Wednesday, June 11, 2008

Kari kehidupan.

Pernah satu ketika dahulu, zaman belajar di universiti...err..kolej universiti untuk lebih tepat. Aku dan rakan taulan menjadi pengikut setia siri Manga Naruto. Kisah kehidupan ninja muda remaja.

Ada satu siri yang aku agak ingat-ingat lupa. Berkaitan dengan kari. Curry of life kalau tak silap aku nama kari yang di-karekter-kan tersebut. Dalam episod itu, kari itu dapat menyedarkan watak-watak yang pengsan akibat terlalu penat berlawan. Atau terlalu sakit.

Ini mungkin kerana dek kesedapannya atau dek kepedasannya. Dalam siri tersebut, kari iru digambarkan dengan pekat, berwarna agak gelap dan meluap-luap. Ada gas-gas panas keluar daripada kari tersebut walaupun sudah berada dalam pinggan yang sedia untuk dimakan.

Hari ini, malam ini tadi, baru beberapa jam yang lalu, aku menjamu selera dengan kari. Aku namakan kari ini Kari Kehidupan.

Memang sebijik macam dalam Naruto itu. Sampai depan aku pun masih meluap-luap. Plup - plup bunyinya. Warna pun seakan-akan itu. Sedikit gelap.

Kebetulan aku agak penat hari ini. Selepas makan kari itu, aku terus segar-bugar. Sihat seperti sediakala. Ajaib kan? Haha...

Haih la Kari Kehidupan.

7 comments:

Eamy said...

kari Naruto best ek?

xrindu kari batu pahat ke?

beriani gam ke?

hahahaha

Anonymous said...

bro........kari 2 halal ke....ke lu makan kari tauge je...wei lu sampai tanah air biler?...

Jorji said...

lu try kari kepala ikan kat uptown,selebah kedai sulaiman.

Kari kesedapan namanya.

apek terror said...

weh tomok x halal pn nk wat macam mane musafir ar kan rambo...hehe...

tomok ko makin tebal...

rambo gua x caye la kari lu tu..x de gamba pun???
haha...

Anonymous said...

tebal tp mengancam.........hehe

Rembo said...

eamy - best wooo!! rindu? manada. kental ini hati. hehehe

tomok & saiful - apa korang ingt aku punya page ni forum MHCC ke apa?

ntah la tom. asal bukan pork aku kira halal je.

aku nk amik gambo, tapi asyik gambo je. Ko tak boring ke saiful?

jorji - huh. kari kesedapan? kene try nih!!

H said...

sile tapau juge kari kehidupan tuk ciki.
penat nih dengan life lately.
bodo, sengal & emosi semate.
cam haram!!
tapau eh?
mekasih rambo!!!
:D