Monday, October 20, 2008

Kenapa la Awie nyanyi lagu tragedi Oktober tu!!

Hangin gua. Sekarang tragedi oktober tu betul-betul jadi kat gua.

Semalam harungi hari yang panjang. Gua pergi rumah kawan sepasukan gua kahwin. Perjalanan dari Equine ke Felda Jelai 3 memang memenatkan gua. Nasib baik sebelah gua adalah budak comel. Kiranya perjalanan gua di hiasi dengan hiasan cantik secara virtual.

Sebelum pergi, gua mesti mahu solid snake gua kelihatan gagah di lebuhraya nanti. Gua buat keputusan hantar kasi cuci. Gua singgah kedai. Pekena Nescaffe tin. Time gua mau parking, gua sudah lenyek satu botol kaca. Dalam hati gua menyumpah. Siapa la yang buang botol tengah-tengah jalan. Jangan bocor tayar solid snake gua sudah. Sudah la tayar solid snake gua agak botak.

Tragedi.

Selesai semua persediaan. Gua gerak. Dalam kepala gua sudah terbayang nasi beriani dengan kuah dal. Paling kurang pun nasi minyak. Tapi gua sudah sesat dalam Jelai mahu-mahu sejam. Dah la lapar, perut gua dah main lagu hardcore, cari rumah tak jumpa-jumpa.

Tragedi. Tragedi.

Dalam perjalanan pulang, gua ikut satu jalan potong dari Gemenceh ke Melaka. Ikut jalan Durian Tunggal. Itu jalan memang corner lipat baik punya. Gua punya adrenalin rush gila-gila naik atas kepala mahu layan. Gua layan satu 4 5 kali. Puas.

Dalam 5 kilometer lepas itu solid snake gua gegar satu macam. Tayar gua memang pecah. Nak tak nak gua terpaksa tukar tayar. Gila tengah-tengah bulan lepas raya tukar tayar.

Tragedi. Tragedi. Tragedi.

Itu tragedi sedih gua. Gua relaks-relaks hadapinya sebab gua ada tragedi gembira yang gua malas hendak cerita.

10 comments:

H said...

Perjalanan dari Equine ke Felda Jelai 3 memang memenatkan gua. Nasib baik sebelah gua adalah budak comel. <-- haha. ayat ini sunggo comel. :) ni misti baring sambil tangan atas dahi kendian sengeh2 samai pagi tadi. kan? kan?

Ojie said...

tragedi gembira kah?
hehehe gua suka :-)

apek terror said...

erk....x de pe la...

tom said...

erk...x de pe la..

Rembo said...

ciki - ye sy tau sy comel. ish tak la. hahaha

ojie - hehehe. peace!

apek - lu ada lagu tragedy?

otak - lu ada lagu tragedy? eh lu lagu nubhan dengan sofaz ada la.

laki cikgu kimia said...

selaput btol la lo nih.. gua tunggu tongkat dagu dari tadi lu apdet.. kasi tahu tragedi gembira itu cepat!

Rembo said...

mende tragedi2 gembira ni? mana ada ape.

l.i.f.e said...

ni cikgu mana ajar tragedi tapi gembira ni? apa kenanya lalu jalan jauh gemencheh - durian tunggal tu? sah tak de keje

Anonymous said...

wey cite xabis
blah laa lu

owh gua pn ada cite gumbire di bln oct. jap lg gua update ;)

Rembo said...

life - nk potong ke melaka.

frh - ha lu baca entri gua atas tu.