betul. Kotak warna cokelat muda, ada garisan hitam melintang. Gua senyum. Kenal sangat kotak kasut bangsa ini. Hati gua makin berdebar. Takkan la kasut idaman gua kot.

"Mungkin kotak je ni." minda skeptikal gua bersuara.

Makin gua tahan sabar, makin gua tak boleh blah. Sudahnya, Kertas warna warni yang gua sayang-sayang tak nak koyak tu dah gua hiris guna pisau tanpa belas kasihan.

Sekarang, depan mata gua, atas katil gua, ada satu kotak kasut warna cokelat muda, ada garisan hitam melintang. Gua buka penutup atas, selak kertas yang balut kasut, TADAAA!!!

Sepasang makhluk paling bergaya ciptaan manusia bernama Chuck Taylor warna hitam, low cut, yang bernama All Star ada depan mata gua.

Dan saat itu, gua senyum tak cukup muka. Macam suami dapat anak pertama kegembiraannya. Terus gua sarung. Ngam!!

Sudahnya, sepanjang malam gua jalan-jalan satu rumah pakai All Star hitam. Duduk tengok TV, All Star, pergi dapur minum air sejuk, All Star, turun naik tangga, All Star, naik katil pun kaki gua bersarung All Star. Lantas, gua rasa macam Dave Ghrol!!!

***

To whom it may concern
, gua sangat suka ini kasut. Nanti gua belanja makan kentaki ke, Pizza Hut ke. Ok?!

10 comments:

Bean Jinai said...

Zaman skrg dah kurang dah org lyn chuck taylor bang, dave grohl dengan Billie joe boleh la. sekarang era jack purcell bang.

DIK AN said...

Ceh...ingatkan tadi jenama apa la sangat..

laki cikgu kimia said...

gua lupa dah menjelang cancer. cepat tambah satu cepat!

भगवान का शुक्र है said...

bijok rembo. all star rules. ehe. bila nak anta kotak kasut di balut kertas warna warni kat alamat gua lak? aha. sin chan pekabo? dah bole karaoke smbil jln kaki belum?

Rajuna said...

ala saje la tu nak cakap ade awek la tu..ala tau..

Dewajiwa said...

bestlah dapat hadiah macam nie. memang ada taste orang yang hadiah tuh. nostalgic value tahap kayangan tu

Rambo said...
This comment has been removed by the author.
Rambo said...

bean - billie joe? yuck!! ha ha ha

Dikan - ha ha ha. gle lu, setiap yg mengaku rock mesti ada lebih dari sepasang.

nas - tambah satu apa ni?

faiz - ta tape. tatau la sinchan tu. makin mcm2 plak aku dengar.

juna - ala tau. gaya comel.

dewa - yup yup

eamy said...

Happy Birthday Dude!
harap karma gua xmelekat dekat lu!

Rambo said...

eleh. alasan taknak bagi iPod classic!