Monday, November 09, 2009

Time Pekan Frinjan.

Dalam hati Rembo berbisik,

"Apa jadah lain macam punya ketat seluar Uniqlo slim fit gua ni. Dulu ok je. Nampak gebu je peha ngan betis gua ni."

Sambil-sambil itu, Rembo duduk bersimpuh atas plastik lapik letak baju atas Dataran Shah Alam sambil lipat T-Shirt Crosby, Stills, Nash & Young kain tie dye. Sekali Orang-Orang Halus Tanjung Malim serang, berterabur semuanya. Nak duduk bersila kang, tertunjuk kulit pinggang dengan getah seluar dalam pula.

Kadang-kadang, time-time Rembo duduk relax atas kerusi, tunggu pelanggan tengok-tengok baju, nak capai kotak rokok jatuh atas dataran Shah Alam pun terasa senak perut.

"Haih. Apa dah jadi gua ni?" keluh Rembo sambil tenung riak gerimis yang jatuh.

Fikiran Rembo melayang-layang. Lantas teringatkan beberapa hari lepas.

"Tadi, sebelum main futsal dah makan mee sanggul. Ni lepas main, burger pulak. Gila kuat makan lu skang ni Bo!" tempik si Tom dengan nada gurau-gurau bercampur pelik tengok gelagat partner in crime-nya.

Fikiran Rembo terus melayang-layang.

Sambil mengingatkan apa yang dia dah buat sampai selera makannya bertambah besar. Kadang-kadang time balik kerja mesti nak kena Snickers dengan Nescaffe dalam tin. Walaupun tengah hari dah makan macam orang buka puasa.

Fikiran Rembo terus melayang-layang. Sambil tenung riak gerimis yang jatuh.

Segala kotak ingatannya diselongkar semula. Helai demi helai kertas diselak. Kosong. Masih tak jumpa jawapan. Kotak demi kotak informasi dalam kotak ingatannya dibuka Rembo. Pun masih kosong. Tiada jawapan. Rembo tak putus asa. Terus diselongkar lebih dalam kotak ingatannya.

Terasa semakin dekat dengan jawapan. Satu persatu lawan web mula kelihatan. Dari blog ke Facebook. Dari Facebook ke Ultimate Guitar.Com. Dari Ultimate Guitar.Com ke Smokefree.gov.

"Ha, ni la dia jawapannya." Sambil Rembo petik jari.

Rembo pernah baca, kalau nak quit smoking, memang badan akan sedikit naik. Ini adalah kerana kurangnya bahan kimia yang meliputi lidah. Secara tak langsung akan meningkatkan deria rasa. Seterusnya manjang rasa nak melantak.

Sambil-sambil Rembo tunggu pelanggan beli baju, sambil-sambil Rembo fikir nak cari duit lebih buat beli Scott.

Untung-untung, nanti, tak senak perut lagi kalau nak ambil kotak rokok jatuh atas dataran Shah Alam bila tengah duduk relax-relax tunggu pelanggan.

Settle.

6 comments:

iyan said...

besar sangat selera lu nih...
frame carbon mengidamnya...
basikal basic2 pun takpe...
yang penting kederat...

basikal canggih2 naik bukit kemensah kena tapau dengan basikal ala kadar gua apa citer?

Eamy said...

apehal awk selera besar ni?
sy kering skang ni T.T

Rembo said...

iyan - ha! tu contoh je tu. he he he

eamy - badan makin besar, selera pun besar lee. he he he

Dewajiwa said...

keh keh keh.
baru lu tau penangan selera antu raya kan? hahaha. weh, kalau selera tengah membuak layan main bike peha besar beb. badan pun besar. susah nak tune kecuali gi gym.

masuk hutan lah amacam? bleh geng dengan metabolisme tinggi.

Uniqlo memang terbaik!

laki cikgu kimia said...

tak semestinya kalu private no call maknanya bos suruh overtime atau cliant yg tipon.


sekian. *siut

Rembo said...

dewa - semua wa layan skang ni. futsal, badminton. bantai.

nas - wa tgh mandi sunat maghrib la dol! cari la timing cantek sikit nak call. ni time wa kat opis, time wa tgh mandi. tau le sangap!