Wednesday, January 14, 2009

Gua cuba. Lu?

Sejak beberapa bulan lepas. Maknanya tahun lepas. Timbul satu kesedaran dalam diri gua. Kesedaran tentang kepentingan 3R. Bukan rancangan TV3 tu. Ini 3R. Recycle Reduce Reuse.

Bukan muncul macam itu sahaja. Cuma pemangkin sebenar, gua sudah lupa. Mungkin lepas gua terima satu emel yang mengandungi PDF files yang ada muka penyu mati tertelan beg plastik.

Sejak beberapa bulan lepas. Maknanya tahun lepas. Gua sudah mula 'fuck' beg plastik. Bukan satu perbuatan yang gua lakukan secara intimate dengan beg plastik atau dalam beg plastik atau serta beg plastik. Tapi, menolak penggunaan beg plastik selagi boleh.

Selagi air, roti, kacang yang gua beli dari kedai Mesra di mana-mana Petronas atau Shell gua boleh pegang, gua pegang. Tolak penggunaan beg plastik. Bila mana-mana pekerja kaunter Petronas atau Shell mula cari plastik nak letak barangan gua dalam plastik, cepat-cepat gua cakap.

"Tak payah plastik eh." tegas.

"Err..ok. Kenapa?" soalan biasa pekerja kaunter Petronas atau Shell.

"Plastik membunuh." gua jawap.

Atau pun gua akan jawap,

"Save the plastic, save the world."

Yang biasanya gua cakap bila ada makwe-makwe comel dekat sekitar kaunter itu. Nampak educated sikit. Padahal dengar daripada radio. Biasa la. Manusia. Akan rasa cool bila baca atau dengar sesuatu yang lain dari lain.

Bila agak-agak gua hendak shopping banyak benda. Gua sandang gua punya cloth bag. Ye, cloth bag. Warna ungu lagi. Kinky kan?

Semalam, belanja barang dapur di Pasar Borong Selangor pun gua guna cloth bag gua. Angkut segala, minyak, tepung, susu, gula, sardin dalam cloth bag gua.

Macha jaga kaunter tu mula-mula buat muka pelik. Lepas tu senyum-senyum sambil cakap bahasa Tamil dengan pembantu dia. Puji lah tu. Gua tahu. Sudahnya, bahu gua berparut luka dalam sampai hari ni. Tapi tak apa, gua dah buat sesuatu untuk bumi.

Gua dah 27 tahun (baca: 22 tahun) hidup atas bumi ini. Nanti anak-anak gua entah sempat ke tidak. Takpun cucu cicit gua.

Sekarang. Bos kecik gua sudah purpose gua jadi 3R leader dalam pejabat gua. Dan bos-bos besar gua terima. Maknanya, gua kena handle segala aktiviti yang melibatkan 3R dan juga gua kena pantau. Nak marah, marah lah. Manager gua sekali pun boleh.

Hah, ini the best part of my new sub-job. Boleh marah Managing Director. Amacam?

17 comments:

laki cikgu kimia said...

kalo kiut boleh jd pengacara 3R. leader 3R pon same la. lu kiut ke?

Firdaus said...

wah bagus usaha murni lu ni.. harus di ketengahkan dalam rancangan remaja kat tv3..

ainfazrin said...

kudos to ur effort and awareness. wah, dah macam speech lak.
apa kata marah sekali MD kat opis ni. kalau plastik tu membunuh,MD kat opis ni lebih 'up' daripada plastik tu.

he suffocates me. hm.

H said...

Bila agak-agak gua hendak shopping banyak benda. Gua sandang gua punya cloth bag. Ye, cloth bag. Warna ungu lagi. Kinky kan?

agak kinky la.
tapi kalau kaler pink misti lagi kinky, kan?
:)

Anonymous said...

gua cume mampu minimakan penggunaan plastik dalam hidup gua jek...

p/s;umah gua belakang pasar borong je.lu duduk area mn rambo?

Rembo said...

nas - tatau. diaorang kata gua agak la.

apei - gua tau. hehehe knapa mesti remaja sahaja. SPA Q pun boleh.

ain - jauhnya nk marah.

ciki - pink. hell no ciki.

iyan - good good. Lestari.

FrH said...

aku benci beli brg kat carrefour, 3 4 brg jek dlm 1 plastik, pastu aku siap kemas blk selagi muat 1 plastik, dpn budak cashier tu. haih lemau btol diorang nih.

but still, im trying to avoid plastic bag kalo setakat 1 2 brg beli kat kedai runcit.

save the plastic bag, save the world. bravo rambo

apek terror said...

eh for everyone info beg tu purple the other part is pink,both side is a different...

Rajuna said...

isap rokok kira environmental friendly tak?


hihihi

Rembo said...

frh - hah kan? berbondong-bondong je plastik. beli cloth bag la amacam?

apek - mmg pun pek. i kan sukeeeeee sgt pink. pink floyd.

rajuna - tak cikgu. sbb tu sy minimize plastik.

alif-mikail said...

perihati sungguh..

prihatin...

sungguh..

Rembo said...

gua tgk lu dari dulu mcm tak puas hati dgn gua je?

H said...

i suke pink floyd jugak.
ngahahah...
:p

u ni gedik gittew....
*head slap diri sendiri*
:p

ilazz said...

respek2!! Sape lagi yg patut jaga n slamatkan bumi ni klu bukan kita.

Rembo said...

ciki - yeah. pink floyd.

ilazz - itu la dia.

.farah. said...

ke lu pun penah termakan plastik.tu psl lu xsuke pada plastik.ehe.

Rembo said...

pernah. plastik gula2 udang. tak tahu kodi! hehehe