Tuesday, January 06, 2009

Pengalaman hari pertama gua masuk kerja lepas cuti panjang.

Semalam. Gua masuk pejabat dengan kadar semangat kerja yang tinggi. Maklumlah hari pertama masuk pejabat selepas 10 hari cuti. Konon-konon rindu dengan karpet. Rindu dengan bau pejabat. Rindu dengan meja gua. Konon-konon.

Semua perasaan ini sama time hari pertama gua masuk Tingkatan 5 dulu. Time perhimpunan, punya semangat gua nyanyi Negeri Sembilan dengan lagu sekolah gua. Bila cikgu tanya, gua paling tinggi angkat tangan. Semangat juang tinggi. Ingin lebih produktif dan proaktif. Konon-konon.

Time pergi kerja. Relax-relax jalan jammed, gua redah dengan senyum. Relax-relax kereta pangkah depan gua, gua senyum. Siap dalam hati gua; "takpe. Pangkah la. Gua ok je." Maklumlah, semangat.

Melangkah masuk pejabat pun ucap "Good Morning" separa jerit. Senyum je gua. Ceria je hari gua.

Sampai kat meja gua, gua turn on PC gua. Perkara pertama, check email pejabat. Urusan kerja mesti didahulukan. Lepas tu, gua check email Hotmail gua. Kot-kot ada makwe hantar bunga ke hati ke kat Facebook gua. Boleh gak gua layankan.

Lepas tu email Yahoo pulak. Lepas tu gua check blog plak. Balas komen sana. Klik sini. Lompat sana. Lompat sini. Sedar-sedar masa untuk makan tengah hari. Banyak lagi gua tak check. Mana gua nak check akaun Facebook, Friendster, Myspace semua.

Sudahnya, sampai ke jam 1745 gua internet je. Kerja gua entah kemana, spirit gua entah kemana. Macam haram!

10 comments:

FrH said...

hahahahhaha.
sama ahh mcm aku lepas cuti raya aritu ..

dosa beb .. mengulau ;)

Jorji said...

sebaik aku memang kompeni dah suruh check internet,fesbuk dan blog ni..
takla rasa bersalah sangat.

oyett said...

ohhh..memang best....sama mcm wa jgk..tp pkol 11 pagi wa dah balik umah...semangat thn 2009

tom said...

memang macam haram

KARKADEWA said...

ini yg org panggil semangat berintenet ye..??

Rembo said...

frh - nk buat cmne. economy kan tgh down.

ji - oho...itu macam punya denial gua suka.

oyeet - lu lg terror ni.

tom - cakap org. lu pun sama.

dewa - bukan. gua takde kerja kalo masuk office.

stam said...

tempat lu ada kosong, teringin plak gua pakai smart pergi kerja

mrblind said...

hahaha...lu dah addict dengan blog..

Eamy said...

hahahaha
semangat la konon
da xsabar2 nk balik kl la
ape la

Rembo said...

tam - gua pun pki jeans ngn polo shirt je. tp tidak yang ada nombor ok. Hell no!!!

blind - lama dah gua addict.

eamy - tu lain. ni lain. faham kan? hehehe