Friday, October 31, 2008

Dalam kepala gua ada nampak Beyonce Knowles tengah nyanyi lagu 'Deja Vu'.

Sekarang, beberapa watak cameo yang dahulu muncul kembali dalam hidup gua. Maksud gua 'yang dahulu' itu adalah, mereka pernah menjadi hero atau heroin dalam kehidupan seharian gua. Sama ada zaman sekolah menengah rendah, menengah tinggi, zaman kehidupan di kampus atau seterusnya.

'Muncul kembali'. Setelah beberapa lama menyepi akibat jalan hidup yang berbeza, atau berlagak sombong, atau lost contact. Alasan paling ideal. Tidak ada boleh argue.

Deja Vu.

Hati gua mulai sangsi. Cemas. Kabur.

Bukan apa, gua semacam muak dengan adegan opera hidup gua yang lama datang kembali, kemudian hilang beberapa lama dan kemudian datang balik. Letih ok.

Kan ke lu elok duduk senyap-senyap kat satu tempat. Ini tidak kesana kemari. Rimas gua.

Gua masih mencari-cari jawaban untuk ini. Sehinggakan semalam gua mimpikan seorang 'ahli keluarga' ketika gua sekolah menengah tinggi datang semula. Bukan seorang tapi beramai-ramai. Siap gua punya crush masa sekolah dulu pun ada juga. Apa cerita ini?

Deja Vu.

Gua tahu mimpi itu mainan tidur. Tidak perlu untuk di ambil pusing. Tapi bukankah itu adalah satu cara untuk Tuhan memberi sedikit ilham atau idea atau petunjuk? Itu gua agakla.

10 comments:

ilazz said...

yg dtg beramai2 tu agak nyer petanda ada org nk masuk mengusyar awk :P

Cik-Gie said...

adakah aku crush kau masa sekolah dulu?
;))

frh heroine zaman kampus said...

adakah aku heroine dlm kehidupan di zaman kampus kau dulu?

j or ji said...

adakah aku heroin?

Rambo said...

ilazz - uih..bahaya tu. hehehe

cikgie - erm...ermm...ada.

frh - kinda. hahaha. am blush.

jorji - lu takde la bro. LK la heroin gua gak skang. hehehe

CritiCalThinKer said...

adakah aku juga heroin? eh berape banyak heroin daa..

bo, jangan lintas jalan tutup mate lagi ye.

CritiCalThinKer said...

alah.. abaikan perkataan LAGI itu..

l.i.f.e said...

jangan muncul dlm mimpi hari2 sudah. kalau gitu, dah nak hampir ke betul2 berlaku lah kut

Rambo said...

crtclthnkr - baek. gua cuba.

kak life - tu la dia. kalo mmpi lain hari2 pun penat gak aku.

apek terror said...

rambo beyonce?? akal lu nie mmg nakal la...