Petang semalam. Waktu tempatan menunjukkan jam 5 lebih. Hampir 530 petang. Gua kategorikan waktu macam ni waktu-waktu hujung tanduk. Sepatutnya gua sudah boleh siapkan mana yang patut. Save segala report. Kemas manual. Kemas procedure. Pangkah fail excel. Susun pensel dan pen dalam laci. Cuci mug gua. Segala.
Gua cuma tinggalkan paparan Microsoft Outlook kat monitor komputer riba gua. Sambil gua berangan-berangan nak makan malam apa, gua klik button Send/Receive untuk download email-email yang ditujukan kepada gua.
Sedar-sedar ada satu email customer gua dari Batam. Mengatakan mesin gua di sana tak boleh nak power on. Dalam hati gua panas semacam. Dah waktu-waktu hujung tanduk gini baru nak email gua. Dari tadi taknak email.
Gua tenang-tenang gelabah. Bos kecik gua entah kemana. Gua call, caller ringtone dia bunyi semacam. "Ini bukan dalam negara ni." bisik hati gua.
Setelah gua berbincang lebih kurang, gua balas email customer gua. Troubleshooting mesin bukan boleh buat guna email ke telefon ke. Kena nampak mesin baru ngam. Baru senang gua nak adjust mana-mana yang rosak. Nampak macam senang.
Waktu tempatan dah pukul 6 suku macam tu. Gua tengah tunggu respon dari customer gua. Samaada cara yang gua cakap tu berhasil atau tak. Kalau tak, gua fikir cara lain.
5 minit gua tunggu. Senyap. 10 minit gua tunggu. Senyap juga.
Lantas gua call ke Batam.
"Good evening. May I talk to Pak Ali please?"
"Who is this?" suara perempuan.
"Khairul here. Calling from ACC Malaysia." jawap gua.
"Errr...Pak Ali was going back home." balas perempuan.
"Aik? Going home already? Errr...that down machine is not urgent or what? Can we discuss about it tomorrow?" gua tanya bertubi dengan sedikit panas hati.
"Yeah. Not so urgent. Tomorrow still ok."
"Owh ok. Thank you then. Bye."
"Welcome. Bye."
Gua rasa macam nak karate bangunan pejabat gua itu jam. Punya la gua berusaha bersungguh-sungguh dengan dedikasi bagi support, dia boleh tinggal gua macam tu je. Lantas gua kemas-kemas beg. Pulang dengan hati yang membara.
"Kalau gua tau tadi, awal-awal lagi gua balik rumah. Ptuihh!"
Lantas malam tadi gua tak makan apa sebab penat redah jammed selama sejam. Minum air sejuk pun takde mood.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
kesian lu. kena kuat bersabar ye. dugaan macam2 dalam hidup ni. pegi makan nasik ye. pegila
gua dah banyak kali kena..gua ternganga kat sini..tup-tup diaorang blah cam tu je..bagero
kau pttnye lebih bijak
pulang dulu sblm dia, dgn alasan mail dia xmasuk2, so kau blah jek laa
haha
antu sabun - eee takut den. hehehe. hah. dah dah gua dah makan dah. jgn risau sgt.
blind - kecik je hati kan?
frh - mula2 gua dah fikir mcm tu gak tp gua terfikir bab tanggungjawap plak beb. lg pun dia cc bos gua skali. mati la kalo aku tak reply. hahaha
pekerja cemerlang,terbilang dan gemilang neh...sungguh berdedikasi...
haih!!
sabar separuh dari iman bo..
nak iklan sket:
barangan terpakai untuk dijual, sila klik http://the-good-old-things.blogspot.com
customer support!
jangan kawen dgn org mcm ni..
budak hijau - mcm perdana menteri. he he
endy - bukan separuh sabarudin ke? he he
alif - haah! nnti aku asyik kerja je. Berjimak pun tak sempat. he he
wuarghahahahhaa..padan muka..kahkahkah...len kali kalau dah time balik tu...balik je laaa
tanggungjawap beb tanggungjawap
Post a Comment