Thursday, October 09, 2008

Malam Aidilfitri ke 9 adalah malam KAMI.


Malam tadi gua baru berkesempatan menonton filem ini. Bagi gua, gua perlu bagi kredit kepada Effendee Mazlan dan juga Fariza Zalina Isahak. Deme buat filem yang bagus.

Kurang scene yang gua rasa macam klise, tiada suara pelakon ber-'uh', 'oh', tiada scene tembak guna pistol dengan gaya senget. Bagi gua ini filem bagus. Bravo!

Sebelum sesi tontonan bermula, gua dengan Tom pekena karaoke dulu. Alasannya, killing the time. Gua set. Tapi ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya, dia hendak ambil feel dulu, pekena lagu 'Laguku Untukmu'. Baru true katanya. Cis! terperangkap gua.

Pada permulaan sesi tontonan gua, ada makwe sebelah gua sibuk makan burger dengan sosej goreng yang cucuk guna lidi. Adoi! dik lain kali kalau hendak makan makanan bergoreng dan beraroma ini boleh kat luar tak? Gua jadi huru-hara, mana taknya, mana gua hendak fokus tengok Lyana Jasmay, mana gua hendak tutup hidung.

Sekarang gua baru faham kenapa AKAB sangat offense dengan perkara sebegini. Yang gua tidak faham, kenapa sibuk hendak makan makanan macam itu dalam panggung?Makan popcorn sudah. Ke cikedis ke? oke lagi.

Satu lagi, gua agak pelik. Kenapa dia orang suka gelak scene yang tak lawak? Kalau agak lawak itu gua bagi ampun la. Ini mamat Abu itu sepak sampah lepas gaduh dengan Ali pun gelak. Lawak ke tu? Ok, gua faham karekter Abu tu memang lawak. Tapi tak payah la semua dia buat atau cakap hendak gelak.

Ke gua dengan Tom sahaja yang pelik sendiri? Mungkin kot.

Ini adalah pandangan gua ok. Lepas habis je tayangan, gua nekad weekend ini gua kena cari OST cerita ini, sebab gua hendak dengar lagu Plague of Happiness dengan ada satu band bunyi gitar dia ada sound 'chuga-chuga', walaupun lagu Deepset gua sudah ada.

Owh, Lyana Jasmay itu sangat comel dan gua so in love pada beliau. Ha, satu lagi, gua ada baju Led Zeppelin!

*angkat kening sebelah berkali-kali

14 comments:

Ojie said...

uish angkat kening sebelah berkali2 kang jd mcm ziana zain pulak..huhu

anda suka kan yang comel? sy pn begitu juga..hehehe

laki cikgu kimia said...

pick me! me! eh? bukan tanye sape comel ke tadi?

Unknown said...

tak layan sgt ah kami....
senario lagi berbaloi tgk...hehehe

alif-mikail said...

Senario tergantung tunggu siri ke-2..

Cerita KAMI ini telah di review oleh yoshz dengan jayanye.. ye...

Si Jambi Darat said...

bo..
tu lagu KAWAN la..tp lagu tu xde dlm OST Kami ni..hehehe

Cik-Gie said...

kalau kambing pakai baju led zeppelin?

ah, kau tengok sesape pun so in love!

poyotito said...

ah! lu kalau boleh semua makwe lu nak 'so in love'!!

Rembo said...

ojie - mmg skil mcm ziana zain tu la i buat. sape yg suke bende comel kan?

crtclthnkr - hahaha! manade.

dendo - senario? ewwwwww. hahaha

alif - senario? hahaha aku tak tgk senario. so aku tak amik peduli.

jambi - aku tau itu KAWAN dude. Tu la aku baru perasan tade dalam OST dia. Ciss..weh, awak ada rilisan terbaru P.O.H?

cikgie - kau tau tak led zeppelin?

poyo - sebab aku straigt ok.

Si Jambi Darat said...

ada bo..
nak beli ke?
rm20 je..terbaekkk!!

Rembo said...

cara lah. nnti gua cari lu. boleh wa skankin' dlm kete gua hahahaha

H said...

hehe.
ciki tau nape ske lyana jasmay tu.
:p

nak tengok gak cite tu!!
nak tengok nas-t.
perggggggggggggh...
nasty bebeh!
auuuum!!

apek terror said...

gua tgk komen atas...

*sbb tu gua tolak offer cite kami nie awal2 lagi rembo...

Jorji said...

film melayu yg gua pergi panggung ialah BAIK PUNYA CILOK.

selepas setengah jam,gua masih tak gelak tapi panggung dah mula gelak pada minit kelima lagi.

Gua terus banned film melayu.

Rembo said...

ciki - shhh! shhhhh!! hahaha

apek - iye pek. gua tau.

jorji - dulu gua gtu gak. tapi skang gua pilih2 la mna yang gua rasa cool. hehehe