*Peringatan: Entri ini akan memakan masa kamu semua sebab gua menyenaraikan hal-hal penting diri gua!! Sila take note oke?!
Ok. Gua tengah santai. Pagi-pagi dah tak ada kerja. Oleh itu, gua jawap 2 tag yang dikenakan oleh cik ciki dan juga cik awan. Tak silap gua, gua dah pernah buat cik awan ni dulu. Dulu gua dah jawap tag ini dari King of Letup.
Ok. gua kuatkan semangat, gua jalan terus.
A. 15 weird things or habits.
1. Setiap kali gua nampak remote alarm kereta gua ketika malam, pasti gua akan tekan. Make sure kereta gua dah berkunci walaupun gua dah tahu ia berkunci.
2. Kalau makan mee atau apa sahaja bangsa mee, gua prefer guna chopstick dari sudu.
3. Kalau gua bermasalah, gua bisik dengan dinding.
4. Kalau gua jatuh cinta, cinta pulak tak jatuh kat gua. Biasanya.
5. Kalau gua jalan dekat dengan lampu jalan yang rosak, mesti lampu itu akan off. Bila gua dah jauh, on balik. Vice versa.
6. Bila gua rindu mak gua, gua dengar lagu dari band Sick of It All dengan Standfast.
7. Bila gua lapar, gua minum air sejuk banyak-banyak.
8. Gua tak suka makan banyak, tapi badan gua sedap-sedap kata orang.
Dah. Gua bukan wierdo or freak. Jadinya, cukup lah. Ok. sekarang gua jawap tag nombor dua pulak. Ini memang penting untuk lu orang.
B. 7 fakta tentang gua.
1. Gua rendah je. Tapi orang cakap gua comel.
2. Gua pakai baju bundle. Sebab gua tak suka Polo. Sana sini Polo. Rimas gua. Dan Polo sangatlah Azman.
3. Gua pakai jeans boot cut dengan All Star. Atau straight cut dengan Reebok Classics.
4. Gua senang ber-emosi. Member gua kata jiwa gua halus.
5. Kadang-kadang gua romantic. Itu pun bekas makwe gua kata.
6. Gua obses dengan warna hitam. T-shirt gua banyak hitam, kereta gua warna hitam. Tapi kulit gua sawo matang ok.
7. Gigi kapak belah depan gua sompek dan bibir atas gua lebih tebal dari bibir bawah sebab kena 7 jahitan akibat jatuh motor.
Ok. Sekian. Cukup lah. Hendak tahu lagi? Sila ajak berkenalan. Tak kenal maka tak cinta bukan?
Untuk ini, kedua-dua tag ini gua hendak tag;
1. Liyana Jasmay
2. Liyana Jasmay
3. Liyana Jasmay
4. Liyana Jasmay
5. Liyana Jasmay
Lantak la lu orang nak kata apa pun!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
4. Kalau gua jatuh cinta, cinta pulak tak jatuh kat gua. Biasanya.
--->gila sadis!
5. Kadang-kadang gua romantic. Itu pun bekas makwe gua kata.-->x boleh blah!!
Kalau gua jatuh cinta, cinta biasanya jatuh kat gua..muahahhaha
jgn marah beb..
gigi kita sama2 sompek tp kan gigi tu buat gua nmpk comel..muahahaha
kita bleh jadik adik beradik la ginih..huhu
lu kena datang raya umah gua. dekat dah. jangan banyak alasan
cikgi - btol la wei!
ojie - sama lagi. kte kongsi bnyk benda yg sama kan?
jasmin - liyana jasmay ada, aku datang! ke aku bawak liyana jasmay versi aku sendiri? boleh?
Fakta A8 itu sungguh menghiburkan! mati gelak bersyahadah pulak aku ni kang! lu memang pro..
rembu,
jgn banyak sangat mention itam.
nanti mat2 mastika link dgn ko.
ngagagaga
ad lg satu fakta tertinggal.
kamu obses gile ngan amy search.hehee..
tak sudah2 liyana jasmay dia.
liyana jasmay versi rembo dah ade tak cukup ke??
hehe.
*lap2 blueh*
lu ada hati kat liyana jasmay ke? nak suruh gua ejaskan untuk lu?
hah tu ade tu pp jodoh seekers...
1. Setiap kali gua nampak remote alarm kereta gua ketika malam, pasti gua akan tekan. Make sure kereta gua dah berkunci walaupun gua dah tahu ia berkunci
gila paranoid! hahaha
crtklthnkr - betol la kan? kan? kan?
rajuna - gua ok je. tulis situ gua dari UJUNGBERUNG pun gua ok.
mynn - haah! lupe itu obsesi. hahaha
ciki - my versi eh? muahahaha
pp - boleh ke king?
apek - hahaha. tu support mmbe gua yg baru berjinak tu pek.
jorji - serious beb. kadang macam terlupa pun ada, was-was pun ada. ahahah.
Post a Comment