Tengok tajuk je dah tau gua dalam mode emosi.
8 Januari. Setiap kali 8 Januari gua akan feel something. Gua tak pasti. Samaada kesal, gembira, suka, duka, kecewa, teruja, sedih. Nak nak 8 Januari 2009. Gua tak pasti mana satu perasaan yang patut gua rasa.
,
Sejak 2003. Sampai sekarang. 8 Januari gua tak pernah lupa. Cuma kadang-kadang gua buat lupa. Cuma kadang-kadang ego sang jantan buat-buat tak tahu. Cuma kadang-kadang ego sang jantan macam gua menafikan. Dan akhirnya, macam selalu selalu, terbit satu rasa yang akan kalahkan segala ego. Segal nafi. Segala lupa. Ok...segala buat-buat lupa.
Dulu. Sejak 2003. Bila 7 Januari, atau sebelum itu lagi, gua mula sibuk. Sibuk ke emporium sana. Sibuk masuk kedai sini. Lari ke pusat membeli-belah sana. Memandu ke Summit Parade sini. Semata untuk cari hadiah. Hadiah hari lahir.
Apa yang tak pernah gua bagi sebagai hadiah? Semua pernah...errrr...semua barang yang tipikal untuk hadiah. Minyak wangi, beg, baju. Semua gua pernah bagi. Tinggal lagi lingerie dengan G-sting jenama La Senza atau Victoria Secret je gua belum pernah bagi.
Sebab tak sempat. Time gua sudah mula kaya, dia makin hilang. Macam kabus pagi. Hilang perlahan-lahan bila matahari semakin meninggi.
,
Malam tadi. Gua tak boleh tidur. Menjelang tengah malam, baik-baik gua dah tutup lampu, golek-golek atas katil, dah selimut sampai leher, gua turun bawah semula. Capai Dunhill Light. Nyalakan. Tarik dalam-dalam. Frekuensi minda gua pantas berpusing.
Fikir. Fikir. Fikir. Selepas apa yang sudah berlaku.
Nak buat-buat lupa ke? Nak buat-buat tak tahu ke? Nak buat-buat sibuk ke? Gua ambil keputusan untuk buat-buat tak tahu.
Macam selalu selalu untuk diri gua. Terbit satu rasa yang akan kalahkan segala ego. Segala nafi. Segala lupa. Ok...segala buat-buat lupa.
Sudahnya, hari ini. Pagi ini. Gua tak tahu apa yang gua rasa. Kesal, gembira, suka, duka, kecewa, teruja, sedih lepas gua dapat balasan teks yang berbunyi;
"Salam...Thanks."
[Sigh]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
tak apa. tak salah.
brg dah lepas jangan dikenang bro..mudarat diri lu nanti..
whose d lucky 1? sum1 dat 1 knw?
Suatu masa.
hegira - mmg tak salah. tapi....hehehe
blind - tu la. sesekali teringat ni. payah gua.
misz lola - sila perkenalkan diri sebelum gua bgtau siapa dia ;D
ji - yup. suatu masa. eh jap. suatu masa nanti ke suatu masa dulu?
bro satu ayat utk lu..'karok yok!!'
alaa dik.. klu 8hb wat ko emo, 9 Jan leh wat ko hepi. psl tu besdey akak.
hehehe..
ah pundek laa lu rembo..gua nak pass makwe ramai itu hari lu jual mahal..
ah..
kadang2 ego tu kene campak tepi jugak...
ye x..??
carik makwe lain la bo!
suatu masa-m.nasir
tom - karok lu.
ilazz - oh, happy birthday then.
pipi - ah lu, bido'oh ni sume. jgn cemarkan nama gua kat sini.
dewa - haah. sometimes.
cikgie - tgh. Mencari.
ji - wo. itu sgt sentimental bro. he he he
friendship @ homeroom mate (aku kire kakak la kan...)@ collegemate since 1998... guess who am i? tak kenal jugak......... huh belanja aku The Loaf kat pavillion
Salam Encik Rambo,
apa kata ko cuba kaedah 'cuba jaya'? approach dia semula.
(aku bersedia nak kena ketuk)
tapi try lah. pada aku selagi ada reply dr dia tu, ada lah chance.. :)
misz lolla - owh..ok2 got it ;p next time sms dulu hehehe.
ain - hah approah? hell no!
mainan perasaan.
yeah. mainan perasaan.
Post a Comment