Sekarang, bak kata orang kampung..errr...taman gua, "Chinese New Year is round the corner." Apa yang round the corner pun gua tak tahu. Mula dah nampak warna merah sana sini. Tanglung merah, bunting merah, banner merah. Semua merah. Meriah.
Lagu raya jangan cerita-lah. Asal masuk mall, mesti ada "sin nien quai ler" sana sini. Bukan gua racist, jangan risau. No child was born as racist ok?!
Asal mahu Tahun Baru Cina saja, gua teringat satu situasi gua dahulu. Itu jam awal tahun 2007. Zaman gua hidup lepas belajar. Zaman-zaman gua mula hidup berdikari. Lebih kurang waktu-waktu begini lah.
Itu jam gua bekerja sebagai Pembantu Jualan di butik paling mahal di BP Mall. Lu orang datang sendiri tengok butik apa paling mahal di BP Mall. Kalau di bandingkan dengan mana-mana Mall di Kelumpo ni memang jauh tinggal la.
Itu jam, hari-hari gua dengar lagu raya. Gua tengah susun seluar, lagu raya. Gua tengah iron baju, lagu raya. Gua tengah serve customer, lagu raya. Wa'ima gua dalam toilet pun lagu raya lagi. Naik hafal gua lagu raya. Biasalah. Nak raya.
Bila habis waktu bekerja. Masa untuk pulang. Biasanya, gua pulang waktu malam. Gua ride gua punya VS 150, balik rumah. Ride relax-relax. Maklumlah, penat. Ride laju-laju pun, bukan boleh lawan naik kereta pun.
Sepanjang perjalanan gua tibai lagu "sin nien quai ler". Siap teleng-teleng kepala ambil feel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
nnti lepak kita nyanyi same2...
lu igt gua xde pengalaman keje kat shopping komplek time raye cina?
haha...
lu da kene santau hantu cine ni...
hahaha .. aku dah agak dah
lawak btol
pastu mesti kau tersedar n malu sendiri, nasibbaik xde org lain dgr ..
yan - comel sgt tu nanti.
dewa - ada ke hantu cina? org melayu boleh nampak ke?
frh - ha3 tu la medula oblonggata punye keje. he he he
angpau!!!!!!1
boutique giordano?
bahaya lu ni.kena sogok dengan radio mengaji quran hari hari ni mau jadi bilal lu ni kang..
eamy - mintak julius sana! he he he
no name - main hembus je giordano.
pipi - eh sifu! biasa lah fu, keistimewaan sikit-sikit.
lu tak true kalau tak telan kueh bulan inti telor masin. aku telan pun sebab lapar. awek promo kete proton bagi.
peh itu mase susah,balik keje pun kene terjah kan dgn squad...
juna - hahaha. selalu tertipu dgn makwe.
apek - itu la dia. pergi kerja bawak rm1.70
ini lagu "kong sikong sin nier ah?"
parah dah ni
jorji - bukan. lain ni.
alif - ha ha ha
dah brp tahun haa itu bp mall bukak? Asal aku balik kampong je mesti lalu jalan keluag tu, baru 1kali je aku masuk sana awal tahun 2008 tu pun sbb carik jam tangan seiko manatau ada yg rare hahahahaa
Post a Comment