Saturday, January 10, 2009

Memandu seorang diri di lebuhraya PLUS adalah lebih bosan daripada membaca buku motivasi diri.

Gua sudah berada di kampung. Again. Perjalanan yang sepatutnya 2 - 3 jam, gua dapat buat 2 jam. Masuk lebuhraya tepat 2030 dan bayar tol 2230. Ngam-ngam 2 jam.

Owh, bukan gua nak cerita kereta cap ikan gua tu laju. Laju macam kereta-kereta pasang turbo atau VTEC atau Soft Turbo whatsoever.

Tapi...entah. Mungkin gua nak cepat sampai ke rumah. Sebab. Gua memandu seorang diri. Mungkin. Bila gua penat ditambah dengan nasi lemak kukus sebagai hidangan makan malam. Plus. Tongkat Ali dalam tin. Plus 2 tin kopi cap Boss. Intoksikasi.

Cukup. Cukup untuk gua dapat sikit intoksikasi atas sedar. Cukup untuk gua melupakan faktor jarak dan masa. Owh, terima kasih kepada papan-papan tanda penunjuk Kilometer. Anda adalah motivasi.

Bila gua teks Tom, gua dah lepas Ayer Keroh dalam masa sejam, dia balas teks gua dengan perkataan 'gila'. Bila gua teks dia gua dah masuk Johor dalam masa sejam setengah, dia balas dengan perkataan 'waris'. Ya, waris macam dalam drama Kekasih Ku Seru maksud Tom.

Gua balas, gua suspect jarak dari Selangor ke Johor semakin pendek. Dia, senyap. Inilah dia. Bila gua cuba buka topik berfikir, masing-masing malas nak layan.

Satu lagi. Perbuatan ber'SMS' ketika memandu adalah merbahaya. Gua lain. Terpaksa.

18 comments:

dila raden said...

gua syak ni mesti ada faktor awek ni

chi am said...

alah rambo memang.. type sms xyah tengok. tapi kawan2 dok blakang sms nek moto die emo plak.

tom said...

btol tu nas..gua bukan malas nk layan tp gua risau kselamatn lu bo..lgpun gua xde talent sangat 'sms-sms' ni..selalu gua call je

KARKADEWA said...

tu tandanye lu kene cpt2 cari jodoh...

Rambo said...

dila - eh tak. bukan. jgn salah faham.

nas - fitnah ni!

tom - pemalas.

dewa - jodoh. kenapa mesti jodoh? bukan kawan?

ainfazrin said...

wah. 2 jam. memang gila. nanti kalo mak aku nak balik Johor leh tumpang ke? dia tak suka journey lama-lama. ngee.

Rajuna said...

naek bas barulah true hatko.

apek terror said...

mmg pendek dh rambo...sebab tu tol ade diskaun....

Misz Lola said...

weh..balik jer...ade ape2x ke?ade nak kene wat preparation ke... jgn lupe jemput aku ha...

Rambo said...

ain - hah. boleh. tade hal.

rajuna - hatko sana sini lu ni.

apek - lu pn sama. bg harapan palsu kt gua.

Misz Lola - weh...ni main kasar ni. gua single ni.

Ami said...

Aku setuju la. Jarak makin pendek. Aku rasa sama je dgn teori baju dah ketat.

Bukan sebab kita gemok. Tapi memang baju tu jadi kecik. Sama kes dgn kes ko dari KL ke Johor ni.

Setuju?

Rambo said...

hahaha good one!

ilazz said...

dunia kan nk kiamat. tu psl la jrk KL-Johor jdk dekat. :P

iyan said...

bahaya lu nih...
kereta lu ape tajuk?
wira-vo?

Rambo said...

ilazz - haah. mesti jarak mesia ke palestine makin dekat skang. kan kak?

iyan - ape barang kete proton. hehehe. g tgk entri2 gua thn 2007. ada satu entri kat situ. hehehe

iyan said...

gile lar lu!
pki alfa!

hegira said...

wah. laju. memang laju.

mesti lori bas semua lu potong. eh?

tak apa.

Rambo said...

iyan -shhhhh! jgn buat kenyataan umum. bahaya.

hegira - hehehe. bosan drive sorang. Nak teman?