Friday, March 21, 2008

Asal usul kejadian Rambo.

Kenapa orang panggil aku Rambo? Kau bukan pernah masuk Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) pun dulu? Even, latihan kadet bomba pun kau selalu miss. Dan kau bukan juga dari ATMA.

Ok. Ceritanya macam ini.

Masa aku sekolah menengah rendah dulu, aku suka pakai seluar askar celoreng. Kawan aku bagi sebab abah dia askar pencen. Mana sahaja aku pakai. Waktu 'prep' pagi dan malam, waktu makan malam. Semualah. Aku suka pakai sebab seluar itu ada side pocket.

Sampailah aku sambung sekolah menengah tinggi di Negeri Sembilan. Masa minggu suai kenal aku cover line lagi. Habis je minggu suai kenal, perasaan rindu terhadap seluar askar celoreng tak terbendung lagi.

Dengan rasa tidak bersalah, aku selamba pakai. Sama waktu macam mana aku di sekolah lama aku. Tak kira waktu. Termasuk waktu 'prep'.

Mungkin pada mata abang-abang senior atau anjing-anjing maktab ini, pemakaian seluar askar celoreng ini tidak sesuai ketika waktu 'prep'. Ataupun mungkin mereka envy pada aku sebab mereka takda seluar macam tu. Itu jamlah mereka mula attack aku.

Kata seluar ni tak sesuailah. Boleh kena koyakkanlah. Hendak hantar aku kepada cikgu disiplinlah. Dan segala kata-kata yang menjurus kearah aku melakukan kesalahan yang sama besar dengan merokok di sekolah. Seperti biasa, merokok merupakan salah satu kesalahan paling besar dalam institusi sekolah berasrama. Kecoh!

Nasib baik sedikit ilmu tentang pemberontakkan terlekat di dada. Selagi aku rasa tak salah, tak langgar mana-mana peraturan, aku teruskan. Seluar askar tu bukannya kategori seluar jeans/denim pun. Aku teruskan minat aku pakai seluar askar tu juga.

Disaat itulah bermulanya seorang budak yang dikenali sebagai Rambo. Kerana suka pakai seluar askar.

Sampai sekarang seluar itu masih ada lagi. Dah lebih sepuluh tahun dah. Walaupun tinggal poketnya sahaja. Aku buat sling bag.

Ok. That's all.

7 comments:

Jorji said...

Lorrr....iyer2 aku ingat memang John Rambo yang buat blog ni dari amerika! cheh!

hahhaa.

cLina BeLedZa said...

takde kena mengena ngan minat terhadap sly ehhh...

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

gua ingat lu ni memang rambo chong..adik arwah rambo chin...cilakak betul..

ATONAL MICROTONAL said...

Jangan menipu la. Kau kena panggil rambo sebab suka tengok sitkom Jangan Ketawa tu. Rambo Chin

Rembo said...

jorji - iyeeer. kalau institusi pendidikan kat amerika ada slot untuk bahasa melayu, mungkin. Hehehe.

clinaku - ada skit2.
*kenyit mata

PP - ish jauh menyimpang tu. Ahad ni amacam?

Sailor chan - aku bukan mcm lu. Aku ni jujur, fatanah, elit dan luhur orangnya. LOL!!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

jap ada lagi satu..kalau lu sama sekolah rendah dengan gua masa darjah 2 dulu...jangan harap gua nak panggil lu rambo..apa lu ingat gua taknak jadi rambo?? haha

woi ahad ni amacam mende? pg pukul orang ke?

Rembo said...

okla okla. aku ngalah la. Ko rambo 1 aku rambo 2.

Amacam?

Big Match la dey!